Keblinger

Keblinger

Diduga bila Bertemu..

| Monday, July 25, 2011
2nd interview of the month. Alhamdulillah, umpama dapat emas bila diberi peluang untuk interview dalam bulan Julai. Setelah hanya merenung pada bulan Jun. Berhasil juga menghantar melalui email,pos dan sebagainya. Penulis menerima panggilan daripada syarikat yang agak kurang ternama dibibir rakyat Malaysia. Sedangkan penulis juga agak kebingungan mendengar nama syarikat ini. Takpelah, yang penting dah dapat panggilan untuk temuduga.

Apa yang harus dibuat?haruslah persediaannya. Cuba search di Internet, r
upanya tiada sdn. bhd. Syarikat ini berpengkalan di Jerman. Laman webnya juga dalam bahasa Jerman. Takpelah, baca overview sahaja. Mujur dalam bahasa inggeris. Rupanya, syarikat ini dah tandatangan projek juta-juta dengan MAS Kargo. Padanlah temuduganya di KLIA Free Comercial Zone kat Sepang. Haduii, jauhnya nak pergi. Perjalanan ke sana memakan masa 1 jam 15 minit. Mulanya penulis jenuh mencari mana satu application yang penulis buat. Jumpa juga akhirnya bertarikh 20hb Jun. Boleh tahan juga sebelum panggil temuduga.

Dari kiri : surat panggilan interview, pass, surat dari HR untuk pejabat keselamatan

Hari rabu, 20hb Julai 2011 adalah harinya. Temuduga jam 2.30 petang. Penulis bertolak daripada rumah jam 12.30 tengahari. Sepanjang perjalanan, jantung berdegup agak pantas. Dengan perut masih belum terisi gara-gara tiada selera makan. Dalam pada masa yang sama, mata agak mengantuk. Penulis tiba di Jalan KLIA S5 jam 1.50 petang
. Telefon HR, "Sebelum Penyajian tuh, awak masuk pintu yang ada tulis pelawat. Awak amik pas,tinggalkan IC dan terus ke tempat MAS Kargo". Penulis mula bergerak ke pintu itu. Ditahan oleh pegawai polis. Katanya, "Encik, kalau guna pintu ni, untuk yang ada permit je. Encik kena guna pintu lain". Dalam hati penulis, "hampehnya HR!".

Blok syarikat kargo yang lain

Penulis masuk ke Free Commercial Zone. Bertemu dengan pegawai kastam. "Encik, kalau encik nak masuk, encik kena pusing balik. Pergi ke Pejabat Keselamatan dan amik pas kat situ. Kalau encik xtau jalan, meh ikut saya." Terima kasihlah pegawai kastam. Terpaksa pusing balik. Jam ketika itu sudah menunjukkan jam 2.05 petang. Setibanya di pejabat keselamatan, "Encik cari nama encik dalam bekas ni". Carik??dahlah banyak. Sehelai demi sehe
lai dibelek untuk mencari nama penulis. Akhirnya, hampa. Tiada nama penulis di situ. Telefon semula HR. HR kata dah faks semalam. Pegawai kastam pula kata tiada. Sebenarnya, untuk masuk ke dalam FCZ, syarikat dalam FCZ perlu fakskan nama orang yang akan masuk beserta IC. Barulah boleh masuk. HR iaitu Pn Nurfaizah terpaksa faks sekali lagi. Sementara menunggu, ditenung-tenung juga jam. Sehinggalah ke detik 2.30 petang. Dalam hati penulis, "I'm Dead!I already screwed everything!". Tiada apa lagi mampu diungkapkan selain kecewa. Gagal menghadirkan diri untuk temuduga pada waktu yang ditetapkan.


Setelah menerima faks dan pas, penulis terus pecut ke pintu FCZ. Setibanya di pintu no 8, kereta penulis diperiksa sehingga boot kereta harus dibuka. "Encik nak hantar barang ke?" Encik..encik, boot kereta saya ni kosong je. Nak hantar barang
mendenye?saya nak g interviewla!dan saya dah lambat! Teringat pesan pegawai di pejabat keselamatan, "Dah masuk pintu no 8, encik nampak traffic light,pergi ke kiri. Kat situ, encik tunjuk surat kata nak masuk". Sampai ke satu tempat yang berpalang, tak naik pulak palang tuh. Belakang penulis ketika itu, penuh dengan lori-lori kargo. Argghhh!orang pulak takde. Terpaksa penulis menghimpit ke tepi, dan reverse semula. Dahlah panas terik, panas hati, berpeluh-peluh. Kenapalah susah sangat nak pegi temuduga ni?? Penulis berhenti di pejabat itu. Seorang brader melihat surat penulis. "Adik nak g interview ke?adik kena parking kereta kat sebelah hujung sana. Kemudian, nampak Core 3 sebelah hujung. Adik jalan kaki pergi lagi belakang sampai Core 1. Nanti,adik nampak...bla..bla..bla.." Aduhai bang, saya nak cepat ni. Dah lambat nak pergi interview. Abang boleh pulak membebel kat sini.

Core 3, MAS Kargo

Selesai meletakkan kereta, penulis terus berjalan ke Core 3 ,Core 2 dan seterusnya ke Core 1. Pn Nurfaizah telefon, "Awak kat mana?Core 3?bukan Core 3. Core 1 sepatutnya. Kenapa awak tak telefon saya?" Dahlah peluh, panas, penat campur pusing-pusing. Kena pulak sound dengan HR. Tiba sahaja di lif, nak kena cari GFM06. GF - ground floor. Tapi, lif tuh boleh naik je. Pelik-pelik. Naik jelah. Janji sampai. Setibanya di GFM 06, jumpalah dengan Pn Nurfaizah. Melihat jam, 3.05 petang. Lewat 35 minit. Agak malu juga ketika itu. Head of Department dah menunggu lama. Masuk sahaja, terus di temuduga. Sampai terlupa nak silent handphone. After all, it was nice experience. Keluar dari tempat interview, jam 3.55 petang. hadoiii...


Kalau dapat pekerjaan ini, memang penulis akan setuju untuk bekerja. Agak menarik dan memang perkara baru untuk penulis. Bidang yang baru serta mencabar. Apa-apapun, penulis hanya mampu berharap. Telah berikan yang terbaik ketika temuduga. Kalau tidak dapat pun, penulis bersyukur berpeluang memasuki kawasan kargo penerbangan. Bukan senang nak masuk sana. Dapat melihat banyak lori-lori kargo dengan barang-barang yang baru tiba daripada kapal terbang contohnya UPS, Nippon Express, DHL, Gdex dan sebagainya.


Rupanya, nak masuk FCZ kena bayar RM10. Mujur ada duit dalam wallet..hahhaa..

4 comments:

{ Cik Sara } at: July 25, 2011 at 11:41 AM said...

whoa! bersusun surat dari company sampai ke rumah.. Tahniah3x.. beta sepucuk surat pun tak sampai..hahaha

{ shafiqabdshukor } at: July 25, 2011 at 12:58 PM said...

bnyk dugaan ni..
insya allah dapat ni...
ko x citer lak kat interviewer ko tu kisah ni..
bg die kesian ckit..

{ lily } at: July 25, 2011 at 2:20 PM said...

salam..em rse mcm salah tmpt plak nk komen ni..
nk tnye,dlu UTM JB duk KTC eh?
best x kolej tu?
perabot2 dlm bilik cmne?
bilik besar x?
toilet dlm bilik ataupn kt luar eh?
sje je tnye,sbb sy bkal smbung blajar kt sne bln 9 nnti..dpt KTC..

{ Wan Muhammad Aizat } at: July 25, 2011 at 5:33 PM said...

Cik Sara - surat yg mane bersusun?kalau yg ade 3 tuh, 1 print dari email je,lg 1 dpt kt kargo tuh..hehehe..insyaAllah ade surat yg menjenguk nanti..=)

Syafiq - aminn..aku xleh cite,dlm htgye kt dah kate kalo lmbt,admit je salah kite..xpe,aku anggap as pengalaman je..heee..

Lily - yup..duk kt ktc..best kalo join aktiviti yang ade tp x sure dah sekarang macam mane..nak lg best,joinlah kelab-kelab yg ade macam kelab remaja ukhwah,kelab lambaian masyarakat,kelab A-team or kelab Smartcamp. Perabot dlm bilik complete katil,loker,meja study,kerusi n lampu study. toilet kat luar. btw, have a nice experience study in UTM. =)

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine