Keblinger

Keblinger

USS Stylo!

| Thursday, July 21, 2011
Lupakan soal pekerjaan. Biarlah, rezeki telah ditentukan. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berserah selepas sudah berusaha. Oleh itu, let's talk about vacation!


Pada 27hb Jun yang lalu, penulis sempat ke Universal Studio Singapore. Hasil perbincangan penulis bersama kakak dan makcik, akhirnya tarikh itu dipilih untuk ke Universal Studio. Walaupun 4 tahun berkelana di Johor Bahru dan beberapa kali keluar masuk Singapura, tidak juga penulis berkesempatan menjengah USS. Melalui kata-kata beberapa orang, USS sangat berbaloi untuk pergi. Lagi berbaloi kalau pergi, orang belanja pulak kan. ^_^


Seramai 5 orang. 2 orang kakak, abg ipar dan makcik. Menginap di Hotel Seri Malaysia di Larkin. Tiket USS siap dibeli di salah satu
kaunter di Terminal bas Larkin. Harganya 66 dollar singapore. Tiket dibeli awal bagi mengelakkan perlu beratur panjang di pintu masuk USS. Lagipun, tiket USS boleh didapati di mana-mana agensi yang menyediakan pakej ke USS. Kami tidak mengambil pakej kerana masanya kurang sesuai iaitu jam 7 pagi atau 10.30 pagi.


Setelah siap sarapan, hanya 3 orang sahaja yang pergi. Penulis, kakak dan makcik. Kami mengambil bas Transtar di Plaza Kotaraya jam 9.45 pagi. Harganya hanya RM5. Bas yang sentiasa ada setiap sejam untuk ke Resort World Hotel. Tiba di pintu gate USS jam 11 pagi. Mulalah untuk menjejaki USS. Kami mengambil pamplet dan memilih tempat-tempat yang bermakna untuk pergi.


Dalamnya seperti berada di Amerika. Permulaannya adalah Hollywood. Reka bentuknya seolah-olah seperti Hollywood. USS berbentuk 1 pusingan. Jadi, kami mulakan dengan sebelah kanan. Kami menyusun masa supaya tidak terlepas mana-mana show yang menarik. Kebetulan ketika itu adalah cuti sekolah bagi Singapura. Jadi, dilanjutkan masa operasi dari jam 10 pagi - 9 malam. Show yang pertama adalah watak-watak dalam Hollywood yang membuat persembahan. Pelbagai lagu dengan tarian memang menarik. Penulis agak teruja terutamanya bila ada lagu 'nobody nobody'.


Seterusnya, kami ke tempat set penggambaran filem oleh Steven Spielberg. Dalam set ini, ditunjukkan bagaimana ribut taufan melanda New York. Ianya memang seolah-olah berlaku di depan mata walaupun hanyalah grafik semata-mata. Agak terkejut bila sampai muncung kapal masuk dalam set. Jadi, di sini memang banyak tempat yang boleh diambil gambar. Dalam pada itu, akan ada watak-watak yang berjalan dan boleh diambil gambar. Seperti kungfu panda, madagascar dan sebagainya.

Next, roller coaster! Ada dua jenis roller coaster. Line yang merah dan yang biru. Line merah dalam keadaan duduk manakala line biru dalam keadaan kaki terjuntai di bawah. Bila diperhati, yang biru lagi mencabar. Jadi, penulis dan kakak mencuba yang biru. Fuhh!muka penulis pucat dan sejuk. Malah seperti berpinar-pinar setelah naik Cyclone. Agak laju dan sememangnya sangat gayat. Sepanjang Cyclone berpusing, sepanjang itulah penulis jerit sekuat hati. Hahahha..

Letih menjerit, penulis berhenti makan tengah hari. Di dalam USS, telah ditulis mana restoran yang halal. Jadi, tiada masalah utk membeli makanan. Tapi, demi menjimatkan kos, makan apa yang dibeli di Malaysia je. Next, ke The Revenge of Mummy. Tempat seolah-olah di Mesir. Dengan pelbagai reka bentuk Firaun dan sebagainya. Revenge of Mummy ini seperti roller coaster juga. Tapi, dalam gelap dan agak menakutkan. Pertama kali, merasakan roller coaster bergerak ke belakang. Penulis sangat mengesyorkan wajib merasai Revenge of Mummy ni.

Next destination, Jurassic Park. Di sini, ada 2 tempat yang kami pergi iaitu canopy flyer dan jurassic park rapid adventure. Canopy flyer tidaklah laju sangat tapi gayat bagi penulis. Kaki penulis terpaksa dilipat kerana nampak seperti mahu langgar segala benda di bawah. Rapid Adventure, naik pelampung di atas air. Menyusuri sungai untuk melihat pelbagai jenis dinosour. Akhirnya, basah!Pelampung ditenggelami air, kasut penulis basah lenjun. Baju terkenalah jugak. Nasihat penulis, pakai selipar, bawak baju&seluar lebih ataupun belilah suit untuk elak baju basah. Ada dijual. Kenapa basah?Rasalah sendiri..=)

Far-Far Away kami tujui selepas itu. Sambil cuba untuk mengeringkan kasut dan badan. Ada dua juga tempat iaitu Shrek Adventure 4D dan Donkey Live. Shrek 4D memang terbaik!Penulis memang bagi 5 bintang. Sangat menarik. Bila dalam cerita ada labah-labah, terasa kaki disentuh labah-labah. Terangkat-angkat kaki semua orang.

Donkey Live pun menarik juga. Telatahnya mencuit hati dan menggelakkan penonton.


Kami turut melihat persembahan Waterworld. Di sini, ada 3 tempat duduk. Kering, sedikit basah dan basah. Pilihlah mana yang nak. Penulis memilih yang kering. Persembahan yang penuh dengan stunt dan letop-letop. Memang terbaik!

Last destination, Madagascar. Kami pergi Madagascar Crate Adventure. Menaiki sampan menyusuri sungai. Harapan untuk basah?adalah jugak Tetapi, kami tetap kering. Ada juga detik yang mencemaskan kerana takut basah. Hahaha. Lastly, kami Enchanted airways. Junior Roller Coaster. Bolehlah. Agak laju dan membuatkan penulis jerit lagi. Hahaha. Sempat singgah di kedai cenderamata. Terjumpa dengan Hafiz Hashim. Tanpa segan silu, penulis tetap mengambil gambar dengan beliau. Selesai semuanya, kami mengambil bas Travel 707 jam 9 malam. Harganya 5 dollar singapore. Kami tiba di Terminal Larkin jam 10 malam. Sangat seronok dan sangat letih. Berbaloi-baloi..
Orang cakap baik bercuti masa tengah tak kerja tapi duit pulak xde..macam mane?

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine