Keblinger

Keblinger

Experience in Bypass Heart Surgery

| Sunday, August 1, 2010
Pengalaman ketika latihan industri sememangnya sangat berharga. Abg ipar penulis pernah mengatakan ketika practical adalah paling menarik kerana restrict area pun kita boleh masuk atas alasan belajar. Berdasarkan perkara itu, seminggu sebelum berakhirnya latihan industri di Damansara Specialist Hospital, penulis mengambil kesempatan untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam bilik pembedahan sejak dari awal pembedahan sehingga akhirnya. Di Damansara Specialist Hospital, terdapat 4 bilik pembedahan dan 1 bilik untuk pembedahan jantung. Bilik pembedahan jantung itu kepunyaan Tan Sri Dr Yahya Awang iaitu salah seorang pelopor Institut Jantung Negara(IJN) dan doktor yang melakukan bypass heart surgery untuk Tun Dr Mahathir. Penulis berjumpa dengan beliau bagi meminta kebenaran memasuki dan melihat sendiri pembedahan yang dilakukan. Tanggal 25hb Jun 2010, Tan Sri membenarkan penulis masuk sendiri ke dalam bilik pembedahan.

Pada 25hb Jun, seorang pesakit yang berumur 51 tahun dan perempuan akan memasuki bilik pembedahan jantung untuk bypass. Ventrikel kanan jantungnya sudah gagal berfungsi kerana tersumbat dan doktor harus melakukan bypass. Jam menunjukkan 8.15 pagi. Penulis rasa berdebar-debar kerana penulis bukanlah seorang yang sangat berani melihat darah. Ketika menukar pakaian, penulis berdoa agar tidak pengsan di dalam bilik pembedahan itu. Seram sejuk tangan penulis ketika itu. Penulis sering memasuki bilik pembedahan tetapi penulis jarang melihat dgn dekat pembedahan yang dilakukan. Kebiasaannya, penulis akan masuk setelah tamat pembedahan ataupun jauh dari tempat pembedahan. Jam 8.30 pagi penulis memasuki bilik pembedahan jantung. Ketika itu, sudah terbaring di atas meja pembedahan seorang pesakit yang sudah dibius.

Kelihatan seorang doktor sedang memotong kulit bagi mencari saluran darah simpanan di kaki kanan. Doktor tersebut ialah Dr Syed Adeeb yang juga merupakan pembantu untuk Tan Sri menjalankan bypass. Turut kelihatan Dato' Dr Kathi yang menjaga anesthetic dan Dr Oii yang menjaga Heart Lung Machine. Di situ, 3 orang jururawat dan seorang juruteknik. Kesemua mereka tertanya-tanya kehadiran penulis. Ketika mereka bertanya, Tan Sri masuk dan mengatakan penulis pelajar beliau dan ingin melihat pembedahan. Barulah mereka membenarkan penulis melihat.Penulis di hujung sekali

"Semua yang berlapik hijau awak jangan pegang dan awak tengok sahaja. Kalau ada pape x faham, awak tanye je..nurse2 ni pun boleh jawan..", Pesan Tan Sri.

Mujur ketika itu, penulis sudah kenal jururawat di situ. Kak Asma, kak Najwa dan Kak Siti. Jurutekniknya En Mad. Bermula daripada pembedahan di kaki itu sudah menunjukkan Allah Maha Esa dan Maha Berkuasa. Allah telah meletakkan 4 saluran darah simpanan di dalam tubuh badan manusia. 2 di kaki dan 2 di tangan. Atas pengkajian manusia, saluran darah ini boleh digunakan sebagai jawapan jika tersumbatnya saluran darah di dalam jantung. Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Kepanjangan saluran darah itu bergantung kepada ketinggian seseorang dan kepanjangan tangan dan kaki. Selesai mengambil saluran darah itu, tibalah masa untuk Tan Sri membedah dada pesakit.

Melalui pandangan penulis, sememangnya sangat menyakitkan jika melakukan pembedahan. Memotong kulit tiada masalah. Apabila tiba di sternum iaitu tulang tengah yg menjadi penyambung tulang rusuk kita, Tan Sri menggunakan mesin seakan-akan gergaji dan memotongnya seperti memotong pokok. Allah menjadikan tulang sternum lembut memudahkan untuk manusia membelahnya. Menggunakan Diathermy Machine, Tan Sri dan Dr Adeeb memotong sedikit demi sedikit lemak,kulit dan sebagainya untuk sampai ke jantung. Ketika itu, kelihatan peparu sedang mengembang dan mengecut. Ketika itu jugalah, penulis melihat sendiri dengan mata kasar jantung manusia yang sedang berdegup. Maha Suci Allah yang menjadikan manusia ini. Jantung manusia tidaklah sebesar seperti yang dipelajari di dalam kelas. Jantung manusia seperti sebesar penumbuk dan ianya mampu mengepam darah ke seluruh badan manusia.Heart Lung Machine

"Tan Sri, jantung memang banyak lemak ke?",tanya penulis.

"Memang semua jantung ada lemak. Jantung awak pun ada lemak. Kalau awak nak tau, saya boleh bukakkan jantung untuk awak", balas Tan Sri sambil gelak.Ketika penulis melihat Dr Ooi memantau Heart Lung Machine

Untuk membuat bypass, jantung perlu dihentikan tanpa menghentikan pengepaman darah ke seluruh badan. Itulah gunanya manusia mencipta heart lung machine. Heart lung machine berfungsi seperti jantung manusia dan machinenya besar. Ilmu manusia memang kurang dari setitis air dari gabungan 7 lautan. Allah hanya mencipta jantung yang kecik dan boleh dibawa ke mana-mana tanpa sebarang sambungan elektrik tetapi manusia hanya mampu mencipta fungsi yang sama namun besar dan memerlukan alat-alat bantuan yang lain. Ketika hendak memindahkan darah ke heart lung machine, secara tiba-tiba pesakit dalam keadaan kurang stabil dan mencetuskan suasana panik. Ternyata pengalaman Tan Sri berjaya menyelamatkan keadaan.Ketika menjahit di jantung

Ketika ini, suasana senyap dan penuh konsentrasi. Komunikasi di antara Tan Sri dan Dr Ooi sangat penting bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Benang yang digunakan sangat halus untuk menjahit saluran darah di jantung itu. Setelah selesai menjahit dan mencuba kekuatan saluran darah itu, semuannya telah selesai. Namun, kami harus tunggu hampir sejam bagi membolehkan jantung pesakit itu kembali berdegup dan menyesuaikan dengan saluran darah baru. Kestabilan pesakit amat penting kerana adakalanya saluran darah yang digunakan kurang sesuai ataupun bocor. Jam menunjukkan pukul 1.45 ptg. Jantung sudah mula stabil dan menandakan akan berjayanya pembedahan itu. Selesainya jantung, Dr Adeeb kembali menjahit semula stulang sternum dan kulit pesakit. Tulang sternum itu dicantumkan semula dengan menggunakan benang besi dan ianya kekal di situ. Pesakit masih lagi dalam keadaan bius sehingga jam 7 malam. Pemerhatian khas diperlukan sehingga jam 7 mlm. Selesai pembedahan, penulis turut sama menolong jururawat mengemas di dalam bilik pembedahan itu. Segala-galanya selesai dalam jam 2.45 ptg dan Dr Ooi mengajak penulis dan jururawat lain menikmati pizza Hut. Pizza Hut?!
Ketika Mencuba keberkesanan saluran darah baru

Penulis berada di dalam bilik pembedahan jam 8.30 pagi sehingga 3 ptg dengan hanya berdiri dan dlm keadaan 16.0 degree celcius. Sememangnya penat,lenguh kerana berdiri dan juga kesejukan. Tangan penulis seperti sudah keras dan penulis terpaksa membasuh menggunakan air panas. Kejadian manusia sememangnya menunjukkan kehebatan Allah S.W.T dan penulis bertuah dapat melihat sendiri keEsaan-Nya. Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh penulis dan jarang-jarang orang dapat melihatnya. Pesanan Kak Asma sebelum penulis meninggalkan bilik pembedahan,"jagalah kesihatan..jangan merokok..kalau tak, doktor buat mcm tuhlah..". Pesanan abg Azwar,"If you have oppurnity, don't leave it..go for it!".

Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Dr Yahya Awang kerana membenarkan penulis merasai sendiri pembedahan jantung. Jutaan terima kasih juga kepada Dr Adeeb, Dr Ooi, Dato' Dr Kathi, kak Asma, kak Siti, kak Najwa dan En Mad atas segala tunjuk ajar sepanjang pembedahan itu. Penulis sangat terhutang budi di atas pengalaman yang hebat ini.

Antara video yang dapat penulis rakamkan ketika pembedahan(kualitinya kurang kerana hanya mengguna handphone sendiri):








1 comments:

{ Healthylivingworld } at: August 4, 2022 at 9:13 PM said...

Excellent article; many thanks for informing us. It's been extremely helpful. Keep sharing, please. If you want to learn more about the finest treatment that is also reasonable Please pick the link.
best hospital for heart valve surgery in coimbatore

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine