Keblinger

Keblinger

Another Day With Them..

| Saturday, January 22, 2011
Bukti Penulis di tempat ke-2..ramai tak percaya kan?=p

Hari ini penulis bersama mereka lagi. Siapa mereka?pastinya kanak-kanak riang ahli Kelab Lambaian Masyarakat. Pencen?Ini hanya program sekadar untuk mengeratkan lagi hubungan kemesraan antara ahli kelab dengan aktiviti riadah. Riadah kali ini ialah KLM Super Bowl 2. Eh, sudah 2?haruslah..penulis merupakan pemenang tempat ke-2 kategori individu lelaki tahun lepas. Tahun ini?sejak dari awal penulis sudah katakan tidak akan pertahankan kedudukan itu. Tahun lepas, mungkin nasib. Penulis bukan hebat sangat permainan bowling ini. Tahun lepas, kami bermain jam 10 pagi. Tahun ini kami bermain jam 1.00 tengahari dan tempatnya masih lagi Danga City Mall dengan bayaran yang sama.Kami yang bersaing..

Seperti biasa, apabila bertemu sesama ahli kelab, masing-masing mengeluarkan taring untuk memangkah sesama sendiri. Acapkali bertemu, itu sahaja modalnya. Tapi, ta
waan sebegitu yang mengeratkan lagi hubungan kami sekelab. Itu antara skill-skill ahli kelab lambaian. Penulis juga tidak ketinggalan untuk memangkah mereka terutamanya Abg Sport yang jarang-jarang berjumpa. Permainan bermula. Jatuhan pin penulis pada frame pertama game pertama ialah 3. Aiseh..dah nampak susah nak menang macam ini. Hasilnya selepas 2 game, penulis hanya mampu menjatuhkan 215 pin. Tahun lepas, penulis jatuhkan 257 pin. Tahun ini merundum. Kedudukan ke-8 untuk kategori lelaki. Namun, tempat ke-3 kategori berkumpulan dengan jatuhan pin sebanyak 693 bersama Naufal dan Nana. Tempat ke-2 tahun lepas telah dirampas oleh Naufal. Fahim di tempat ke-3. Seperti biasa, Abg Azwar tempat pertama dengan 370 pin. Mungkin penulis harus training lagi selepas ini. Apa yang penting?hubungan kami semakin erat.Ais Batu Campur..Kat Kg Melayu lagi sedap kot..

Selesai solat, dengan 5 buah kereta, kami bertolak ke Larkin. Larkin untuk ape? Untuk lunch+dinner. Menu makanannya ialah kacang pool. Kacang pool?apa ada dalam kacang pool?Kacang pool ini berhampiran dengan balai bomba larkin. Setelah 3 tahun setengah di JB, baru tahu tempatnya. Penulis kurang pasti kedai ini dibuka waktu
malam atau tidak. Kacang pool ialah kuah seperti kuah kacang yang dicampur dengan bawang dan diletakkan telur. Roti dicicahkan bersama untuk menjadikan rasanya agak menarik. RM4.00. Kacang pool dimakan bersama ABC. Jam 5 petang, kami semua pulang ke UTM. Just another day with them. Gelak tawa yang pasti akan penulis ingati.
Inilah Kacang Pool..Next time boleh bawa SEP maybe..

As we go on..
We remember..
All the time we had together...

Terima kasih semua!


1 comments:

{ shafiqabdshukor } at: January 24, 2011 at 1:47 AM said...

uit..sedap tu kacang pool tu...

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine