Keblinger

Keblinger

Next to Mersing!

0
| Friday, November 13, 2009
Pada 17hb Oktober yang lalu, penulis berpeluang berjalan-jalan ke Mersing. Penulis sudah lama ingin mengunjungi Mersing dan survey tempat yang sesuai untuk coursemate penulis bercuti-cuti. Penulis telah melihat di internet dan tempat yang menarik adalah di Tanjung Leman. Minggu itu, Epul meninggalkan kenderaan kancil kepada penulis memandangkan beliau ke Kuala Lumpur untuk suatu temuduga. Penulis mengajak rakan baik penulis iaitu Jad dan Yen untuk pergi namun Jad mengatakan beliau ada aktiviti lain pada hari tersebut. Maka, penulis mengajak Sara dan Majidah. Rumah Majidah di Mersing dan pada fikiran penulis, bolehla beraya di rumah beliau.

Kami bertolak pada jam 11 pagi. Penulis ingin survey di area-area Desaru terlebih dahulu sebelum ke Mersing. Terdapat 3 tempat yang harus dipilih. Memandangkan penulis pernah ke Batu Layar, penulis mengambil keputusan untuk melihat-lihat di Tanjung Balau pula. Kami tiba di Tanjung Balau dalam pukul 1230 tengahari. Pantainya agak luas dan agak ramai yang mandi-manda walaupun panas terik. Terdapat notis di situ larangan mandi tetapi orang ramai tidak mengendahkannya. Tempatnya bagi pandangan penulis agak sesuai tetapi harga chaletnya agak mahal dan tidakla terlalu menarik. Jadi, kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Destinasi seterusnya ialah Mersing. Pantai di Tanjung Balau Penulis & Yen berbual dengan staf di Tg Balau

Sebaik keluar daripada simpang Tanjung Balau, penulis ternampak jarak Mersing iaitu 132km. Penulis agak tersentak kerana tidak menyangka sejauh itu Mersing. Namun, berkat kesabaran dan ditemani oleh 3 orang sahabat yang setia bersama penulis, penulis meredah juga dengan kereta kancil milik Epul. Akhirnya kami tiba di rumah Majidah jam 3 ptg. Perjalanan yang memakan masa 1 jam setengah sememangnya meletihkan. Penulis sempat melelapkan mata seketika di rumah Majidah. Kami dihidangkan dengan ikan asam pedas dan sememangnya penulis memanfaatkan makanan itu sebaiknya. Perut penulis memang tidak berisi sejak dari pagi. Bergambar bersama teko Ayah Pin..?

Setelah berehat dan mengenakan air teh, kami me
neruskan perjalanan. Majidah membawa kami melawat pantai di Mersing tetapi pantai di Mersing kurang menarik. Kerana kesuntukan masa, kami tidak sempat ke tempat yang lebih menarik di Mersing. Akhirnya kami menuju pulang ke UTM. Namun, dalam pemikiran penulis, penulis tetap mahu melihat Tanjung Leman. Bagaimana yang dikatakan cantik tempat itu. Setelah memasuki simpang Tanjung Leman, 26km tercatat. Dengan pemandangan penuh dengan pokok kelapa sawit, penulis agak menyesal kerana merasakan tiada pantai di sini. Sehinggakan pada kilometer ke-4, masih tidak terlihat pantai mahupun pasir atau pokok kelapa.

Namun, segalanya berubah apabila kami tiba di Tunjuk Laut Beach Resort. Ternyata suasana yang menarik dan chaletnya agak cantik. Penulis terpesona dengan keadaan di sini. Chaletnya hanya RM79 untuk 1 malam. Setelah berbual dengan staf resort tersebut, terdetik dalam diri penulis "aku nak bawak jugak kosmate aku dtg sini". Perjalanan dari Mersing ke Tg Leman memakan masa 45 minit. Jam menunjukkan jam 7 malam. Keadaan semakin gelap. Kami mengambil keputusan untuk pulang ke UTM. Dalam keheningan malam dan keadaan yang gelap serta dipenuhi dengan pokok kelapa sawit, penulis sesekali teringat kisah-kisah seram. Nekad untuk pulang dengan selamat, penulis tetap memandu dengan penuh berhati-hati. Setelah 1 jam setengah, kami tiba di Johor Bahru. Apa-apapun, matlamat penulis tetap tercapai untuk survey pantai yang menarik di area-area Mersing. Orang selalu berkata "di mana ada kamahuan, di situ tetap ada jalan". Ini menjadikan kali ke-3 penulis berjalan-jalan 1 hari pada hari sabtu.^_^ Pantai Tanjung Leman

Lambaian Kaabah..

0
| Sunday, November 8, 2009
"Ummi, Ajat dah nak pegi exam..kul 9 pagi..electronic system"

"Ouhh..ummi doakan ajat boleh jwb dengan tenang..dah habis study kan?"

"hehhe..habis tuh takla sgt tapi bolehla..insyaAllah boleh jwb..ajat ingat lagi doa-doa yang ummi bagi dulu.."

"kalau stuck,bacalah doa tuh..flight ummi pegi haji dah tukar 6hb nov..kul 7 pg ummi dah kena ada kat kelana jaya..ajat ada exam kan masa tuh?"

"Laa..nape tukar pulak?ajat exam pagi tuh kul 9 pg..ckp ngan tabung haji tukar flight mlm xleh ke?xpon,lpas abes e3 nie,ajat balik.."

"tabung haji yg uruskan..nak buat mcm mana..xpelah,ajat pegilah exam 6hb tuh..along,abg ngan kakak ada..xyahlah balik..nnti 4hb-6hb ada exam kan?study awk tuh dahla x habis lagi.."

"ok..nnti ajat wat 3G pagi tuh..oklah ummi,ajat pegi dulu..assalamualaikum"

Hati penulis gundah gulana menjawab soalan peperiksaan electronic system pd 1hb nov yang lalu. Sudahlah soalannya susah, ibu bapa penulis akan berangkat mengerjakan haji pada 6 hb nov. Pada mulanya, penerbangan haji ibu bapa penulis pada 14hb nov tetapi dianjakkan ke 6hb nov. Penulis belum berpeluang untuk balik sejak cuti hari raya aidilfitri. Nyata ujian besar buat penulis. Penulis tidak dapat menatap wajah ayahanda&ibunda malahan tidak dapat mengucup pipi,tangan dan memeluk mereka sebelum mereka mengerjakan haji.

"Assalamualaikum..ajat dah bangun solat subuh?"

"W'salam..dah2..ajat baring smula je tadi..terasa mengantuk..ummi dah katne nie?"

"Ummi dah on the way nak pegi kelana jaya..along yang hantar.."

"kakak ngan abg sumer ada?"

"Ada..pagi-pagi lagi semua dah bgn nak hantar ummi..ajat exam kan?jawab elok-elok nanti..ummi dgn ayah doakan ajat boleh jawab..jgn fikirkan sgt ummi nak pegi haji nie..exam awak tuh lagi penting.."

"ok ummi..ajat pun tgh nak buat nota..buku ngan sehelai nota boleh bawak..salin spot jela..xla srabot sgt nak ingat macam-macam"

"boleh bawak buku?xleh jawab..sajela..good luck untuk ajat eyh.."

"orait..ajat sayang ummi dengan ayah"

Tatkala itu, air mata penulis bergelinangan seketika. Namun, penulis memendam perasaan kerana peperiksaan akhir Digital Signal Processing bakal menjelang jam 9 pagi. Ketika itu, penulis mendengar lagu nasyid yang nyata menyentuh perasaan penulis. Tidak tertahan rasanya air mata ini lantas berjurai mengalir ke pipi penulis.

Bahagia..seluruh semesta,
Bermula dari keluarga,
Dari titisan susu ibu tercinta,
Mengalirlah sungai kasih abadi..

Tubuh dari keringat ayah,
Kita perah pengorbanannya yang melimpah,
Derai air matanya mengalir,
Di darah kita,
Terbina cita-cita..

Rentaslah seribu lautan,
Kembaralah ke seluruh alam,
Takkan kau temui,
Semurni cinta..semurni cinta,
Keluarga...

Langkah remajamu ditusuk sembilu,
Kembara dewasamu dialik nafsu,
Ingatlah pesan ibu,
Dengarlah pesan ayah,
Kembalilah ke jalan Allah,

Sayangilah keluarga..
Di situlah bahagia..

Mata penulis agak merah dan penulis cuba untuk berhenti mengalirkan air mata. Jika tidak, pastinya pelik rakan-rakan penulis pabila menjawab peperiksaan nanti. Penulis menelefon kakak sulong penulis jam 8.15 pagi.

"Ummi flight sebenarnya pukul berapa?along dah balik ke?"

"kul 11 pagi..ummi dah masuk..kitorang pon dah on the way balik..dah banjir kompleks tabung haji tuh..kakak ngan abang x berhenti nangis.."

"haa?x berhenti lagi??ajat pun xtau nak cakap mcm mana..serabut dua perasaan..nak jawab exam jap lagi nie..camne smpai abg pon boleh nangis?"

"lama dier peluk ayah tadi..mcm xnak lepas..tahan air mata lama kot..tuh yang keluar bila nak balik..dahla,ajat fikir nk jawab exam je..tuh lagi penting..doakan ummi dengan ayah selamat sampai&selamat balik.."

"Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani, Engkau rahmatilah kedua ibu bapaku..Berkatilah kehidupan mereka..terimalah amal ibadah haji yang bakal mereka lakukan..semoga mereka selamat tiba di tanah suci Mekah untuk menjadi tetamu mu..dan selamat untuk pulang supaya aku mampu untuk berbakti kepada mereka lagi..ampunkanlah segala dosa-dosa mereka kerana jasa mereka terhadapku tidak terbilang banyaknya.."

7hb nov 2009, jam 6.59 ptg, penulis mendapat mesej daripada ummi..

"Assalamualaikum..apa khabar anak-anak ummi? Ummi baru lepas lunch. Cuaca panas dan sekarang kul 150 tghari. Pagi tadi buat umrah wajib. Longgar lutut"

Semoga ummi dengan ayah tenang mengerjakan ibadah haji. Anakmu ini sentiasa mendoakan kesejahteraan ummi dengan ayah. Anakmu akan menunggu kepulanganmu 20hb disember ini.

-7.15 pagi,9/11/2009-

Labis-Bukit Kepong-Muar-Taman Impian Emas?

0
| Saturday, November 7, 2009
Hari ini penulis sudah selesai 4 peperiksaan akhir semester. Electronic system(1/11),Microprocessor(4/11),Statistic(5/11) dan Digital Signal Processing(6/11). Penulis paling suka DSP,mmg stylo exam. Boleh bawak buku & sehelai nota a4. Agak boleh jawab dengan tenang untuk DSP dgn statistic tapi ragu-ragu dengan electronic system & micro-p. Lagipun, penulis masih mempunyai 1 lagi paper iaitu Communication Principle(11/11). Masih banyak lagi masa untuk penulis menelaah subjek tersebut.

Memandangkan ada masa terluang, penulis berkenan untuk menulis sebuah lagi kisah seharian hidup penulis. Sebelum ini, penulis konvoi beramai-ramai sehingga ke Simpang Renggam untuk beraya. Seminggu selepas tarikh tersebut iaitu 9hb Okt, jiran penulis,Haziq menjemput ahli keluarga JKM KTC untuk ke rumah beliau di Labis. Beliau juga menjemput rakan sekursus beliau. Kedudukan Labis adalah ke arah Segamat dan penulis belum berpeluang ke sana. Oleh itu, penulis memanfaatkan peluang tersebut dengan meminjam kereta abg Azwar(thanks a lot). Beliau pulang ke Melaka seketika. Hanya penulis, Onn, Farid, Shaufiq, Nafis, Azim, dan Taufik yang ingin ke rumah Haziq. Azim&Taufik menaiki sebuah lagi kenderaan dan kami berkonvoi dengan hanya 2 kereta. Jam 11 pagi kami bertolak dan melalui jalan lama(jimat duit,tak kena tol). Semasa dalam perjalanan kereta penulis terlanggar serpihan kayu balak yang jatuh di atas jalan. Penulis sangkakan kayu tersebut kecil dan boleh dielak di tengah2 kereta namun terlanggar juga dan agak terlompat seketika. Mujur tak ada apa-apa yang tak diingini yang terjadi(Sorry again Abg Azwar). Kami tiba di rumah Haziq jam 1.20 ptg. Apa yang menarik, ibu beliau masak nasi putih beserta lauk. Perghhh...layan betul open house sebegitu! Selesai makan, kami solat di masjid Jamek Labis.

Jam 3 ptg, kami meneruskan perjalanan ke Muar tapi k
ali ini hanya kereta penulis sahaja yang pergi. Sebuah lagi kenderaan beralih arah ke Pasir Gudang. Kami ingin ke rumah nenek Farid yang terletak di Parit Bulat,Muar. Ayah Haziq mengesyorkan kami menggunakan jalan Bukit Kepong dan sememangnya itu niat sampingan penulis iaitu ingin melawat Bukit Kepong. Kami tiba di Bukit Kepong jam 3.45 ptg. Rumah Pasung Bukit Kepong sememangnya telah hangus terbakar dan apa yang tinggal ialah rumah pasung replika bagi mengenangkan kembali peristiwa tersebut. Peristiwa Bukit Kepong pastinya menjadi ingatan rakyat Malaysia. Setelah tingkatan 4, ramai yang telah membaca kisah tersebut malah ada filem dihasilkan berkenaan peristiwa tersebut. Penulis agak terkedu melihat tapak sejarah tersebut. Teringat kepada jasa dan pengorbanan anggota polis ketika itu yang hanya 20 org menahan asakan hampir 200 org komunis. Semangat juang mereka sangat tinggi sehingga mampu bertahan hampir 6 jam. Terdapat beberapa barang lama seperti laporan kejadian dan sebagainya di dalam muzium rumah pasung replika tersebut. Kami juga sempat ke makam pahlawan di mana menempatkan kesemua pejuang anggota polis yang terkorban. Sedih dan hiba melihat tanah perkuburan tersebut. Namun, Allah menjanjikan syurga buat para syuhada' dan semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang mulia..Al-Fatihah..
Tapak bersejarah Bukit Kepong

Shaufiq,penulis,Farid & Onn Di hadapan makam anggota polis yang terkorban
Seterusnya kami ke Parit Bulat. Kami tiba di rumah nenek Farid jam 5.45 ptg. Penulis sangkakan dekat Muar ni tapi agak jauh sehingga Farid membawa kami masuk ke bandar Muar dan keluar balik. Rumah nenek beliau berada berhampiran dengan Batu Pahat. Suasana kampung yang nyaman nyata memberi ketenangan kepada penulis. Rasa seperti tidak mahu pulang ke UTM. Penulis sangat tertarik dengan keadaan di rumah nenek Farid. Kami dihidangkan dengan nugget dan keropok. Setelah selesai, kami berangkat ke Kolam Air Panas Muar tidak jauh dari rumah nenek Farid. Kolam tersebut tidak dikenakan sebarang bayaran. Penulis teruja untuk merendam kaki memandangkan penulis pernah ke tempat air panas di Bandung. Ternyata air kolam tersebut terlalu panas sehingga banyak kali penulis terpaksa mengangkat kaki. Yang lain seronok sehingga tidak merasa apa-apa. Di rumah nenek Farid Ketika di kolam air panas
Jam 6.50 ptg, kami meneruskan perjalanan pulang ke Johor Bharu. Dalam perjalanan, Sara menelefon penulis untuk mengatakan mereka tidak mempunyai kenderaan untuk ke rumah En Nazam. Beliau meminta penulis segera pulang untuk mengambil mereka. Penulis terpaksa memandu dengan agak laju biarpun sudah keletihan. Sememangnya dalam perancangan untuk ke rumah En Nazam, tetapi penulis mengatakan kalau taknak tunggu penulis, boleh pergi dahulu. Kami berhenti solat seketika di Machap dan tiba di tol Skudai jam 8.45 mlm. Dengan kelajuan 120km/j,agak laju sebenarnya. Mujur polis tak saman.

Kerana Sara sudah mempunyai kenderaan, kami terus ke rumah En Nazam di Taman Impian Emas. En Nazam merupakan penolong pengurus asrama di kolej penulis. Kami dihidangkan dengan nasi minyak dan laksa. Paling menarik, agar-agar yang terhidang. Sarat dengan muatan di dalam perut, luas perjalanan dan pemand
angan. Itu yang mampu penulis ungkapkan untuk seharian berjalan. Kami tiba di UTM sekitar jam 10.30mlm dan badan penulis sangat letih ketika itu.
Di rumah En Nazam
Kami membelanjakan hampir RM95.50 untuk seharian perjalanan. Duit itu digunakan untuk minyak dan tol. Setelah dikira semula, penulis bersama Onn,Farid, Nafis, dan Shaufiq telah mengembara sejauh 413km. JB-Labis(155km), Labis-Muar(85km), Muar-JB(173km). Penulis beraya, melihat tempat bersejarah, tempat peranginan dan merasai suasana kampung dalam masa sehari. Penulis teruja kerana dapat mengenali tempat-tempat di dalam Johor. Terima kasih juga pada Farid, Onn, Shaufiq dan Nafis yang tidak jemu-jemu menemani penulis ketika memandu dan terima kasih juga kepada Haziq kerana menjemput penulis ke rumah beliau. Bak kata seorang teman,"watpe duk Johor kalau x jalan-jalan kt dlm negeri Johor".
 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine