Keblinger

Keblinger

About my work..

2
| Friday, September 30, 2011
Sebelum penulis ceritakan tentang majlis konvokesyen, penulis lebih senang untuk ceritakan tentang tempat kerja penulis dahulu. Semalam, pukul 11.30 malam baru penulis sampai di rumah. Pukul 10.45 malam baru selesai semua kerja menghantar barang ke setor selepas selesai pameran Lab Asia 2011. Pameran terbesar untuk barang-barang instrument dan sebagainya. Memang peluang sebegini dimanfaatkan penulis untuk mengenal ke semua produk syarikat penulis.

Dari kiri : Rotary evaporator, Digestive microwave

Syarikat tempat kerja penulis?namanya Gaia Science (M) Sdn Bhd. Mempunyai cawangan di Singapura dan Indonesia. Cawangan di Indonesia adalah yang terbesar dan di Singapura adalah yang terawal. Cawangan di Malaysia baru memasuki tahun keduanya bertapak dalam Malaysia. Syarikat penulis menjadi solely distributor untuk beberapa jenama seperti Nuaire, CEM, Heidolph, Percival dan lain-lain. Jenama-jenama seperti ini untuk barang biosains ataupun analytical. Kebanyakannya digunakan di makmal penyeli
dikan yang menggunakan kimia ataupun sel-sel.

Dari kiri : Overhaead stirrer, Magnetic stirrer, Homogeniser, Synthesizer microwave

Mana syarikat ini?di Bandar Puteri, Puchong. Mempunyai 17 orang dalam satu syarikat. 3 orang director, seorang General Manager, 7 orang product specialist, 2 orang marketing support, 1 orang admin dan 3 orang engineer termasuk penulis. So far, penulis sudah berurusan dengan semua dan semuanya sangat friendly. Memang environment yang sangat sesuai untuk bekerja. Banyak membantu sesama sendiri dan terasa seperti sangat welcome untuk bekerja dalam syarikat ini. Kebanyakan mereka merupakan orang yang sudah lam
a bekerja. Penulis merupakan orang ke-3 fresh grad untuk bekerja di situ.

Dari kiri : Mini Centrifudge, Microplate shaker, Vortex mixer

Jadi kerja penulis?service engineer. Lebih kepada installation, calibration, testing, comissioning, troubleshooting dan service. Penulis biasanya bekerja selepas penjualan barang kepada pengguna. Antara barang-barangnya, biological safety cabinet, co2 incubator, laminar flow, autoclave, magnetic stirrer, homogeniser, vortex mixer, digestive mi
crowave, rotary evaporator dan sebagainya. Setelah hampir sebulan bekerja, ada lagi barang yang penulis sendiri belum jumpa mahupun tengok.

Biological Safety Cabinet

Nak kena pergi kerja dah, nantilah penulis sambung lagi ceritanya. ^_^

Co2 Incubator

Thanks to Dr Chua, Chang, Li Juan, John, Mei Sing, Andrea, Megan, Chiong, Vanessa, Jan, Puteri, Emily, Durga for all your support.

Big thanks to Shakir, Evon and Tung for really being nice to me.

Kerja memang kerja. Tapi, harapnya taklah terikut sangat dengan mereka. Harapnya taklah..



Sekitar sebelum Majlis Konvokesyen

3
| Monday, September 26, 2011
Alhamdulillah.

Hari ini barulah penulis berkesempatan untuk mencoret di blog yang semakin bersarang ini. Sudah tinggalkan dunia blog ini hampir setahun. Mula terasa untuk menaip semula cerita-cerita di blog ini. Lepas ini, penulis cuba untuk mencari waktu yang sesuai untuk updatekan apa-apa yang berkaitan.

Sebelum apa-apa, penulis sekadar ingin melahirkan rasa syukur kerana telah pun diterima untuk bekerja di Gaia Science(M) Sdn. Bhd. Position?sebagai service engineer. Kerjanya bagaimana?company apakah ini?waktu kerja nya bila?siapa customer?Itu penulis akan coretkan lain kali.

Kita coretkan dulu berdasarkan tajuk. Majlis konvokesyen UTM ke-47. Setelah selesai belajar, kami semua dimaklumkan konvokesyen untuk FKE pada 24hb Sept 2011 sesi petang. Tarikhnya sudah dikenal pasti. Lebih kurang sebulan sebelum tarikh tersebut, tibalah surat jemputan konvokesyen. Ketika itu, penulis hanya belek-belek sampul. Buka, baca dan simpan semula. Ayah dan ummi juga buka, baca dan simpan semula. Ayah siap simpan kat dalam bilik bawah. Ketika itu, penulis hanya buka link untuk nyatakan setuju hadirkan diri ke Majlis Konvokesyen.

Pada masa itu, penulis tiada rasa apa-apa. Gembira pun tidak, sedih pun tidak. Bagaikan tiada perasaan. Rasa malas nak pergi konvokesyen pun ada. Sehinggakan bayaran konvo pun penulis tak lakukan. Hampir pada tarikhnya, barula penulis ada kesedaran sedikit. Ayah dan ummi dah decide nak naik flight Fire Fly terus ke JB sabtu pagi dan pulang semula pada malamnya. Along, abang dengan kakak memang wajib dah tak pergi. Jadi, penulis pun tiadalah perasaan berkobar-kobar hendak konvo. Seminggu sebelum majlisnya, tarikh untuk mengambil jubah. Untuk jubah itu, penulis minta Haziq yang ambilkan. Itupun, penulis bagitahu jumaat malam untuk ambilkan. Mujurlah dia tak banyak sangat ngomen. Thanks Haziq! ^_^

Penulis berkira-kira hendak mengambil cuti bila. Bila difikir-fikir, penulis pun ambil cuti hari jumaat. Alang-alang boleh terus ke JB hari jumaat. Pada hari khamis, sepatutnya penulis harus ke Pulau Pinang. Disebabkan konvokesyen, penulis dihantar ke Hospital Ampang dan Melaka. Hari khamis kerjanya di dua tempat. Konvo?masa itu macam tak fikir langsung. Penulis sedar, hotel pasti penuh. Ketika itu, tiada langsung rasa hendak book hotel dan sebagainya. Hari rabu petang, baru penulis telefon Kulai City Inn untuk book 1 bilik. Bilik untuk memudahkan ayah dan ummi bersiap-siap setelah tiba di JB.

Cerita pula tentang baju. Penulis fikir, guna baju yang sedia ada dah mencukupi. Blazer pun pakai yang beli kat kedai bundle. Tapi, hari ahad sebelum konvo, ummi suruh cari blazer lain. Dicuba pakai dan sebagainya, blazer ayah juga yang penulis pakai. Kemudian, ummi ajak pergi cari baju kemeja dan seluar baru. Nak juga dibelikan tali leher baru tapi penulis kata cukuplah baju dengan seluar. Ummi pula yang excited nak konvo. Hehehe. Mungkin moodnya belum sampai atau memang tiada apa yang bermakna. Yela, bukan dapat sebarang medal untuk dikalungkan. Jauh sekali title first class honour. Biasa-biasa je. Tak terlaksana impian ayah nak tengok anak dia first class.

It's not about Convocation. It's about friends. Memanglah kena meraikan majlis konvokesyen tanda sudah tamat pembelajaran 4 tahun di UTM. Namun, selepas tamat majlis konvokesyen adakah mungkin kita semua ada sebab untuk berkumpul, berjumpa, mengambil gambar, berjenaka, berkongsi cerita lagi?


Next post penulis sambung cerita Majlis Konvokesyen ke-47.

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine