Keblinger

Keblinger

Is it Reality?

| Tuesday, July 26, 2011
Hari ini sekadar ingin mengekspresikan sesuatu. Apa yang didengar oleh penulis beberapa hari yang lalu. Ini apa yang diluahkan oleh salah seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. I'm not blaming all. Maybe it is just small amount of them but still, "kerana nila setitik, susu sebelanga rosak"

"I tak suke wat practical kat hospital tuuutt. Dahlah short form yang supervisor kat sini lain dengan yang kat Ireland. Supervisor sini semua suka mara-marah. Sikit-sikit nak marah. Even equipment kat sini pun macam tak update sangat. Barang semua lama-lama. Patient kat sini kalau kita explain disease,bukan dorang faham. Kalau kat Ireland, kita explain, dorang lagi faham dari kita. Dorang dah study disease dorang. So, xyahlah nak kne guna ayat-ayat low level. Kat sini dahlah x boleh beza mana satu practical doktor, mane satu doktor yang dah memang doktor. Kemudian, 2 orang doktor berbeza yang round untuk pagi dan petang. Doktor pagi bagi opinion macam ni, doktor ptg bagi opinion macam ni. Lepas tuh, masing-masing pertahankan opinion sendiri. Kalau kat sana, 1 doktor je yang round.So, tak berbalahlah opinion. I ingat nak wat last practical before final exam kat sana. Nanti dier tanye kite soalan disease yang kat sana,bukan Malaysia. I x suka sangat kat sini. Semua tak friendly. Semua nak marah-marah. Kalau kat sana, semua baik-baik. Boleh senyum-senyum lagi. I ingat dah habis belajar, I nak stay kat Ireland. Dapat good job kat top hospital. Then,request kat JPA untuk release. Dengan dapat gaji kat sana, kita afford untuk bayar balik hutang kat JPA. Ada je yang dah buat. Ramai pun dah dapat kerja kat sana lepas tuh bayar balik. Currency sane kan lagi tinggi. Memang boleh bayar balik. Cuma, kena guna orang dalam untuk wat kita boleh release. Nanti,cuti jomlah kita g Rome, Madrid, US, London dan sebagainya. Takpun, pegi Korea ke, Jepun ke. Best pe kalao pegi jalan-jalan time holiday. Dah alang-alang kita kat oversea kan."

Ok, ini apa yang penulis rangkumkan. Ayatnya lebih kurang begitulah. Taklah exactly. Kena rekodlah pulak kan. As I said before, not everyone. Just a little bit. Buat mereka-mereka yang bakal belajar di luar negara, sedang mahupun sudah selesai belajar di luar negara, ingatlah, berkhidmatlah untuk negara. Our system totally different. Yes, you have seen their country very advance in technology. But, you have to remember this is our land and only our land. There is no more other Melayu Islam outside there. Penulis tahu, penulis graduan dalam negara. Biarlah buta tentang negara orang, tapi celik negara sendiri.


My mom said, the best doctor is the one that came from India. Why?because for 1 sick people, there is 1 dead people. They will get to see many things and a lot of experience handling people disease. Saranan penulis, sudah-sudahlah hantar mereka yang lupa negara ni ke luar negara. Hantar ke India, confirm cepat nak balik Malaysia.


Again, nice question from them, "you are jeleous right?"

I'm gonna answer, "not anymore, but i'm sad.."



5 comments:

{ Cik Sara } at: July 26, 2011 at 11:04 AM said...

Sedey2x.. Ingatkan antaq mengaji luaq negara bleh lah bawa mai apa yang depa blajaq kat sana datang mai malaysia. Kalau rasa malaysia low level, itulah gunanya diorang dihantaq belajar ke luar negara untuk perbaiki low level ni. Mana yang postif yang diorang dapat dari oversea nun, bawa mai sini praktik kan kat negara sendiri. Kalau fikir nak lepaskan dari JPA pas abih blajar, awal2x lagi tak payah r makan duit rakyat. Pi oversea guna duit sendiri!..~aha emo =D

{ Wan Muhammad Aizat } at: July 26, 2011 at 11:09 AM said...

Untuk kita yang belajar dalam negara, for sure kita akan cakap dorang makan duit rakyat dan sebagainya..tp, bagi dorang, pemikiran lain plak. Contohnya kat kat Korea, bape ramai yang dpt offer keje kat sana n tak balik-balik. Alasannya pasal duit n experience tah mende. Mungkin sbb kita x berada kat tempat dorang, tp, bila diluahkan sendiri kt telinga aku nie, kerajaan kena buat sesuatu untuk elakkan mende ni dari terus melarat..

{ Cik Sara } at: July 26, 2011 at 11:40 AM said...

Bukan kerajaan ada keluarkan arahan suruh diorang balik mesia pas tamat blajar ke? Urrmm..tak kisahlah blajar dalam atau luar negara, tapi janganlah demand tinggi sangat. Orang nak hired pun takut.

{ aamalinaazman } at: July 26, 2011 at 3:18 PM said...

ish2...
owg peha nak satu badan..
apolah..
cube la dpikirkan owang yg lgsg x dpt peluang nak blaja even dalam negara sendiri pon..
aii.. ingat2 la owg susah kat Msia ni..ish2..=)

{ Wan Muhammad Aizat } at: July 27, 2011 at 4:07 PM said...

Sara - memang suruh balik malaysia..tp,mcm org nie ckp..leh nego utk byr balik..standard katenye..

aimie - btol2..aku stuju..=)

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine