Keblinger

Keblinger

9hb Julai - Detik ditunggu..

| Friday, July 8, 2011
9hb Julai 2011. Perancangan untuk mengadakan perhimpunan BERSIH. Perhimpunan yang dianjurkan oleh NGO-NGO diketuai oleh Datuk Ambiga. BERSIH bertemakan warna kuning sehingga kini antara isu yang paling popular dalam tanah air tercinta.

Apa-apapun, 9hb Julai bakal membuatkan ribuan warga kota semakin serabut untuk berfikir. Hendak masuk Kuala Lumpur ataupun jalan-jalan yang lain sudah menjadi suatu masalah besar. Dah macam perintah darurat kat Kuala Lumpur 9hb nanti. 9hb tuh juga akan diadakan majlis cukur jambul oleh sepupu penulis di Bandar Utama. Pun jadi isu, sama ada boleh pergi atau tidak.

Berhimpunlah..tapi,syaratnya jangan menyusahkan rakyat..

Ya. Penulis faham. Dua-dua pihak mahu menegakkan benang yang basah. Dua-dua pihak mahu menang. Rakyat jelata?dibelakangkan. Rakyat juga yang menjadi mangsa atas pertelingkahan dua pihak. Rakyat jelata juga yang terpaksa menanggung akibatnya. Rakyat jelata juga yang harus membatalkan pelbagai program, rancangan mahupun niat untuk berjala
n-jalan. Rakyat jelata juga yang terpaksa duduk dalam rumah, termenung ataupun tengok tv apa yang berlaku. Yang dua-dua pihak ni syok je bertelagah. Syok je masuk surat khabar, tv mahupun dalam internet. Semakin popular dengan menyusahkan rakyat.

Bagi penulis, buatlah apa nak buat pun. Tapi, jangan sampai menyusahkan majoriti rakyat. Ingat Kuala Lumpur takde urusan ke hari sabtu?Ingat semua orang hari sabtu duduk rumah ke?Penulis
teringat ketika larian Standard Chartered pada hari ahad pagi. Banyak jalan di Kuala Lumpur ditutup. Ikut jalan ni,tutup. Ikut jalan tuh, tutup. Menyusahkan orang tau tak?!Nak lari pun, larilah. Tapi, tak payah sampai menyusahkan orang. Ingat orang lain takde urusan penting. Takkan nak pentingkan kome je?!Tutup lepas tuh xde bagi arahan ikut jalan mana yang boleh. Itu namanya sengal!paham?

Road block..Road block..Road block..

Untuk 9hb ni, penulis tak pasti berapa banyak jalan nak tutup. Kot ye dipulangkan duit cukai jalan takpe jugak. Rakyat bayar cukai jalan untuk menggunakan jalan. Bukan untuk tutup jalan. Faham?!Road block merata. Buat road block pulak time orang pergi kerja, time orang balik kerja. Lagi bijak. KL dah sesak. Roadblock lagi, bertambah-tambah-tambah-tambah sesak.
Haihh..


Cubalah letakkan diri sebagai rakyat. Mesti boleh mengutamakan rakyat. Kalau letakkan diri seperti pemimpin tertinggi, sampai ke sudah hanya mampu menyusahkan rakyat.


Pesanan ringkas - Cuba simpan sikit bodoh tuh..




0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine