Keblinger

Keblinger

Hajat Tercapai

| Wednesday, August 10, 2011
Membelek-belek fail-fail ketika sekolah rendah. Mahu melihat semula cita-cita ketika kecil.

Darjah 1
Pilihan pertama - Doktor
Pilihan kedua - Peguam
Pilihan ketiga - Jurutera

Darjah 2
Pilihan pertama - Doktor
Pilihan kedua - Bomba
Pilihan ketiga - Polis

Darjah 3
Pilihan pertama - Doktor
Pilihan kedua - Jurutera
Pilihan ketiga - Tentera

Nampak sangat penulis dulu tak konsisten. Yang konsisten doktor je. Umur kecil lagi. Manalah nak tau misi, visi serta impian hidup. Dah naik sampai darjah 6, mulalah terbentuk cita-cita yang tinggi untuk menjadi doktor. Ketika itu, mula mohon masuk sekolah berasrama. Tapi, gagal. Penulis sambung pengajian di Sekolah Menengah Taman Melawati.

Selesai PMR, cita-cita berubah. Ini semua gara-gara CSI. Penulis mula bercita-cita untuk menjadi ahli forensik. Doktor rasanya agak susah berurusan dengan orang hidup. Berurusan dengan orang mati ni lagi senang kot. Dapat tawaran ke MRSM Beseri, terus ke sana dengan impian untuk dicapai menjadi ahli forensik. Mula dah berangan kerja selesaikan kes bunuh, rompak dan sebagainya.

Tamat SPM, berubah lagi rupanya. Daripada ahli forensik, melompat pula ke doktor haiwan. Sehinggakan ke mock interview, penulis meminta post doktor haiwan. Pelik juga masa ni kenapa pilih post macam tuh. Daripada manusia hidup ke mati dan last sekali ke haiwan. Dapat sahaja keputusan SPM, doktor haiwan, doktor manusia mahupun forensik dilupakan. Penulis beralih arah ke farmasi. Ahli farmasi pun ada prospeknya juga.

Masuk sahaja Matrikulasi Pulau Pinang, farmasi pula dilupakan. Penulis melompat ke bidang kejuruteraan. Sebab itu, ditolak tawaran mengambil biologi dan meneruskan bidang fizik. Minat asalnya pada kimia. Subjek kimia memang favorite penulis ketika di Matrikulasi. Tidak ketinggalan subjek matematik. Ketika ini, kecederungan untuk mengambil kejuruteraan kimia lebih tinggi.

Ketika mengisi borang upu, ayah menyuruh penulis mengambil kursus kejuruteraan elektrik-elektronik perubatan atas cadangan oleh Prof Amin. Prof Amin ni kawan baik ayah masa kat UTM. Penulis masuk UTM, dia pun pencen. Khabarnya sekarang buat bisness sendiri. Pilihan pertama ketika itu SEP. Pilihan kedua SEB. Pilihan ketiga farmasi di USM. Tiada langsung kejuruteraan kimia. Ayah kata tiada prospek kalau ambil chemical. Sebagai anak ayah, turutkan sahaja walaupun macam blur nak belajar apa.

4 tahun belajar di UTM dalam bidang kejuruteraan elektrik-elektronik perubatan. Dalam masa 4 tahun tuh juga, agak blur kerjaya macam mana agaknya. Lawatan industri 2 kali serta latihan industri banyak membantu. Ketika itu, barulah nampak sinar-sinar pekerjaan. Begini rupanya. Kalau bagitahu kat orang, orang akan kata bidang yang baru. Hebat dan sebagainya. Jurutera kat hospital. Tapi, sebenarnya tidaklah terhad kepada hospital. Syarikat-syarikat pembekal barang perubatan, kilang elektronik, kilang semiconductor dan pelbagai lagi industri boleh diceburi. Cuma bagaimana kita mencari dan mengambil peluang.

Hari ini, penulis bersyukur. Usaha selama hampir 3 bulan membuahkan hasil. 6 temuduga dilalui dan 2 temuduga susulan. Biarlah tidak terkenal syarikatnya namun pengalaman dipanggil temuduga dengan pelbagai soalan serta cabarannya cukup membuatkan penulis lebih dewasa.

Bermula,
Infineon --> Texas Instrument --> Lodige Industries --> Matrix Optics --> Gaia Science --> Panasonic(upcoming)

Hasil usaha gigih mencari, pergi temuduga, doa serta tawakal, akhirnya penulis diberi offer letter oleh Gaia Science(M) Sdn. Bhd. Tiba-tiba teringat salah satu soalan, "Do you think you will be service engineer when you were in secondary school?"

Alhamdulillah..


13 comments:

{ waNna } at: August 10, 2011 at 6:53 PM said...

woahh!! hebat3!!! btw, tahniah!! :)

{ shafiqabdshukor } at: August 10, 2011 at 7:12 PM said...

wah.. tahniah2..

{ Wan Muhammad Aizat } at: August 10, 2011 at 8:14 PM said...

wana & shafiq - Thanks..=)

{ aimie amalina } at: August 10, 2011 at 10:27 PM said...

waaa..tahniah oppa..akhrnye..
dah dpt keje...weeee..=)

{ Cik Sara } at: August 11, 2011 at 5:25 AM said...

Omedetou!!

{ nunu aera } at: July 11, 2013 at 8:08 PM said...

ok... dah dpt!! cmni rupanya elektronik perubatan.. tau sikit2 x pa.. nanti belajar kt u... :)

{ NURSYIRA ISMAIL } at: October 29, 2013 at 12:19 AM said...

wahh semangat..sya pun amik kos yg sama at PSA.. :)

{ bella sal } at: January 27, 2014 at 3:42 PM said...

boleh saya tahu sebelum nie LI dekat mana? saya ambil bidang yang sama. boleh bagi cadangan.syukran.

{ Mujahidah Sejati } at: April 1, 2014 at 1:19 AM said...

assalamualaikum..benar kah saudara mengambil kos kejuruteraan bhgian elektronik perubatan ? jika benar..saya ingin memanggil anda sebagai speaker di universiti kami, unikl british malaysian institute,,, saudara berada di dalam negara or luar negara ?

Anonymous at: January 12, 2015 at 10:41 PM said...

nk tnye, utk ambik elektronik perubatan , perlu ke ambik subjek biologi masa sekolah ??

{ syika mika } at: February 9, 2015 at 11:08 PM said...

salam... nak tya li kat mane dulu??

{ syika mika } at: February 9, 2015 at 11:09 PM said...

salam... nak tya li kat mane dulu??

{ Aspen Boyz } at: October 6, 2015 at 10:16 PM said...

interview texas instrument tu ade tnye technical question x?

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine