Keblinger

Keblinger

**Teman Istimewa**

1
| Saturday, August 28, 2010
Kali ini penulis ingin mengimbau kembali kenangan-kenangan terdahulu. Sedang penulis duduk bersendirian sambil mendongak ke langit melihat bulan mengambang penuh ditemai beberapa kawanan bintang yang berkelipan. Penulis menerokai semula sejarah hidup penulis dengan bayangan-bayangan indah satu ketika dahulu. Apa yang pasti, penulis berjumpa dengan ramai kawan dan kawan sememangnya penting dalam hidup kita. Sehinggakan jika hendak mengenal seseorang itu, lihatlah kawan-kawan di sekelilingnya.

"Teman Istimewa"
Pasti ramai yang menyangka teman istimewa adalah orang yang kita bercinta. Tetapi bagi penulis, teman istimewa ini lah teman yang penulis rapat dan istimewa di hati penulis. Mereka bukan orang yang penulis bercinta tetapi mereka adalah insan-insan yang pernah mendengar keluhan penulis,rungutan,pemberi nasihat dan sebagainya. 4 tempat penulis berada dan 4 orang teman istimewa penulis temui. Kesemuannya adalah sama jantina iaitu dari kaum Hawa.

Pertama - Ketika penulis sekolah rendah. Penulis bertemu dengan beliau ketika kami sama-sama menjadi pengawas sekolah. Insannya sangat kecil. Ketika itu, penulis sama kelas dengan beliau ketika sekolah agama. Penulis ketua kelas, beliau adalah penolong ketua kelas. Di situ, kami kerap berbual. Usia muda, belum mencapai tahap kematangan. Kami juga menaiki bas yang sama untuk ke sekolah agama. Kami berkenalan ketika darjah 5 dan kami mula rapat ketika darjah 6. Benar, penulis pernah ke rumah beliau dan berjumpa dengan ibu bapa beliau. Penulis akui ketika ini sememangnya kami lebih senang berbual dan berkongsi pelbagai perkara. Soal cinta monyet, rakan, kerja sekolah, sekolah, guru dan sebagainya. Beliau agak terkenal kerana ketinggiannya yang kurang mencukupi. Adakalanya, penulis menjadikan itu sebagai bahan jenaka. Selesai UPSR, beliau berpindah ke Shah Alam kerana ayah beliau membeli rumah di sana. Tipu jika penulis tidak sedih. Masakan tidak, teman sepermainan yang sudah rapat terpisah jua ketika berumur 13 tahun. Sejak itu, penulis gagal menghubungi dan perhubungan kami terputus begitu sahaja.

Kedua - Ketika sekolah menengah. Penulis sudah mengenali beliau sejak sekolah agama. Kami satu kelas tetapi kami tidak mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Perkenalan kami bermula ketika tingkatan 2. Kami satu kelas dan penulis duduk di hadapan beliau. Bibit-bibit kemesraan terjalin ketika itu dan beliau antara orang yang penulis percayai ketika itu. Banyak perkara sudah beliau bantu untuk penulis. Kami sering keluar bersama dengan rakan-rakan yang lain. Beliau adalah rakan pertama yang penulis akan beritahu jika ada apa-apa berita yang menggembirakan atau menyedihkan. Kami sudah faham sesama sendiri dan mengenal hati budi masing-masing. Tetapi, kami hanyalah teman istimewa dan bukannya pasangan bercinta. Jalinan persahabatan kami terhenti apabila penulis menerima tawaran untuk ke MRSM. Beliau meneruskan pengajian di sekolah menengah yang sama dan penulis berpindah ke asrama penuh. Ketika itu, sedikit demi sedikit perhubungan kami mulai renggang mungkin disebabkan jarak.

Ketiga - Ketika di asrama penuh. Suasana baru dengan memerlukan penulis menyesuaikan diri. Penulis adalah intake yang pertama. Beliau adalah intake yang ke-3. Penulis mengenali beliau melalui rakan sekelas penulis. Beliau tiada persamaan dengan penulis. Totally stranger. Penulis agak tertarik kepada beliau ketika kali pertama bertemu. Ketika itu, beliau mengenali penulis kerana penulis agak panas baran. Benar, penulis tidak nafikan. Beliau kelas ke-2 dan penulis kelas ke-4. Kemesraan kami terjalin setelah beliau memberikan kad selamat hari jadi,"no heart feeling". Warna kad itu adalah pink dan itu adalah warna kegemaran beliau. Adakah kami bercinta?Jawapannya adalah tidak. Kami sememangnya rapat tetapi tidak bercinta. Sehinggakan ada buku yang beliau minta penulis belikan di Kuala Lumpur dan serahkan kepada beliau di lapangan terbang Pengkalan Chepa. Itu kerana rumah beliau di sana. Taman persekolahan, kami masih lagi berhubung dan kerap keluar bersama terutamanya ketika beliau melanjutkan pelajaran di Sg Buloh. Setelah mengenali hampir 4 tahun, barulah penulis menjejakkan kaki ke rumah beliau setelah dijemput tiap-tiap tahun ketika raya.

Keempat - Ketika di universiti. Penulis memasuki UTM pada tahun 2007. Mungkin ketika itu, ramai kawan-kawan daripada matrik yang sama, kawan ketika asrama dan juga sekolah menengah. Tidak ketinggalan ada yang ketika sama-sama sekolah rendah. Tempat baru pastinya menggamit suasana baru. Benar, penulis menemui seseorang. Beliau juga antara orang yang penulis lebih senang berbual tentang banyak perkara. Beliau antara orang yang membuka mindanya. Banyak nasihat beliau kepada penulis dan adakalanya menegur apa yang penulis lakukan. Beliau antara orang pertama yang penulis tegur ketika di fakulti. Bermulanya kami rapat ketika beliau memperkenalkan nama dan panggilan tetapi penulis memanggil dengan nama yang lain. Sehingga kini, nama itu masih berada di dalam telefon bimbit penulis. Sudah 4 tahun tidak bertukar. Antara orang yang penulis percayai dan tempat untuk meminta nasihat menyelesaikan masalah.


Perhubungan sahabat tidak akan terputus. Selagi beliau bernama kawan, selagi itu akan tetap menjadi kawan. Penulis berjumpa semula dengan teman istimewa penulis di sekolah rendah melalui facebook. Kami berjumpa di Shah Alam pada tahun 2009 dan sememangnya ketinggiannya masih lagi sama. Hampir 8 tahun tanpa sebarang berita. Akhirnya, bertemu jua kami. Perbezaan dari segi kematangan sememangnya amat ketara. Bagi teman istimewa penulis ketika sekolah menengah, kini beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di India. Kami kebiasaannya berjumpa ketika open house rumah beliau dan adakalanya ketika beliau bercuti di Malaysia. Teman istimewa penulis di asrama penuh masih lagi berhubung dengan penulis. Beliau kini bekerja di Cheras dan kami masih lagi senang berbual walaupun jarang-jarang berhubung.

Khas buat mereka yang diceritakan di atas:

We talked,
We walked,
for a Moment in Time.

You passed through my life that day and left your mark.
You may never pass my way again,
Or you may stay for a lifetime.

No matter what,
I want to say thank you for the impression you made
that will stay with me for eternity.

I enjoyed the walk,
I enjoyed the talk.
I am blessed for that moment in time.

The first time I saw you I knew you would affect my life,
though your role I did not know.
I asked myself, "Why is she alone?
Why does he sit so quiet, all alone?
Is she sad?
Is she glad to be alone?
Is she alone?
Is she lonely? "
There is so much I want to know.

I asked myself, "Why her?
When so many people pass through my life each day,
why her? "

What attracts me to you?
What makes me want to know more?
I want to know.

Even if my questions are never answered,
There is one thing I want you to know.
I have been blessed by the effect you had on me in that
Moment in Time.

Terima kasih buat kalian yang menyerikan lagi hidup penulis. Penulis mendoakan kebahagiaan kalian di dunia dan juga akhirat dan terus maju menggapai impian serta cita-cita masing-masing. -We are still friends-



Renungan

0
| Wednesday, August 25, 2010

@Renungan Ramadhan..Di suatu ptg."mak, adik jumpa ramai xtutup aurat mak..adik nekad nk 'sound' diorg pasni...adik nak betulkan semua org mak.."dengan tenang maknya jwb.."adik, pimpin diri dulu sebelum betulkan org lain ye..dah solat lum?? da byr hutang pak long??"..tersipu-sipu adik terkena panahan petir maknya..Renun...gilah..Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself..(Leo Tolstoy)

- Daripada Abg Nabil,Facebook status update-

Renungan yang sememangnya mengajak semua orang merenung dan mengambil iktibar daripada apa yang ditulis semasa berada di bulan Ramadhan ini. Menarik penyataan ayat ini. Sesuatu yang selalu kita buat sehingga tidak sedar kadang-kadang kita pandang terlalu jauh. Benar, penulis terkesima dengan ayat ini. Jarang sekali kita merenung apa silap kita. Pepatah menyebut,"Kuman seberang laut nampak, gajah menari-nari depan mata,x penah nak nampak".
Adakah kerana kita taksub untuk mengatakan bahasanya kita lah yang terhebat?adakah kerana hendak menunjuk bahawa kita lah yang tau segala-galanya?

Tetapi, ada seseorang pernah berkata kepada penulis,"kalau nak tunggu sempurna baru nak tegur, alamatnya takde sape akan tegur sesiapa". Betul juga. Manusia tidak pernah sempurna lebih-lebih lagi akhir zaman ini. Sebab itulah, kita seringkali diajak untuk mendengar tazkirah yakni peringatan. Peringatan untuk kita supaya tidak lupa. Manusia haruslah saling ingat-mengingati. Hatta belajar sehingga pHd sekalipun, yang bekerja sebagai posmen juga boleh menegur jika ada kesilapan. Tidak salah menegur asalkan kena dengan cara.

Kenapa perlu menegur?
Manusia mempunyai pelbagai kerenah dan pandangan. Ada yang bernas daripada yang lain tetapi ada yang lebih bermanfaat daripada yang lain. Sebagai contoh, soalan yang diajukan kepada ramai orang."Antara sekilo besi dan sekilo kapas, mana lagi berat?"
a) Sama berat
b) 2 kilo lagi berat
c) Saya nak jawab besi tapi jwpn dia mesti kapas

1 soalan tetapi penuh dengan 3 jawapan. Itulah manusia. Setiap manusia mempunyai pandangan tersendiri. Kerana itulah, kita perlu menegur jika terdapat kesalahan tidak mengira pangkat mahupun usia. Cara menegur perlulah dengan berhikmah. Dengan itu, pasti harmoni hidup manusia.

Tetapi, kepada yang menerima teguran,cadangan mahupun kritikan, tidak perlulah melenting. Renunglah apa yang ditegur. Apa yg ditegur kadang-kadang apa yg kita tidak nampak. Jika sehingga 10 kritikan kita terima, fikirlah mana yang sepatutnya kita ambil kisah. Tidak perlu melenting seolah-olah semua orang menghentam kita. Ada yang menegur atau mengkritik kerana sayang dan mahu lihat kita berjaya.


Penulis hanya menulis dan tidak merujuk kepada sesiapa. Ini juga berdasarkan pengalaman penulis ketika berada di UTM yang penuh pancaroba ini. Penulisan penulis tidak mengkritik mahupun menghentam mana-mana pihak. Sekadar berkongsi pandangan ketika waktu pagi yang hening ini.

I Love the way You lie to Me!

1
| Saturday, August 21, 2010
Just gonna stand there and watch me burn
Well that's all right because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
Well that's all right because I love the way you lie
I love the way you lie


I can't tell you what it really is, I can only tell you what it feels like
And right now it's a steel knife in my windpipe
I can't breathe but I still fight while I can fight
As long as the wrong feels right it's like I'm in flight
High off her love, drunk from my hate, it's like I'm huffin' pain
And I love it the more I suffer, I suffocate
And right before I'm about to drown, she resuscitates me, she f**kin' hates me
And I love it, "wait, where you goin'?"
"I'm leavin' you," "no you ain't come back"
We're runnin' right back, here we go again
So insane, cause when it's goin' good it's goin' great
I'm superman with the wind at his back, she's Lois Lane
But when it's bad it's awful, I feel so ashamed I snap
Whose that dude? I don't even know his name
I laid hands on her
I'll never stoop so low again
I guess I don't know my own strength


You ever love somebody so much you can barely breathe
When you with em you meet and neither one of you even know what hit em
Got that warm fuzzy feeling
Yeah them chills used to get em
Now you're getting f**kin' sick of lookin' at em
You swore you'd never hit em, never do nothin' to hurt em
Now you're in each other's face spewin' venom in your words when you spit em
You push pull each other's hair
Scratch claw hit em throw em down pin em
So lost in the moments when you're in em
It's the rage that's the culprit, controls you both
So they say it's best to go your seperate ways
Guess that they don't know ya
Cause today that was yesterday
Yesterday is over, it's a different day
Sound like broken records playin' over
But you promised her next time you'll show restraint
You don't get another chance
Life is no nintendo game, but you lied again
Now you get to watch her leave out the window
Guess that's why they call it window pane


Now I know we said things, did things, that we didn't mean
And we fall back into the same patterns, same routine
But your temper's just as bad as mine is, you're the same as me
When it comes to love you're just as blinded
Baby please come back, it wasn't you, baby it was me
Maybe our relationship isn't as crazy as it seems
Maybe that's what happens when a tornado meets a volcano
All I know is I love you too much to walk away though
Come inside, pick up the bags off the sidewalk
Don't you hear sincerity in my voice when I talk?
Told you this is my fault, look me in the eyeball
Next time I'm pissed I'll aim my fist at the drywall
Next time there won't be no next time
I apologize even though I know it's lies
I'm tired of the games I just want her back
I know I'm a liar if she ever tries to f**kin' leave again
I'ma tie her to the bed and set this house on fire


Betul kata seseorang..kalau kita tipu seseorang pun,orang tuh takkan tau kita sedang tipu walaupun orang tuh boleh tahu kita sedang tipu.
As for you, you just keep on lying to me.
Why?
..I still don't know why..

17hb Ogos 2010

0
|
17 haribulan Ogos 2010, umur penulis menjangkau 22 tahun. 17hb Ogos juga merupakan tarikh kemerdekaan Indonesia. 17hb Ogos juga merupakan hari lahir kawan semaktab penulis, Chin Yeit Hau, kawan seuniversiti, nuqman dan juga anak sulung Prof Dr Mazlina. Terima kasih kepada yang mengucapkan selamat hari lahir dan sebagainya. Ucapan kalian ternyata amat bermakna kepada penulis tambahan pula ketika bulan Ramadhan ini.

Hadiah?Penulis sudah lama tidak menerima hadiah. Bukan bermaksud penulis inginkan hadiah tetapi sekadar berkongsi pengalaman. Walaupun dengan hanya panggilan telefon juga boleh dikatakan hadiah. Terutamanya daripada kakak penulis. Panggilan telefon sahaja sudah bermakna bagi penulis.

Merujuk kepada hari itu, ada yang mengucapkan selamat hari lahir secara depan-depan,sms,panggilan telefon dan tidak lupa juga melalui Facebook. Apa yang penulis tertarik adalah apa yang dilakukan oleh 2 orang junior penulis. Mereka memanggil penulis ketika penulis menjaga gerai di bazar, dan secara perlahan-lahan,"Happy Birthday Abg Aizat". Sesuatu yang bagi penulis agak menarik dari segi caranya. Tidak ketinggalan yang menulis sms dengan agak menyedarkan diri penulis tentang apa yang telah penulis lakukan selama ini. Itu tidak termasuk apa yang tertulis di Facebook.

Apapun, terima kasih kepada yang meng'wish'!

Ada apa dengan nama

0
| Sunday, August 15, 2010

Dalam perjalanan dari KL-JB, penulis teringat suasana ketika di MRSM Beseri. Suasana ketika berpuasa di sana. Suasana ketika peperiksaan, prep, riadah, dan bermacam ragam lagi. Dulu, ketika sekolah, selalu kita mengimpikan mahu segera tamatkan persekolahan. Kini, terasa seperti ingin kembali ke zaman persekolahan. Antara perkara yang unik ketika zaman persekolahan adalah panggilan nama. Panggilan nama samaran yang sememangnya jauh daripada nama sebenar. Apa-apa pun, penulis pasti setiap orang mengalami pengalaman berbeza dan sudah pasti lebih banyak nama yang ditemui.

Antara nama-nama yang penulis ingat :

Imran Tuan Yaakob - T.Y
Mustakim - Mat Dek
Mustaqim - Penyu
Ahmad Hisyam -Pisang

Amirul Azlan - Wunan

Idlan Zakaria - Lanya

Tengku syahiran - Cimbab

izzat borhanuddin - cikgu kadir

Firdaus - Kaduk
Syafiq Omar - Ohm

Nabil Fikri - Bibir
Azzat Lim - Ayam

Khairil Faizi - Kiambang

Mohd Ilman - Kebab


Ramai lagi yang mempunyai gelaran pelik-pelik. Nama samaran tidak salah tetapi jangan sampai dilupai nama sebenar. Ibu bapa kita susah payah memberi nama kepada kita tetapi kita sesuka hati mengubahnya. Nama yang diberi mempunyai makna baik yang tersendiri. Panggilan nama juga seolah-olah seperti mendoakan seseorang dengan makna nama itu. Ini hanya sekadar pandangan penulis dan bukannya mengkritik dan sebagainya. Penulis memohon maaf seandainya ada yang terasa.



Pendatang asing?

0
|
Penulis baru sahaja pulang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Menaiki bas jam 11.30 mlm dengan bas transnasional di stadium bukit jalil. Ketika diumumkan bas yang hendak dinaiki, hanya penulis sahaja yang bergerak dari kerusi menunggu. Rupa-rupanya sudah ramai di atas bas tersebut. Yang uniknya, semuannya adalah orang Indonesia.

Bagaimana penulis tahu?

Haruslah melalui percakapannya. Bermula daripada tempat duduk pertama sehingga yang terakhir, semuanya dipenuhi dengan orang Indonesia. Gerun juga bila semua mata memandang ke arah penulis pabila penulis menaiki bas tersebut.

"Ini bas nak pergi ke Bandung ka?"cetus hati penulis.

Inilah perasaan berada di kalangan orang asing di dalam negara sendiri. Jumlah pendatang asing yang sudah mencapai angka juta pasti mengundang masalah. Ketika menaiki bas, terasa seperti kurang selamat. Penulis takut juga jika pemandu bas turut bersubahat dan membawa lari entah ke mana. Tambahan pula, ketika berhenti di Machap, semua berjaga seolah-olah mahu menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa. Namun, lebih baik bersangka baik. Alhamdulillah, penulis sampai di UTM dengan selamat jam 3.45 pagi.

Teringat ketika di Puduraya sewaktu cuti hari pekerja. Terasa seperti berada di Bangladesh..hihih...

Hening Subuh..

0
| Wednesday, August 11, 2010
1 Ramadhan menjelang kembali. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan penuh kebaikan menyuluh sinar di dalam hidup kita. Seperti biasa, ramai yang akan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan sebagainya. Tetapi, adakah itu sebagai kata-kata sahaja yang menunjukkan kita mengambil berat tentang Ramadhan sedangkan perlakuannya tiada bezanya?Sama-sama kita renungkan..

1 Ramadhan bermula dengan solat terawikh dan seperti kebiasaannya surau ataupun masjid pasti penuh dengan jemaah. Solat Terawikh adalah setahun sekali dan pada awalnya pasti ramai yang tidak mahu melepaskan peluang mengerjakan secara berjemaah. Tetapi,pada akhirnya pasti semakin kurang jemaah jika hendak dibandingkan dengan pada awalnya. Mengapa?Sama-sama kita renungkan..

1 Ramadhan disambut dengan sahur beramai-ramai. Alhamdulillah, rakan sekursus penulis mengajak kami beramai-ramai bersahur di restoran Ayub bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan.
1 permulaan yang baik bagi memulakan puasa di bulan Ramadhan. Ketika pulang dari bersahur, penulis berfikir sejenak mengenai diri sendiri. Sebelum memasuki bulan Ramadhan, banyak perkara yang kurang baik yg penulis sendiri lakukan. Sifat marah penulis semakin membuak-buak sejak akhir-akhir ini. Segala perkara yang tidak kena, pasti reaksi yang agak marah penulis berikan. Dahulu, penulis sememangnya agak pemarah tetapi sudah boleh dikawal. Namun, sejak pertengahan tahun ini, sifat marah itu menjadi-jadi semula. "Ya Allah, aku memohon kepadaMu..berikanlah kekuatan dan kesejahteraan kepada hamba-hambaMu ini. Kuatkanlah semangat mereka bagi menghadapi bulan Ramadhan supaya mereka memperoleh ganjaran sepertimana yang telah Engkau janjikan. Engkau berkatilah perancangan kami untuk ke Korea Selatan. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini akan memberi sesuatu yang bermakna untuk kami."

Mungkin kerana perjalanan ke Korea Selatan yang mengubah hidup penulis. Mungkin ya dan mungkin tidak. Tatkala subuh menyinsing membuatkan sebenak persoalan terukir di fikiran penulis.


Ikhlaskah aku selama ini...?

Kau Auraku

1
| Thursday, August 5, 2010
Malam kehadiran cinta sambut jiwa baru
Telah lama kutunggu hadirmu disini

Namun hanya ruang semu yang nampak padaku

Meski sulit harus ku dapatkan



Kerinduan yang mendalam terbitkan hasratku

Sambutlah tangan ini terima janjiku

Rasakan cinta yang tulus lewat taliran darahmu

Menyatu seiring dalam kasih



Kau auraku ..

Pancarkan sepercik harapan

Datanglah merasuk menjelma

Melaburkan cinta

Kubawa kau terbang menembus awan yang beriring



Kembangkan senyuman

Bagai bunga bawa keindahan

Tak dapat kusangkali adanya dirimu

Yang selalu menaungi pikiran batinku


Ingin miliki hatimu takkan pernah terlepaskan

Kupersembahkan semua padamu


Mode : Sakit kepala!



Oh Korea!

0
| Tuesday, August 3, 2010
Korea Selatan - Are We There Yet?

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah entry kali ini. Adakah penulis mengadu domba?atau penulis mengeluh?letih?stress?putus asa?atau mungkin bersedia untuk menarik diri?

Atau penulis sudah menjumpai sinar?harapan kian cerah?atau semakin hampir?semakin yakin?mungkin fantasi korea menjadi realiti?

Teringat kembali penulis ketika awal tahun ini. Ketika itu, Dr Eko Suprianto memanggil pelajar jurusan elektronik perubatan dan bioperubatan untuk program GOP(Global Outreach Programme). Dr Eko memberi serba sedikit penerangan berkenaan negara-negara yang boleh dilawati dan jumlah wang yg diperlukan. Pada masa itu, ramai yang ingin ke Hong Kong dan meletakkan Bandung,Indonesia sebagai tempat yg ke-2. Penulis?Hong Kong yang pertama dan Korea Selatan yang ke-2. Menjadi tanda tanya siapa bakal pengarahnya.

Bak kata kawan penulis," kau memang mantan - mundar mandir tanpa jawatan".
Mungkinkah ini hotelnya?

Penulis mengambil tanggungjawab selaku pengarahnya dan ketika itu destinasinya ialah Hong Kong. Selepas mengambil pandangan dan bersembang dengan beberapa orang, penulis mengambil keputusan untuk menukarnya ke Korea Selatan. Pesan penulis, siapa yang nak ke negara lain, sila uruskan sendiri. Templatenya sudah ada. Pada saat itu, bermulalah perjalanan ke Korea Selatan dengan pelbagai kerenah yang penulis hadapi. Baik dari rakan sejurusan mahupun pihak pentadbiran universiti dan juga pihak-pihak luar. Peristiwa ini sudah bermula sejak daripada akhir bulan Januari. Dengan hanya kelulusan sudah memakan hampir 5 bulan lamanya. Apakan daya, penulis hanya seperti seekor semut yang hendak dibandingkan dengan tingginya bangunan KLCC. Bermula dengan kertas kerja sehingga ke kelulusan untuk memohon penajaan. Keadaan memang kurang mengizinkan dengan penulis menjalani latihan industri selama 10 minggu dan kesemuanya berbeza tempat latihan industri.
Mungkinkah ini kapal terbangnya?

Kini, berbekalkan dengan semangat penulis yang tidak pernah putus asa, sinarnya makin cerah di sebalik awan yang gelap. Bermula dengan jumlah 39 orang rakan sejurusan penulis, kini tinggal 32 orang dengan 7 orang tidak akan sertainya. Pertambahan pelajar Master sebanyak 3 orang mungkin ada hikmahnya yang pasti kita akan ketahui kelak. Siapa tahu dahulu hanya angan-angan dan kini sudah menghampiri kepada realiti. Penulis tidak menyangka boleh merangka program sebegini. Tambahan pula, penulis juga terpaksa menghadapi PSM, PBL Lab, Assignment, Program KLM dan juga program-program di KTC.
Atau yang ini?

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah yang bakal terjadi kepada program Korea ini. Penulis akan mencoretkan apa kesudahan cerita ini. Kini, penulis di dalam dilema bagaimana harus ke sana. Pelbagai cadangan diberikan dan juga buah fikiran. Di sini penulis perlukan segala pengalaman untuk membuat keputusan. Keputusan penulis haruslah mengira atas kebaikan semua pihak dan bukan mengikut kehendak penulis sendiri. Mungkin ada yang mengatakan penulis hanya goyang kaki sehingga mempunyai masa untuk ke program KLM dan program-program di KTC. Harus diingatkan, kita hanya diberikan 24 jam dalam sehari. Penulis juga tertarik kepada ayat seseorang "apa yang tersurat tidak semestinya menunjukkan apa yang tersirat". Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami ke sana.

P/S: Thanks a Lot to 4 SEP 2010/2011~Wish you the best for your future!

Oh Korea! - Tiada jawapan mengapa entry ini ditulis....


Experience in Bypass Heart Surgery

1
| Sunday, August 1, 2010
Pengalaman ketika latihan industri sememangnya sangat berharga. Abg ipar penulis pernah mengatakan ketika practical adalah paling menarik kerana restrict area pun kita boleh masuk atas alasan belajar. Berdasarkan perkara itu, seminggu sebelum berakhirnya latihan industri di Damansara Specialist Hospital, penulis mengambil kesempatan untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam bilik pembedahan sejak dari awal pembedahan sehingga akhirnya. Di Damansara Specialist Hospital, terdapat 4 bilik pembedahan dan 1 bilik untuk pembedahan jantung. Bilik pembedahan jantung itu kepunyaan Tan Sri Dr Yahya Awang iaitu salah seorang pelopor Institut Jantung Negara(IJN) dan doktor yang melakukan bypass heart surgery untuk Tun Dr Mahathir. Penulis berjumpa dengan beliau bagi meminta kebenaran memasuki dan melihat sendiri pembedahan yang dilakukan. Tanggal 25hb Jun 2010, Tan Sri membenarkan penulis masuk sendiri ke dalam bilik pembedahan.

Pada 25hb Jun, seorang pesakit yang berumur 51 tahun dan perempuan akan memasuki bilik pembedahan jantung untuk bypass. Ventrikel kanan jantungnya sudah gagal berfungsi kerana tersumbat dan doktor harus melakukan bypass. Jam menunjukkan 8.15 pagi. Penulis rasa berdebar-debar kerana penulis bukanlah seorang yang sangat berani melihat darah. Ketika menukar pakaian, penulis berdoa agar tidak pengsan di dalam bilik pembedahan itu. Seram sejuk tangan penulis ketika itu. Penulis sering memasuki bilik pembedahan tetapi penulis jarang melihat dgn dekat pembedahan yang dilakukan. Kebiasaannya, penulis akan masuk setelah tamat pembedahan ataupun jauh dari tempat pembedahan. Jam 8.30 pagi penulis memasuki bilik pembedahan jantung. Ketika itu, sudah terbaring di atas meja pembedahan seorang pesakit yang sudah dibius.

Kelihatan seorang doktor sedang memotong kulit bagi mencari saluran darah simpanan di kaki kanan. Doktor tersebut ialah Dr Syed Adeeb yang juga merupakan pembantu untuk Tan Sri menjalankan bypass. Turut kelihatan Dato' Dr Kathi yang menjaga anesthetic dan Dr Oii yang menjaga Heart Lung Machine. Di situ, 3 orang jururawat dan seorang juruteknik. Kesemua mereka tertanya-tanya kehadiran penulis. Ketika mereka bertanya, Tan Sri masuk dan mengatakan penulis pelajar beliau dan ingin melihat pembedahan. Barulah mereka membenarkan penulis melihat.Penulis di hujung sekali

"Semua yang berlapik hijau awak jangan pegang dan awak tengok sahaja. Kalau ada pape x faham, awak tanye je..nurse2 ni pun boleh jawan..", Pesan Tan Sri.

Mujur ketika itu, penulis sudah kenal jururawat di situ. Kak Asma, kak Najwa dan Kak Siti. Jurutekniknya En Mad. Bermula daripada pembedahan di kaki itu sudah menunjukkan Allah Maha Esa dan Maha Berkuasa. Allah telah meletakkan 4 saluran darah simpanan di dalam tubuh badan manusia. 2 di kaki dan 2 di tangan. Atas pengkajian manusia, saluran darah ini boleh digunakan sebagai jawapan jika tersumbatnya saluran darah di dalam jantung. Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Kepanjangan saluran darah itu bergantung kepada ketinggian seseorang dan kepanjangan tangan dan kaki. Selesai mengambil saluran darah itu, tibalah masa untuk Tan Sri membedah dada pesakit.

Melalui pandangan penulis, sememangnya sangat menyakitkan jika melakukan pembedahan. Memotong kulit tiada masalah. Apabila tiba di sternum iaitu tulang tengah yg menjadi penyambung tulang rusuk kita, Tan Sri menggunakan mesin seakan-akan gergaji dan memotongnya seperti memotong pokok. Allah menjadikan tulang sternum lembut memudahkan untuk manusia membelahnya. Menggunakan Diathermy Machine, Tan Sri dan Dr Adeeb memotong sedikit demi sedikit lemak,kulit dan sebagainya untuk sampai ke jantung. Ketika itu, kelihatan peparu sedang mengembang dan mengecut. Ketika itu jugalah, penulis melihat sendiri dengan mata kasar jantung manusia yang sedang berdegup. Maha Suci Allah yang menjadikan manusia ini. Jantung manusia tidaklah sebesar seperti yang dipelajari di dalam kelas. Jantung manusia seperti sebesar penumbuk dan ianya mampu mengepam darah ke seluruh badan manusia.Heart Lung Machine

"Tan Sri, jantung memang banyak lemak ke?",tanya penulis.

"Memang semua jantung ada lemak. Jantung awak pun ada lemak. Kalau awak nak tau, saya boleh bukakkan jantung untuk awak", balas Tan Sri sambil gelak.Ketika penulis melihat Dr Ooi memantau Heart Lung Machine

Untuk membuat bypass, jantung perlu dihentikan tanpa menghentikan pengepaman darah ke seluruh badan. Itulah gunanya manusia mencipta heart lung machine. Heart lung machine berfungsi seperti jantung manusia dan machinenya besar. Ilmu manusia memang kurang dari setitis air dari gabungan 7 lautan. Allah hanya mencipta jantung yang kecik dan boleh dibawa ke mana-mana tanpa sebarang sambungan elektrik tetapi manusia hanya mampu mencipta fungsi yang sama namun besar dan memerlukan alat-alat bantuan yang lain. Ketika hendak memindahkan darah ke heart lung machine, secara tiba-tiba pesakit dalam keadaan kurang stabil dan mencetuskan suasana panik. Ternyata pengalaman Tan Sri berjaya menyelamatkan keadaan.Ketika menjahit di jantung

Ketika ini, suasana senyap dan penuh konsentrasi. Komunikasi di antara Tan Sri dan Dr Ooi sangat penting bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Benang yang digunakan sangat halus untuk menjahit saluran darah di jantung itu. Setelah selesai menjahit dan mencuba kekuatan saluran darah itu, semuannya telah selesai. Namun, kami harus tunggu hampir sejam bagi membolehkan jantung pesakit itu kembali berdegup dan menyesuaikan dengan saluran darah baru. Kestabilan pesakit amat penting kerana adakalanya saluran darah yang digunakan kurang sesuai ataupun bocor. Jam menunjukkan pukul 1.45 ptg. Jantung sudah mula stabil dan menandakan akan berjayanya pembedahan itu. Selesainya jantung, Dr Adeeb kembali menjahit semula stulang sternum dan kulit pesakit. Tulang sternum itu dicantumkan semula dengan menggunakan benang besi dan ianya kekal di situ. Pesakit masih lagi dalam keadaan bius sehingga jam 7 malam. Pemerhatian khas diperlukan sehingga jam 7 mlm. Selesai pembedahan, penulis turut sama menolong jururawat mengemas di dalam bilik pembedahan itu. Segala-galanya selesai dalam jam 2.45 ptg dan Dr Ooi mengajak penulis dan jururawat lain menikmati pizza Hut. Pizza Hut?!
Ketika Mencuba keberkesanan saluran darah baru

Penulis berada di dalam bilik pembedahan jam 8.30 pagi sehingga 3 ptg dengan hanya berdiri dan dlm keadaan 16.0 degree celcius. Sememangnya penat,lenguh kerana berdiri dan juga kesejukan. Tangan penulis seperti sudah keras dan penulis terpaksa membasuh menggunakan air panas. Kejadian manusia sememangnya menunjukkan kehebatan Allah S.W.T dan penulis bertuah dapat melihat sendiri keEsaan-Nya. Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh penulis dan jarang-jarang orang dapat melihatnya. Pesanan Kak Asma sebelum penulis meninggalkan bilik pembedahan,"jagalah kesihatan..jangan merokok..kalau tak, doktor buat mcm tuhlah..". Pesanan abg Azwar,"If you have oppurnity, don't leave it..go for it!".

Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Dr Yahya Awang kerana membenarkan penulis merasai sendiri pembedahan jantung. Jutaan terima kasih juga kepada Dr Adeeb, Dr Ooi, Dato' Dr Kathi, kak Asma, kak Siti, kak Najwa dan En Mad atas segala tunjuk ajar sepanjang pembedahan itu. Penulis sangat terhutang budi di atas pengalaman yang hebat ini.

Antara video yang dapat penulis rakamkan ketika pembedahan(kualitinya kurang kerana hanya mengguna handphone sendiri):








 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine