Keblinger

Keblinger

Lengkuas vs Halia

| Tuesday, August 9, 2011
Seronok sebenarnya jadi anak lelaki bongsu. Untung-untung, Umi boleh suruh pegi beli sayur. Hari tuh, dah berjaya beli daun ketumbar. Kira dah expert jugaklah kata umi. Itupun, still konpius antara daun pudina, daun sup dengan daun ketumbar. Beli-beli, sampai kat rumah. Umi kata, "Betul ke ketumbar?macam tak bau je.." Last sekali, jadi juga nasi kuning umi buatkan.

Hasil kejayaan itu, timbullah kepercayaan untuk bagi penulis beli sayur. Sedang senang lenang menghadap laptop,

Disuruh beli yang ini

"Ajat, belikan kelapa sebiji dengan lengkuas. Umi nak buat singgang ikan salmon."


Siap-siap, terus ke kedai. Sampai kat kedai,

"Bang, kelapa sebiji.."

Operasi mencari lengkuas bermula!Di tengok-tengok, di belek-belek, di cium-cium baunya. Ok. Sekarang ada 3 benda yang lebih kurang. Kunyit, lengkuas dengan halia. Umi kata halia kecil-kecil, lengkuas besar-besar. Bila dicium bau, sah tuh kunyit. Jadi, tinggal dua pilihan. Yang mana
satu lengkuas?

Bau macam halia. Mesti halia ni. Yang ni, takde bau. Bau macam entahlah. Tak sure bau apa. Dah dekat 20 minit belek-belek. Keputusan diambil. Tawakal la supaya betul. Selesai membayar, balik rumah, letak dekat dapur. Penulis pun mula membaca surat khabar. Tiba-tiba,

"Ajaaaaaattttt!ni bukan lengkuas!ni haliaaaa!!Pegi beli balik. Umi nak masak ni!"

Yang dibeli ini

Lain kali, kalau tak pasti, tanya je orang kedai. Bukan orang tuh kenal kita pun. hahahha!
Sorry ummi..^_^

7 comments:

{ Cik Sara } at: August 9, 2011 at 12:49 PM said...

"Ajat, belikan kepala sebiji dengan lengkuas. Umi nak buat singgang ikan salmon."

Adoi.. tahan gelak je kami kat dalam lab ni..mujur sampai kedai minta kelapa.. Kalau sampai hujung cerita pun minta kepala sebiji, mang harulah..

{ aimie amalina } at: August 9, 2011 at 1:47 PM said...

ayooooo..ajattttt!
cam ne nak kawen nihhh...hahhaa =p

{ Wan Muhammad Aizat } at: August 9, 2011 at 2:36 PM said...

Sara - hahahha..laju je detect ayat aku salah..nk wat cmne..xde auto typing error bm..kekekkee..

Aimie - hahahha..tuh psl x kawen lg..=p

{ Cik Sara } at: August 9, 2011 at 2:41 PM said...

Itu maknanya orang baca satu-satu.. nak tergelak sebab tu.. lupa pokok ceritanya pasal lengkuas dengan halia..

Bukan masa JKM buat program masak-masak banyak main dengan halia ke? Buat BBQ, g pasar ngan ko pun cari halia juga.. Should be dah boleh kenal halia tu.. weee..

{ Wan Muhammad Aizat } at: August 9, 2011 at 2:52 PM said...

ntah angin apa leh wat ragu2 mane satu halia mane satu lengkuas..kalo tym BBQ dlu tuh,aku mane de tgk pe yg dibeli..bli kentang tuh retila..hahahha..

{ shafiqabdshukor } at: August 9, 2011 at 4:20 PM said...

hahahaha..
bagos2..
mencube gak tu...
kalo ak.. mntk org kedai tu je crkan...
hahaha

{ Wan Muhammad Aizat } at: August 10, 2011 at 12:06 AM said...

hahaha..aku igt nk tanye tros..tp,cm sebok plak brader2 tuh..haruu tol..

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine