Keblinger

Keblinger

Trip to Bangkok

| Tuesday, July 5, 2011
Air Asia jugak pilihan hati..hehehe..

Dah seminggu lebih tak update blog. Mood menulis x datang. Berhenti begitu sejak tulisan terakhir. Takpe, mulanya bulan Julai maknanya butang panik harus ditekan. Tekanan semakin meningkat, membuak-membuak. Sedang mencari kaedah sesuai dalam pada masa yang sama pelik. Email tak berbalas, surat tak dijawab, panggila tak diterima. Apa lagi yang korang nak?? Dah lama nak tulis kisah ni. Tapi, tak tertulis-tulis. Takpelah, dapat jugak menulis. Penulis bersama keluarga ke Bangkok pada 5hb Jun yang lalu. Sebenarnya, ayah penulis ada kerja di sana. Memandangkan penulis sudah habis belajar, diajak ke sana.

Penerbangan Air Asia. Jam 8.25 pagi. Jam 5 pagi dah bangun. Siap-siap, terus ke LCCT Sepang. Selesai check-in, masuklah ke dalam kapal terbang. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Bertolak 8.25 pagi, tiba di Suvanarbhumi jam 9.25 pagi. Bangkok lewat sejam daripada Kuala Lumpur.

Bersama ayah..

Setibanya di Bangkok, agak kagum dengan lapangan terbangnya. Besar dan menarik. Cuma yang tak menariknya, bahasa siam. Manalah penulis paham. Seakan-akan berada di lapangan terbang Incheo
n. Penulis teringat ketika pengepongan puak penyokong Thaksin ke atas lapangan terbang ini. Membayangkan keadaan itu sungguh menakutkan. Alhamdulillah, kami selamat tiba dengan amannya. Bermakna sangat ramai penduduk Bangkok. Selesai mengambil bagasi, sementara menunggu van, sempat juga penulis melihat teksi parking dengan teratur menunggu penumpang. Tersusun dan menarik.

Teksi yang beratur di Airport

Selesai, kami terus ke hotel. The Kantary House. Bertempat di Ramkhamhaeng iaitu di Bang kapi. Apartment hotel. 2
bilik,2 bilik air,ruang tamu,meja makan,washing machine, dapur dan siap semua dengan periuk serta pinggan. Daripada hotel, boleh melihat orang berenang di kolam renang. Ada sauna, gym, meja ping pong, bilik menggosok dan juga jakuzi. Lengkap segala-galanya. Harganya?Diamkan jela..

Dalam Hotel..

Kami ke Arab Street. Untuk menguruskan perjalanan sepanjang 3 hari di Bangkok. Kami juga turut makan tengahari di situ. Apa yang dipesan?Haruslah tom yam. Perghh, memang layang tom yam kat sini. Sedap dengan kuahnya berwarna kuning. Berbeza dengan Kuala Lumpur. Ada beberapa komplikasi yang berlaku. Jadi, kami hanya mengerjakan solat jama' dan terus ke Ramkhamhaeng.

Menu makan tengahari

Singgah di The Mall. Jaraknya dari Arab Street ke Ramkhamhaeng hanyalah 25km. Tetapi, mengambil masa 1 jam 15 minit untuk sampai. Betapa teruknya kesesakan lalulintas di Bangkok. Bersyukur berada di Kuala Lumpur yang tidak seteruk itu. Berjalan-jalan di The Mall sehingga ummi sudah sakit kaki. Balik ke Hotel, terus tidur. Malam itu, kami hanya di hotel kerana ummi sudah tidak larat berjalan.


Di Arab Street..

Keesokan paginya, selesai breakfast, niat untuk berjalan-jalan. Ayah,umi n kakak breakfast di dalam bilik je. Penulis seorang sahaja yang pergi ke cafe. Menarik menu breakfastnya. Kebanyakannya ada 'pork'. Apa yang boleh dimakan?cereal, buah tembikai, mango juice dan roti. Destinasi kami seterusnya ke tempat jewellery. Penulis kurang ingat apa nama tempat ini
. Sama seperti di Korea batu amethystnya. Kami sempat ke Foodland untuk membeli stok makanan. Foodland ini seperti pasaraya UO. Makan tengahari di Sunthorn Steak House. Menu kali ini, sedap-sedap juga dan tidak ketinggalan tom yam.

Lunch di Sunthorn Steak House

Selesai solat zohor, kami ke Pratunam. Pratunam tempat yang sangat sibuk. Kesesakan lalulintas yang teramat. Di sini lah terdapatnya The Platinum. Syurga membeli belah. Tetapi, ada saja Pratunam Market dan sebagainya. The Platinum, 1 floor untuk baju sahaja, 1 floor untuk handbag sahaja, 1 floor untuk kasut sahaja. Rambang mata jadinya.

Ni la keadaannya di The Platinum

Penulis tidaklah ram
bang sangat pasal bajet takde. Kakak penulis berpusing-pusing mencari apa yang hendak dibeli. Dalam mencari itu, sempat juga beli beg hiking. Deuter harga 1000 baht. Agak murah dan kualiti juga bagus. Kami juga sempat berjalan-jalan di Siam Paragorn, melihat lrt di stesen Siam. Selesai, kami ke Sunthorn untuk makan malam.

Stesen LRT Siam

BBQ steamboat. Pilih sahaja apa yang nak. Berbeza dengan Malaysia. BBQnya di atas, steamboatnya di bawah. Kenyang memang sampai buncit perut. Malam tuh, tidur dengan sangat lena dan perut yang kenyang.

Menjamu selera..

BBQ Steambot

Pagi terakhir. Breakfast roti sahaja. Kami ke Pratunam lagi untuk mencari apa yang boleh seperti souvenir dan sebagainya. Umi pergi mencari kain sutera. Selesai mencari, balik ke Hotel. Kemas-kemas dan terus ke Suvanarbhumi Airport. Dalam perjalanan ke pintu gate, banyak lagi kedai-kedai duty free. Sangat banyak dan jauh untu berjalan ke pintu gate. Flight kami jam 8.30 malam dan tiba di LCCT jam 11.30 malam.

Di kawasan Duty Free..

Apa yang boleh disimpulkan di Bangkok - anjing banyak tepi jalan, masalah bahasa, masalah membaca tulisan, massage bersepah, kesesakan lalulintas yang sangat teruk, teksi bermacam-macam colour, makanan banyak berasaskan pork.


Nice experience.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine