Dulu Engineer, sekarang Real Estate Negotiator (REN)
Bulan Mac 2016, Aku sudah semakin fed up dengan kerja-kerja engineering. Projek masalah. Dituduh sana-sini. Rakan sekerja sudah semakin mengarut. Aku scroll dalam internet. Pekerjaan yang tidak memerlukan specific degree tapi boleh menjana pendapatan. Antaranya menjual air & menjadi perunding hartanah ataupun namanya real estate negotiator. Aku cuba search tapi semuanya berbayar. Tak diceritakan secara specific macam mana nak jadi REN. Jual air? Yup. Aku dah tengok kat SS 15. Memang boleh jana pendapatan. Tapi, aku belum bersedia sebegitu.
What's next? Kebetulan aku tengah scroll FB, lalulah 1 page yang menawarkan briefing berkenaan dengan REN secara percuma. Bila tengok tempatnya, hanya di Ampang. Bagi aku agak convenience tempat tu. Briefing itu aku daftar. Dan harinya tiba. Aku pergi walaupun tak ada sorang yang aku kenal. Mendengar briefing itu tapi perlukan duit untuk pendaftaran. Ketika itu, claim aku sangkut. Duit gaji pun habis bayar hutang. So, aku tak teruskan niat untuk daftar.
Aku masih teruskan kehidupan seperti biasa. Bergelumang dengan masalah kerja. Sedang aku scroll fb, aku ternampak junior aku ketika di UTM buat talk "zero to hero" untuk REN baru daftar semasa induction class. Masa itu, aku terdetik untuk cuba career REN ni. Kalau dia boleh buat, takkan aku tak boleh buat. Datang message seseorang ketika itu. Bertanya masih berminat untuk join ataupun tidak. Boleh datang interview.
Aku mengambil keputusan untuk datang interview. Ketika itu, 2 hari sebelum puasa. Ketika interview, aku bagitahu boleh tak bayaran ansuran. RM 50 dulu. nanti dah ada duit baru bayar. Boleh saja ketika itu. Aku teruskan. Ketika puasa aku pergi ke kelas. Cuba iklankan. Cuba jual diri di FB. Buat secara part time. Tapi ketika itu, semuanya suram. tak ada apa-apa.
Ketika masalah kerja semakin kritikal, claim semakin lambat, gaji macam ada tak ada, aku mengambil keputusan untuk berhenti. Persiapan aku dah buat sejak aku daftar. Aku dah siapkan back up plan. Bulan 6 aku hantar surat perletakan jawatan. Tiada counter offer. Maksudnya, aku memang kena teruskan niat itu. Aku nekad. Berhenti walaupun tahu masalah akan timbul kemudian hari. Aku belum establish sebagai REN. Tapi, risiko besar aku ambil untuk berhenti terus daripada Engineer. Hari terakhir aku adalah 15hb Julai 2016. Aku jumpa dengan bos, serah laptop beserta kesemua document. Kemas meja & ambil gaji terakhir. Itulah kali terakhir aku dapat slip gaji.
Dulu nak balik raya memang sangat seronok. Tapi, nak balik semula KL rasa teramat malas. Rasa sengsara. Tapi, tahun itu, aku rasa kosong. Balik KL dengan keadaan tak pasti lagi macam mana. Aku baru daftar REN. Belum ada closed deal. Belum ada listing. Belum kenal sesiapa lagi. Aku dah berhenti kerja. Tak ada gaji bulanan. Simpanan hanya bertahan selama 2 bulan. Ketika itu juga, isteri aku dah masuk 36 minggu mengandung anak kedua. Risiko? yes. Sangat berisiko. Memperjudikan kehidupan yang dah dibina selamat 5 tahun dan terjun ke bidang yang ko tak tau apa-apa.
Bagaimana aku bermula?....
Best Regards,
Wan Muhammad Aizat
1 comments:
tahniah! ��
Post a Comment