Keblinger

Keblinger

Contest "Splashy Moment" - by FiqKBE

3
| Wednesday, February 23, 2011

Second time penulis di tag. Kali ini, cuba-cuba sajalah contestnya. Lagipun ianya dianjurkan oleh bekas rakan sekelas penulis ketika tahun 1 di utm. Pertama kali join contest, pastinya kekok. Namun ini antara langkah awal untuk memeriahkan dunia blogger. Temanya berkenaan dengan percikan air. Bak kata sara, memang dah banyak kali main air. Hehehe..

Entry utk joinnya?

http://meandkbe-mylifestarthere.blogspot.com/2011/02/contest-splashy-moment-by-fiqkbe.html

Memandangkan tarikh tutupnya pada 10hb Mac, baik penulis join dulu. ^_^

Gambar ini diambil ketika penulis ke air terjun Bekok di Segamat. Kali pertama penulis ke tempat ini. Al-maklumlah, kamera biasa je. Banyak lagi gambar2 yang lain tetapi gambar ini yang paling sopan. Diambil ketika 5 orang rakan sekelas penulis melakukan terjunan beramai-ramai. Splashing water right? ^_^

Mematuhi syarat pertandingan itu perlu. Oleh itu, saya jemput Shafiq Shukor untuk join contest ini.

I've joined it!unbelievable!hahahha...kepada sara, thanks. Saya budak baru belajar, kenalah melalui pemerhatian. ^_^


Pemerhatian dua mata ketika PRK

0
| Tuesday, February 22, 2011
Suasana Pilihanraya Kampus UTM

Alhamdulillah, selesai sudah pilihanraya kampus(PRK) bagi pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM untuk tahun 2011. Keputusan yang diumumkan semalam pada jam 12 tgh malam oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni iaitu Datuk Prof Dr. Tajudin bin haji Ninggal. Kesemua kerusi sebanyak 54 kerusi telah diisi oleh calon-calon yang menang. Baki lagi 3 kerusi yang patutnya diisi oleh Sekolah Pra Siswazah telah dibatalkan dan itu penulis tidak tahu dengan lebih lanjut. Mungkin pihak urusetia ataupun sebilangan jentera kedua-dua parti mengetahui mengenai perkara itu.

Pilihanraya kampus UTM berlangsung dengan dimeriahkan oleh kedua-dua parti iaitu Aspirasi Evolusi Mahasiswa dan juga Pro Mahasiswa. Kedua-duanya mendokong cita-cita dan misi beserta visi UTM yang dibawa oleh Naib Canselor. Bermula dengan pembubaran oleh MPM sesi 2010 pada 14hb Februari, selepas itu pada tarikh 17hb Februari adalah
sesi penamaan calon dan seterusnya proses pengundian pada 21hb Februari serta dikira penjumlahan undi pada malamnya untuk diumumkan pada hari yang sama. Tempoh berkempen bermula malam 17hb Februari sehingga jam 11.59 malam 20hb Februari. Pengundian bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang di fakulti masing-masing. Di fakulti penulis, seramai 300 orang tidak mengundi menjadikan 81.1% mahasiswa yang mengundi. Agak ramai dan kemungkinan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai kelas pada hari tersebut.Sebilangan mahasiswa yang menunggu keputusan PRK

Dua parti iaitu Aspirasi Evolusi Mahsiswa dan Pro Mahasiswa. Penulis pernah dijemput untuk bertanding di bawah panji kedua-dua parti. Dua kali penulis menolak untuk menjadi calon. Walaupun disediakan dengan jumlah jentera yang ramai, mereka hanya menjadi jentera untuk membantu kemenangan ketika pilihanraya tetapi selepas pilihanraya, berapa ramai yang menjadi jentera untuk membantu mengangkat martabat universiti ber
sama? Akhirnya, penulis juga yang akan ditinggalkan keseorangan bersama-sama mereka yang turut sama menang dalam pilihanraya. Itu yang membuatkan penulis membuat keputusan untuk tidak bertanding. Janji mulut manusia memang manis tapi perlakuannya pahit belaka. Sememangnya penulis tidak berminat untuk menjadi MPM kerana memikirkan bebanan yang dipikul berdasarkan pengalaman sebelum-sebelum ini. Jadi, hormatilah keputusan penulis. Keupayaan manusia berbeza-beza dan itu yang kita perlu hormati bagi meraikannya.
Ketika penulis mengundi

Penulis berkesempatan melihat sesi penamaan calon. Ramai yang berada di dewan banquet dengan beberapa calon ditemani oleh pencadang dan penyokong. Pertama kali penulis melihat suasana penamaan calon dan penulis berpeluang berjumpa serta berborak dengan kedua-dua parti. Ada juga mata-mata yang memerhati gerak-geri penulis. Mungkin sedang mencongak di pihak mana penulis sokong. Nampak segak kesemua calon beserta pen
cadang dan penyokongnya. Penulis ketika itu cuba untuk mencari calon yang kemungkinan tidak mempunyai pencadang atau penyokong. Pengalaman sekali dalam seumur hidup untuk menjadi pencadang atau penyokong. Namun, tidak kesampaian kerana kesemuanya sudah siap lengkap persediaan masing-masing.

Seterusnya, tempoh berkempen. Kesemua jentera baik dari parti merah atau parti oren bertungkus lumus memasang poster calon-calon yang bertanding. Pada khamis malam, baru sedikit poster, sehingga hari ahad malam, UTM dipenuhi dengan
pelbagai cara pemasangan poster oleh jentera. Penulis berkesempatan melihat jentera Aspirasi Evolusi Mahasiswa memasang poster. Kelihatan ketika itu, seorang calon turut sama memasang poster beliau. Jika nak dibanding dengan yang lain, yang hanya seperti mando sahaja. Itu calon yang sepatutnya mendapat tempat di hati pengundi. Namun, itu di sebalik tabir. Tidak ramai yang mengetahuinya. Pemasangan poster juga turut menjadi bualan hangat pengundi. Pemasangan yang terlalu rendah sehingga sukar untuk berjalan mahupun makan. Sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua jentera baik oren atau merah. Mahasiswa turut mempunyai hak mereka masing-masing untuk makan dan berjalan dengan tenteram. Matlamat anda memang untuk memastikan calon anda menang tetapi perlulah hormat hak orang lain. Tidak hairan jika poster calon-calon dijatuhkan oleh pengundi sendiri kerana menafikan hak mereka. Bila itu yang berlaku, oren tuduh merah dan merah tuduh oren. Politik kampus = Politik luar? Tafsir sendiri.
Penggantungan poster yang rendah sehingga mencetuskan kemarahan beberapa mahasiswa

Rapat umum. Medan bagi calon-calon untuk berpidato atau menyampaikan manifesto masing-masing. Penulis hanya berpeluang untuk mendengar rapat umum oleh pihak oren di Arked Kolej 9 dan pihak merah di Kolej Perdana. Itupun ketika ahad malam iaitu malam terakhir sebelum proses pengundian. Bagi penulis, kesemua yang berucap penuh dengan gaya masing-masing dan lantang dalam bersuara. Kesemuanya mahu memperjuangkan mahasiswa. Apa yang diperjuangkan? Itu yang penulis masih kurang pasti. Jika isu wifi utm d
an parking yang dimanifestokan, itu sudah lapuk. Jika isu pelestarian kampus, sepatutnya dicadangkan kempen tidak menggunakan kertas. Penulis juga tidak menerima flyers calon kedua-dua pihak kerana hanya membazir kertas dan dibuang begitu sahaja. Bagi penulis, kedua-dua pihak sudah memberikan ucapan yang terbaik dan mampu menarik minat ramai mahasiswa untuk mengundi. Ada gaya seperti pilihanraya umum negara.
Ketika proses penjumlahan undi

Trend pengundian mahasiswa utm. Masih lagi memilih berdasarkan paras rupa atau memangkah ikut suka mereka. Kebanyakan mereka merungut kerana tidak mengenali calon. Di sini penulis cuba untuk merungkaikan persoalan ini. Siapa yang patut berjumpa siapa?Mahasiswa merungut tidak mengenali calon tetapi berapa ramai yang berminat untuk melihat rapat umum?Melihat dan mendengar manifesto calon-calon?Diajukan pula soalan oleh mahasiswa. Mereka yang nak meraih sokongan, kenapa kita pula yang kena pergi. Bukan patut dia yang datang pada kita?Kaedah yang dilakukan adalah kempen dari bilik ke bilik tetapi berapa ramai mahasiswa yang endah tidak endah kepada mereka?Calon juga mahasiswa. Mereka juga ada kerja masing-masing. Diajukan pula soalan seterusnya, siapa suruh nak bertanding?Alahai mahasiswa, mereka sudah sukarela untuk menjadi wakil anda. Apa yang terjadi jika tiada pemerintah di universiti?tidak kah kacau-bilau?Mereka mewakili secara sukarela. Tapi, persoalan seterusnya, naiklah sesiapa pun, sama juga. Tafsir sendiri.

Masa pengumuman. Di Dewan Sultan Iskandar. Kerusi yang sudah tersedia terbelah dua. Jika dilihat dari pentas, sebelah kiri adalah parti Pro Mahasiswa dan sebelah kanan adalah parti Aspirasi Evolusi Mahasiswa. Pada malam semalam, sememangnya agak ramai yang menanti keputusan pilihanraya. Bagi penulis, jumlah tahun ini lebih ramai jika dibandingkan dengan tahun lepas. Mungkin ramai mahasiswa sudah ada kesedaran politik di kampus. Tempat penulis di mana?kalau duduk di tangga tengah-tengah akan dihalau jadi penulis mengambil keputusan untuk berada di sesuatu tempat yang mungkin ramai tidak perasan penulis di situ. Sorakan dari kedua-dua pihak memang menggamit suasana. Ada beberapa kerenah jentera baik dari pihak merah atau oren ternyata membuatkan penulis menyampah. Selepas pengumuman dilakukan, ada pelbagai gelagat calon yang menang. Dalam hati penulis, "ini ke yang bakal memimpin mahasiswa utm?"Ternyata trend pengundi masih tidak berubah. Masih berlandaskan paras rupa. Bagi penulis, mereka sudah sukarela. Ini yang telah ditetapkan oleh takdir Allah. Penulis mengucapkan tahniah kepada yang menang. Kepada yang tewas, Allah mempunyai perancangan tersendiri untuk kalian. Lengkap sudah perjalanan pilihanraya kampus UTM. Pelbagai yang penulis sudah lihat dan rupanya di sinilah tempatnya bermula ketidakmatangan dalam politik yang menyumbang kepada politik negara. Dalam facebook, penuh dengan pelbagai provokasi dan tuduh menuduh. Semuanya cuba bermain dengan ayat. Penulis hanya mampu tersenyum. Calon hanya melihat, jentera yang melampau.

Coretan yang ditulis berdasarkan pemerhatian penulis selaku mahasiswa yang bebas. Mungkin ada yang bersetuju, mungkin ada yang tidak. Tetapi, penulis hanya melahirkan kata-kata melalui penulisan. Mungkin penulis tidak berada di tempat jentera mahupun calon tetapi mata yang melihat boleh menzahirkan perasaan. Penulis tidak memihak kepada sesiapa dan hanya mengikut apa yang benar. Tahniah buat kedua-dua jentera iaitu Aspirasi Evolusi Mahasiswa dan Pro Mahasiswa!


It's not about winning..it's about appreciation..

6
| Sunday, February 20, 2011

It's all about appreciation..

Anugerah Bintang Kolej Tuanku Canselor'10 (ABC'10). Anugerah untuk warga Kolej Tuanku Canselor bagi meraikan mahasiswa tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian di UTM. Pengajian yang dijangka akan tamat pada bulan Mei. Tarikhnya ialah 12hb Februari. Masanya jam 8.15 malam. Tarikh yang sama penulis menganjurkan program First Year Experience ke Singapura. Program yg itu penulis akan updatekan kemudian. Pengalaman yang maksimum gilanya. Tarikh yang sama bertindihnya 2 program. Kepenatannya?seharusnya sangatlah penat.

Anugerah bintang penuh dengan gemerlapan pakaian tetamunya. Bukan main lagi bergaya semua yang hadir. Penuh dengan kreativiti masing-masing. Terpulanglah untuk menilai. Bagi penulis, penulis hanya mahu makan dan bergembira di meja no. 12. Jam 5.30 petang, penulis sudah mula untuk bergerak keluar daripada Singapura. Bertolak dari stesen Chinatown sehingga ke Kranji mengambil masa sejam. Akhirnya, kami tiba di Larkin jam 7.30 malam. Tibanya di UTM jam 8.15 malam. Mandi, solat, gosok baju dan bersiap. Tiba di Dewan Sultan Iskandar jam 9 malam. 1st impression, ramai ni je?^_^

Meja no.12 sudah kelihatan. 8 orang semuanya. Mata sudah merah dengan beberapa nguapan menandakan kepenatan. Bila tiba masa makan, sememangnya penulis menikmati hidangan yang disediakan. 1 hari tak makan di Singapura, masa dinner melantak saja. Tiba saat untuk pengumuman anugerah. Anugerah pertama anugerah pahlawan dimenangi oleh Syeb. Dalam pengumumam itu, diletakkan juga nama penulis. Penulis bertepuk tangan
ketika nama Syeb disebut pemenang, tetapi masih ada juga yang cakap,"Padan muka!bukan ko yang menang", ditujukan kepada penulis. Bagi penulis, orang yang mengatakan sebegitu sememangnya tak pernah menang malah ramai yang kurang menggemarinya. Dah maksimum semester, cepat2lah keluar ye. Sekurang-kurangnya penulis diberi anugerah bintang kolej Tuanku Canselor. Bukan kemenangan yang dikejar, tetapi sekadar sedikit penghargaan.

Bercerita tentang anugerah, ada beberapa anugerah yang dimenangi oleh orang yang bg penulis tidaklah sepatutnya jika dibandingkan dengan beberapa orang yang lain. Tapi, keputusan telah dibuat dan panel pemilihan sudah melakukan kerja mereka masing-masing. Cuma, ada beberapa keputusan yang penulis agak terkilan kerana mereka sudah memerah keringat masing2 tetapi seolah-olah tiada penghargaan. Apakan daya, penulis hanyalah warga kolej yang sudah tidak mempunyai kuasa apa-apa. Hanya mampu tersenyum dan melihat. Mungkin mereka sudah melupakannya namun penulis masih ingat jasa-jasa mereka.

Mungkin ada yang beranggapan penulis hanya menulis sekadar menulis. Terpulang kepada tafsiran masing-masing. Cuma, jika anda tafsir bukan merujuk kepada perkara sebenar, simpan diri sendiri. Jangan cuba untuk publishkan kepada public. Malam itu juga, ada seseorang yang membuatkan penulis agak terkilan dan terasa hati juga. Membuatkan penulis semakin kurang gemar dan sakit hati. Pendapat masing-masing.

-Friends are family that we choose for ourselves..I've choose..-


How to Answer that Question..

0
| Thursday, February 17, 2011

Cerita dah basi. Takpelah, masih boleh diceritakan. Hujung bulan Januari yang lalu, penulis menghadiri kursus "How To Get Yourself Employed". Kursus yang wajib dihadiri oleh pelajar tahun akhir dalam mempersiapkan diri menghadapi dunia pekerjaan. Tak cukup dengan degree yang sedia ada, perlu jadi degree++..^_^

Kursus pada hari Isnin(31/1/2011). Kursus setengah hari dan pada waktu petangnya ada modul seperti permainan interviewer,job seekers dan black apple. Permainan yang interaktif dan menarik. Sesuatu yang boleh dimodifikasikan untuk dijadikan modul dalam khidmat pendidikan KLM. Penulis agak teruja dengan permainan sebegitu kerana tidak sangka pensyarah juga kreatif dalam membina modul sebegitu. Apapun, penulis berpeluang menjadi penemuduga dan menemuduga beberapa orang. Soalan tricky?tak juga. Soalan biasa semasa temuduga.

Keesokannya, mock interview. Bahasa melayunya, temuduga olok-olok. Resume?dah tersedia ada. Sijil?semuanya sudah tersusun dalam fail. Pekerjaan?itulah yang kena cari. Penulis mengambil syarikat Panasonic untuk jawatan R&D Engineer. Tentang Panasonic?tak buka langsung dengan harapan boleh hentam saja lah ketika interview. Waktu interview adalah jam 2.40 petang. Antara yang terawal jika dibandingkan dengan rakan sekelas lelaki penulis yang lain. Jam 2 petang, sudah siap dengan kemeja dan tali leher. Dalam hati, berdegup2 juga jantung.

Melihat dari dalam, Miss Mitra sahaja yang interview. Miss Mitra?aiseh..seganlah macam ni. Melihat Ana orang yang pertama keluar dari bilik interview, semakin sejuk pula tangan ini. Seorang demi seorang keluar dan masuk sambil menceritakan pengalaman diinterview. Muka memang tenang tapi dalam tulang rusuk, jantung dah berdegup macam nak tercabut rasanya. Ada yang lama dan ada yang sekejap. Tambahan pula, datang Dr Aminudin dengan muka yang agak kurang menyenangkan penulis. Selesai Fairuz, tiba giliran penulis untuk diinterview.

Soalan pertama, "Tell me about you"

Jawapannya.."blablablabla...."

Soalan kedua, "Are you good at electronic?"

Jawapannya.."Yup. I'm very good at electronic.", <---umpama gali kubur! Soalan seterusnya, "How good are you at electronic and what proof do you have?"

Jawapannya.."I'm very good because I have take electronic subject..blablabla", dalam hati.."dahlah tanya electronic wehhh!"

Soalan berikutnya," Can you tell me how to make an amplifier by using single transistor?"

Here we come! Soalan yang paling penulis takuti. Soalan teori yang sememangnya membuatkan penulis terdiam. Tanyalah dah makan ke belum?Makan apa?sedap ke tak?bape ringgit makan?Soalan macam tuh barulah boleh jawab. Tempat interview aircond tapi penulis tetap berpeluh. Penulis setkan masa interview dan penulis keluar dari tempat interview selepas 19 minit berada di dalam. Pergh!macam ni gayanya..susahla..hahhahah...

Pengalaman interview itu yang penting. Sama seperti ketika penulis diinterview oleh Intel. Kita memang tak boleh lari daripada teori. Teori itu yang perlu kita kuat. Dalam pada masa yang sama, boleh memberi idea dan menjawab dengan tenang dan penuh keyakinan. Kenalah asah lagi teori penulis selepas ini.

Thanks Dr Aminudin & Miss Mitra!


Yong Peng - Ayer Itam Visit

0
| Tuesday, February 15, 2011

Ayer Itam = Jonker Street = Insadong?

Pada tarikh 28hb Januari, penulis bersama rakan-rakan KLM ke rumah Zianti. Sekadar melawat rumah rakan-rakan sekelab di negeri Johor. Tempatnya ialah Yong Peng. Masa bertolak adalah jam 3 petang. Cuaca ketika itu, hujan sepanjang perjalanan. Perjalanan mengambil masa selama sejam 5 minit. Bergerak dengan dua kenderaan yang sarat dengan muatan. Yang mengikutnya, Ijat amer, sasa, syya, roza, nadira, zaida, zakiah, tengku, naufal, erizu, nuqman, izaat lau dan penulis. Sebuah kereta sudah sampai sejak pukul 11 pagi. Kami ketinggalan sedikit atas sebab-sebab tertentu.

Tibanya di rumah, hidangan yang disediakan sememangnya sedap. Nasi putih, sambal udang, ayam masak lemak, ayam goreng, sayur campur, agar-agar, tembikai + air sirap. Perghh! penulis ketika itu memang sudah kelaparan kerana tidak makan sejak
daripada pagi. Hidangan dijamah dengan penuh selera. Selepas itu, kami menyambut hari lahir 5 orang yang lahir pada bulan januari termasuk zianti dan adiknya, zianni. Kek secret recipe pulak tuh. Memang sarat dengan muatan dalam perut penulis.

Selesai solat asar, kami singgah di Ayer Itam. Ada yang tak pernah sampai di Ayer Itam. Walaupun sudah banyak berprogram, kebanyakan ahli KLM masih belum berjalan-jalan dalam negeri Johor. Mencari pelbagai benda. Ada yang beli teddy bear, beli bantal, beli buah dan juga beli kerepek. Macam-macam kerenah. Kami tiba di UTM jam 9 malam selepas selesai solat maghrib dan isyak di tol Kulaijaya. Merempit dengan kereta?mungkin juga.

Apa yang penting? Penulis mengharungi sehari bersama mereka. Mereka-mereka yang menyinari hidup penulis sejak akhir-akhir ini. Mereka yang banyak menceriakan penulis dan membuatkan penulis gembira. Mereka yang penulis jarang menolak apabila dijemput. Ini semester akhir penulis, dan penulis tidak mahu melepaskan saat-saat untuk mencipta memori bersama mereka.

Di sini jua memori tercipta,
Walau seketika..terjalin kasih kita,
Mungkin di sini jua kita berpisah,
Kenangan indah tidak akan ku lupa...

Kredit to hidupan marine sekalian!

Ingat aku nak sangat duit ko?!

0
|
Lama tidak menulis gara-gara kesengalan internet. Penulis ada masalah dengan broadband. Dah lebih limit sebab download movie hari tuh. Silap timing tarikh. Terpaksalah tanggung akibatnya. Itu cerita lama. Tapi, apa yang penulis ingin tuliskan juga cerita lama. Cerita yang membuatkan penulis sakit hati. Kalau boleh tampar, memang penulis tampar terus muka orang tuh. Bajet bagus. Nak kerja pun susah. Harap CGPA je 3.67 tapi sombong, bongkak, perasan bagus. Dulu masa tak kerja, merengek sana sini. Kerja tak dapatlah, interview tak perform lah, takde khabar berita lah. Bila dah kerja, baru dapat gaji 2 bulan, dah sombong macam dapat gaji RM5 juta sehari.

Ceritanya bermula begini. Penulis hanya mengajak kawan penulis untuk keluar makan. Penulis ada belikan ole-ole daripada Korea utk diberikan. "G makan je..pastuh,baliklah..", kata penulis.
"kan sibuk..balik kg lagi..", kata dia.

"Kejap je g makan..kenny rogers pon boley..", kata penulis.

"ala..bukan nak jumpa pon, nak suroh belanja makan kan?nak berapa ringgit?boleh bank in la..bagi no akaun..", kata dia.

"$%^&*&^!!bullshit!ingat aku nak sangat duit ko!!aku pon ada duit!nak makan kat TGI Friday pon boleh la!!"

Mungkin ada yang menganggap penulis mereka cerita. Tetapi, itu adalah hakikat yang penulis terima. Bermula saat itu, penulis sudah delete no telnya dan memikirkan kaedah untuk remove friend dalam facebook. Kalau camni gaya seorang fresh graduate yang baru 2 bulan kerja kat company yang biasa-biasa je, no wonder~

I'm just lucky because I've made a right decision. Seriously, I hate you! You just like a bullshit!


 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine