Keblinger

Keblinger

Teddy Dalam Kenangan

0
| Thursday, July 29, 2010


3/9/2001 adalah tarikh kelahiran seekor kucing bernama Teddy. Ketika itu, Teddy merupakan kucing terakhir yang dilahirkan selepas Kitam dan Belang. Warna bulunya dan juga wajahnya membuatkan kami sekeluarga menamakan teddy. Teddy sangat lincah dan juga sangat manja. Kitam dan Belang dihantar ke Kuala Pilah untuk dijaga sepupu kami sementara teddy menjadi haiwan belaan bersama nikki iaitu abgnya yang dilahirkan pada bulan 3. Berbeza teddy dan nikki. Nikki mempunyai raut wajah yang agak garang dan sememangnya garang. Nikki jarang bermanja dengan kami dan dia lebih suka makan apa yang kami makan. Berbeza dengan teddy, teddy sangat manja dan lebih suka tidur di dalam rumah. Kegemarannya tidur di atas kain batik atau kain pelikat. Gayanya yang manja membuatkan kami sekeluarga geli hati.

Melihat dengan mata sendiri teddy membesar selama hampir 9 tahun pastinya menimbulkan pelbagai kenangan. Ada yang pahit dan tidak ketinggalan yang manis. Seminggu yang lalu, ibu penulis menceritakan bagaimana teddy jarang makan dan manjanya agak pelik. Mungkin itu petanda teddy bakal meninggalkan kami. Tarikh 28/7/2010 - malamnya teddy tidak tidur di dalam rumah. Sesuatu yang jarang berlaku. Keesokkan paginya, teddy tidak balik rumah. Ayah penulis mencari tapi tidak menjumpainya. Jam 11 pagi, abgnya iaitu nikki pulang sambil menjerit-jerit seolah-olah hendak menceritakan sesuatu. Ayah penulis keluar mencari lagi teddy. Selesai solat zohor, ayah penulis sekali lagi mencari teddy. Akhirnya, pengawal keselamatan menemui ayah penulis dan memberitahu teddy sudah meninggal dunia dilanggar kereta. Kepalanya dikhabarkan pecah dan pengawal keselamatan sudah menanam teddy.

Sayu dan sedih menyelubungi semua. Sudah hampir 9 tahun teddy bersama kami. Akhirnya, ajalnya tiba dan meninggalkan kami. Tiba saatnya untuk pergi buat selama-lamanya. Teddy tetap menjadi ingatan kami semua. Tanggal 29/7/2010, teddy menemui ajalnya tanpa kami semua sedari. Kami semua pasti merindui Teddy.

Teddy ~3/3/2001 - 29/7/2010~

Bernafas Kembali..

0
| Wednesday, July 28, 2010
Alhamdulillah..layout baru blog berjaya penulis siapkan..insyaAllah,penulis akan giat aktif semula untuk menulis blog ini..^_^
 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine