Keblinger

Keblinger

An Exam..

| Saturday, July 23, 2011
Balik rumah dari makan tengahari, jumpa surat dalam peti surat. Tertulis 'Urusan Kerajaan'. Tersenyum melihat surat itu. Kemungkinan panggilan kerja. Tertulis di situ daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Berhasil juga permohonan rupanya. Dibuka-buka surat itu, tertulis 'jemputan menghadiri peperiksaan Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41'.


Peperiksaan inilah yang diambil oleh kakak penulis sehingga 3 kali. Masih lagi gagal meloloskan diri ke peringkat seterusnya. Lantaran itu, penulis meminjam buku peperiksaan awam kerajaan daripada beliau. Dengan harapan mampu melepasi ke peringkat yang seterusnya. Peperiksaan adalah pada 16hb Julai 2011 di Dewan Besar Institut Perguruan Teknik Bandar Tun Razak. 2 hari sebelum menjelangnya peperiksaan itu, dah macam baca buku cerita. Terbaring di katil sambil membaca. Cukup satu jam, tidur 1 jam. Lambatlah nak habis semua.

Kebetulan, 16hb Julai, kakak penulis hendak ke Pulau Redang. Menaiki penerbangan Air Asia jam 6.55 pagi. Penulis juga yang kena hantar sampai LCCT. Pada malam itu, penulis tidur jam 1 pagi gara-gara masih lagi membaca. Jam 4.30 pagi, penulis sudah dikejut untuk memandu. Daripada Ukay Perdana ke LCCT lebih kurang 75km. Masa diambil adalah satu jam. Satu jam pergi, satu jam balik. Pukul 7.15 sampai di rumah dan ketika itulah baru hendak gosok baju kemeja. Agak kelam-kabut dan mata agak berpinar-pinar kemengantukkan.



Jam 8 pagi penulis sudah bertolak ke tempat peperiksaan. Hanya 20 minit perjalanan. Tiba sahaja di Dewan Besar, mula mata melilau kalau-kalau ada yang kenal. Kebetulan, penulis berjumpa dengan salah seorang rakan kuliah ketika di KMPP. Namanya Muin. Sebenarnya, Muin ni bf klasmate penulis di KMPP. Dia je yang tak kenal penulis. Ada juga rakan kat sini. Tidaklah keseorangan. Melihat sekeliling, ramai yang mengambil peperiksaan itu seolah-olah yang sudah berkeluarga, berkerjaya dan ada yang sudah memiliki kereta mewah. Semuanya untuk mencuba. Bahkan, ada yang penulis sembang sudah mengambil peperiksaan ini 3 kali. Inilah yang dikatakan tidak berputus asa. Believing yourself!


Ada 5 peperiksaan. Pertama adalah pengetahuan am. Kedua, penyelesaian masalah. Ketiga, pemahaman petikan. Keempat, esei bahasa melayu dan kelima esei bahasa inggeris. 60 soalan, 40 soalan dan 20 soalan. Semuanya harus menghitamkan 120 soalan. Soalan pertama pengetahuan am, "apakah laman web kerajaan?". Pelbagai soalan yang membuatkan penulis hanya menghentam. Kebanyakannya soalan yang berbentuk pelan transformasi kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib. Penyelesaian Masalah pula lebih kepada matematik tanpa menggunakan kalkulator. Berbirat juga mengira laju-laju ni. Ketika pemahaman petikan, mata penulis sudah semakin layu. Mata sudah penat, otak sudah letih, tangan sudah keras, badan sudah layu. Menunggu masa untuk tidur sahaja.


Memasuki esei Bahasa Melayu. Penulis memilih tajuk tentang pertubuhan dunia. Lagi sedap untuk menggoreng berbanding tajuk lain. Untuk esei bahasa inggeris, penulis mengambil tajuk 'recycling'. Itu je tajuk yang penulis rasa boleh goreng. Apa yang menarik tentang peperiksaan ini, penulis melihat ada yang dengan selamba boleh online guna blackberry,iphone mahupun htc semasa peperiksaan. Sangat sempoi. Masa esei, ada yang meminta banyak kertas. Curiga juga. Apa benda yang dingarutkan. Penulis hanya menulis 1 helai penuh depan belakang. Ada yang sampai 3 helai. Kagum..kagum..Jam 3.45 petang, segalanya selesai. Petang itu juga, ada perlawanan Liverpool - Malaysia. Nasiblah stuck dalam jam untuk balik rumah. Penat + jam = tidur 2 jam.



Sangat meletihkan. Seriusly, sangat impressed bila ada yang boleh ambil sampai 5-6 kali. Penulis rasa kalau 2 kali mencuba bolehlah. Kali ke-3, I don't think so. Untuk yang mengambil exam PTD, semoga kita sama-sama ke peringkat seterus. ^_^

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine