Keblinger

Keblinger

Third Time

| Wednesday, July 27, 2011
Sehari selepas bersusah payah interview di Sepang, penulis menerima panggilan yang tidak dikenali.

"Ni En Wan Muhammad Aizat?Saya dari ....... Kami dah menerima resume anda. Jadi, saya settingkan interview awak pada 26hb Julai 2011, pukul 2.30 petang di office. Nanti saya akan emailkan alamat. In case, tak jumpa atau sesat ke, telefon saya k.."

Tiba-tiba jatuh hati dengan HR. hahaha. Alhamdulillah, selesai satu interview, dapat lagi satu interview. Company yang telefon ni, barulah betol bidangnya dengan penulis. Bukan semiconductor, bukan air logistic, bukan construction tapi vendor medical equipment. Biarlah tidak sebesar MRI, CT Scan mahupun Ultrasound. Tapi, barangnya agak penting untuk buat research mahupun melihat apa yang ada dalam darah.

Companynya di Petaling Jaya. Melihat pada Google Map, memang agak menarik untuk ke sana. Pasti berhadapan dengan kesesakan lalulintas. Mengambil iktibar daripada kisah lama, pukul 12.30 tengahari penulis sudah mula bergerak. Menggunakan highway biarpun terpaksa mengeluarkan RM3.50, demi untuk sampai tepat pada waktunya. Alhamdulillah, jam 1.20 petang penulis sudah sampai. Dilihat pada tempatnya agak kurang menarik. Tempat makan yang ada hanyalah tempat makanan cina. Suram, sunyi, dan banyak tempat parking kereta. Membuatkan penulis rasa seperti tidak mahu bekerja di sini.

Keadaan di luar syarikat

Penulis mula melangkah masuk. Pintunya berkunci. Setelah beritahu di Interkom, terkejut penulis. "Luar setinggan, dalam bungalow!" Cantik. Penuh dengan sistem keselamatan. Pintu demi pintu yang mahu ditempuh perlu tagkan kad. Diberi borang, diisi borang. Sepanjang mengisi borang itu, kesemua yang lalu lalang adalah melayu dan perempuan. Mula terfikir, company melayu kah?Teruja jugak kerja di company melayu. Selesai segalanya, masuk ke bilik interview. Penemuduganya 2 orang perempuan dan melayu.

"Tell me about yourself"

"What is your strength?"

"How about your weakness?"

"Do you familiar with certain area through out Malaysia?"

"If you are going to some place that is not familiar, how are you going to face it?"

"How good are you in handling stress?"

Jawapan bertalu-talu diberi biarpun bila direnung semula mengarut semuanya. Penulis kurang pasti jawapan itu menepati piawaian atau tidak. Yang pasti, penulis sudah jawab.

"If you being accepted in this company, you will travel a lot. For example, monday you will be in Perlis, tomorrow in Kedah, the next day in Penang, thursday in Perak and friday you are coming back to KL. You have to come to the office and drive company's car. You will be partner with senior. You will be given training in the office then you will be evaluate in Singapore."

Gajinya tidaklah tinggi sangat. Officenya taklah jauh tapi jammed agak teruk. Siap ada company trip pegi oversea tiap-tiap tahun lagi. Ramai melayu walaupun keadaan sekelilingnya taklah menarik sangat. Apa apapun, penulis masih lagi berharap keajaiban akan berlaku. Moga-moga dapat pekerjaan biarpun tidaklah popular nama syarikatnya tetapi halal rezekinya.

Setelah selesai interview, dilihat jam 2.35 petang. Masuk pukul 2.20 petang. 15 minit je interview. Macam tak berminat je orang tuh. Ahahaha..Lastly,salah seorang interviewer bertanya,

"Prof Mazlina is your academic advisor?"

"Yes, you know her?"

"Yup, she is my aunty"

Dang!Ding!Dong!Sejauh mana bumi dipijak, bumi itu tetap bulat.

4 comments:

{ Cik Sara } at: July 27, 2011 at 5:17 PM said...

Ehem..macam besar je peluang nak dapat keje kat situ.. Travel a lot.. Very the like!..

{ Wan Muhammad Aizat } at: July 27, 2011 at 11:29 PM said...

Memang best travel a lot tuh..menarik..cume terkejut, anak sdare prof salah sorg interviewer..heee...

{ Cik Sara } at: July 28, 2011 at 11:39 AM said...

Dah kata pun bumi ni bulat. sfera. Pi mai 2x mesti jumpa orang yang mungkin ada kaitan ngan orang yang kita kenal.. By the way, kalau dapat this jon, roger2xlah.. kalau ada kosong lagi, tahun depan beta apply plak..hahaha

{ Wan Muhammad Aizat } at: July 28, 2011 at 12:01 PM said...

hehehe..baek2,aku btau kalo ade kosong..in fact,company2 kecik cmni mudahlah kalo apply..leh dapat gak..insyaAllah..

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine