Keblinger

Keblinger

Demam..Selsema..Batuk..

0
| Wednesday, February 17, 2010
Hari ini hari rabu..baru 9 minit melepasi hari selasa..sejak dua hari lalu,penulis demam,selsema,batuk dan sakit tekak. Mungkin masih kurang menyesuaikan diri di bumi kuala lumpur..ternyata cuaca panas yang amat terik telah menyebabkan penulis secara tiba-tiba demam.Suhu di kuala lumpur mencecah hampir 34 darjah celcius. Akibat terdedah panas sebegitu, badan penulis turut sama panas dan terbaring penulis selama hampir 2 hari. Alhamdulillah, penulis sudah kembali segar cuma batuk masih berbunyi2..

Sinar Seoul semakin cerah..apabila Dr Bustanur menghantar email yg dihantar oleh P.A dekan kepada penulis. Dr Bustanur telah menawarkan untuk memperbaiki kertas kerja yang telah dibuat oleh penulis namun ada cerita yang kurang enak..penulis terpaksa merahsiakan demi menjaga perhubungan semua orang..biarla perkara itu selesai dengan sendirinya asalkan yang ingin ke Seoul dapat ditunaikan hajatnya..hari ahad penulis akan berbincang bersama salah seorang pelajar malaysia di korea untuk memudahkan urusan ketika di sana..insyaAllah segalanya berjalan lancar..

Untuk Muhsin, selamat pengantin baru..semoga gerbang perkahwinan yang ditemui membawa seribu satu makna untuk diri anda dan isteri..Muhsin merupakan salah seorang rakan sekursus dengan penulis..beliau telah akad nikah pada hari ahad(14/2) dan segalanya sudah selamat..penulis hanya mampu menghasilkan video yang agak ringkas untuk beliau..al-maklumla,penulis masih lagi beginner dalam perkara sebegini..untuk kenduri di Langkawi, penulis mohon maaf kerana tidak dapat menghadirinya..kegawatan ekonomi..hehhehe..



Problems come back!

0
| Wednesday, February 10, 2010
Hari ini hari rabu..sudah berlalu 3 hari sejak hari sabtu di mana penulis jadi tak keruan,gelisah,resah serta terawang-awang memikirkan program yang sedang dilalui. Seharian bekerja keras untuk memastikan tanggungjawab yg diberi dapat dilaksanakan. Namun, itulah kehidupan manusia..tak pernah lekang daripada masalah..sentiasa datang untuk kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan..supaya kita tak sentiasa leka..

3 hari yang menyamankan..hari pertama, org belanja makan domino's pizza..dan discussion lab mencapai target..hari kedua, lab report selamat dihantar dan discussion english mencapai target..hari ketiga, 5 episod heroes tamat dan lab sudah nampak cahaya akan berjaya..masuk hari ke-4..iaitu hari ini..everything spoil!

Penulis mempunyai 2 program untuk diselesaikan dalam tempoh setahun ini. 1st, lawatan ke muzium anatomi di UKM..2nd, lawatan ke Seoul, Korea Selatan. Nampak macam mudah..tapi,laluannya penuh berliku..1st problem, surat kelulusan ke muzium x lpas lg..alasan pihak birokrasi..persatuan xde laporan agm n xde carta organisasi..seriously i hate birokrasi..so,stuck lg..n xtau bila boleh lulus..pegi utk belajar..bkn utk bersuka ria..yang utk melalak sane sinie tuh..senang plak nak lulus..aiyooo

2nd, Seoul,Korea Selatan..is it a dream?fantasy?or reality?penulis sendiri tak boleh menggambarkan apa yang bakal dilalui..laluannya semakin tertutup dan seolah-olah terlalu jauh utk digapai..setelah berjumpa dgn Dr Eko tengahari td, penulis merasakan panas di kepala..seolah-olah mahu mencari bom dan letopkan utm..hahahhaa..this is what i feel today...ade sorang dua baru tahu apa yang terjadi..maybe ramai akan tahu lepas cuti raya cina..n maybe ade yang tau dgn baca blog ini..bila hari ini terjadi, penulis tak boleh menjanjikan kita semua dapat pergi ke Seoul..mungkin sekadar angan-angan kalau birokrasi berterusan..apa-apapun, penulis mengharapkan rakan sekelas sekalian terus berusaha untuk mencari kewangan yang semaksimum mungkin..i'll try as much i can to get all of u place in Korea..this is my words..

p/s:kepada pihak berbirokrasi..hentikanlah..jangan susahkan mahasiswa..anda dibayar gaji untuk mempermudahkan urusan..=)

Back to My Blog

0
| Monday, February 8, 2010
So long..so long..sooooo looooonnnggg....

Lama terasa tak updatekan blog..terbengkalai macam tuh je..keinginan untuk menaip tak dtg..so,kena terimala tak menaip..hehehe..

Hujung minggu lepas iaitu hari sabtu..penulis terlibat dalam program sehari bersama @lambaian. Program yang sebenarnya amat bermakna untuk yang akan meninggalkan UTM dan memulakan karier masing-masing pada masa depan. Setiap program pasti meninggalkan kesan pahit dan manis untuk dikenang sepanjang zaman. Tetapi, sayang..kita tidak boleh merekod setiap perjalanan kehidupan kita tetapi yang hanya boleh diingat sekadar di dalam memori. Penulis merupakan timbalan pengarah program tetapi penulis diberi tanggungjawab untuk menguruskan barbeque pada malam tersebut. Kerisauan dan keresahan sentiasa berlaku sepanjang masa. Sehinggakan, penulis hanya mampu menyertai program itu pada jam 9 pg - 1 ptg saja. Selebihnya penulis terlibat untuk penyediaan barbeque dan juga persembahan. Untuk persembahan, ini kali pertama penulis menyanyi di khalayak ramai dan thanks to Erizu, Haziq, Cipun dan Ijat yang sedia menjadi 'backdrop' penulis. Setidak2nya, kalian yang menjadi perhatian..hahahhaha..

Back to the program story, sebenarnya penulis sangat tertekan pada hari sabtu pagi..kerisauan berganda-ganda memikirkan aktiviti malam itu dengan peralatan yang masih belum mencukupi. Sehingga pada jam 3.50 pagi penulis setia menanti Cipun menyiapkan aktiviti yang hendak dilakukan pada malam itu. I never had this overstress in my life. Kerana terlalu tidak dapat berfikir, penulis menghantar sms kepada seseorang. Hampir 3 page lebih penulis menaip sms tersebut dan penulis tidak mengharapkan beliau reply sms penulis. Jam 4.15 pagi, penulis terlelap. Tersedar jam 6.40 pagi, perkara pertama penulis melihat adalah hp penulis. Tertera msg dari beliau. Mudah dan ringkas jawapannya. "i know u can do that,i'Allah,...I pray for u.."

Terharu penulis membaca sms tersebut. Sms tersebut membuatkan penulis terfikir sejenak. Ya Allah, hambamu ini selalu melupakanMu tatkala senang mahupun susah. Segala rintihan dan kesusahan yang dialami sebenarnya ujian daripada Allah untuk melihat hambaNya menambah ketakwaan kepadaNya. Penulis menyedari, walaupun kita keseorangan berada dalam kesusahan, Allah tidak pernah meninggalkan kita. Allah sentiasa berada bersama kita. Dalam keadaan itu, muncul pelbagai orang untuk membantu kita tanpa kita sangka. Ya Allah, besarnya nikmatMu yang telah dicurahkan sehingga aku mampu menjadi begini.

Thanks to abg Sport, kak Shila, abg Azwar, kak Ain, abg Adam, kak Ezi, kak Ayu and kak Ikin..

Special thanks to Erizu, Haziq, Cipun, Ijat and Radhi..

Even penulis sudah pencen dalam program sebegini, kalian menunjukkan realiti kehidupan kepada penulis...
 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine