Selamat Tahun Baru 2011..
Tahun 2011. Tahun yang bakal menemukan penulis dengan ijazah. Setelah hampir 4 tahun bertungkus-lumus, segulung ijazah telah nampak sinarnya. Harapan penulis agar tidak melanjutkan lagi pengajian. Namun, pengajian dalam Master akan dipertimbangkan. Satu tahun yang mempunyai 365 hari bakal dicorakkan dengan pelbagai lagi ekspedisi kehidupan. Pahit, manis, ceria dan duka bakal menghiasi kehidupan warga Malaysia sekalian. Mungkin ramai sudah meletakkan azam yang baru. Ada yang sudah tercapai azam yang lepas, ada yang menyambung azam tahun lepas kepada tahun ini. Apapun, penulis ucapkan semoga berjaya dengan azam masing-masing.
Kesesakan lalu lintas perkara biasa di Kuala Lumpur
Semalam, penulis sekadar berlegar-legar di lingkaran luar Kuala Lumpur. Berdasarkan pemerhatian penulis, jalan raya penuh dengan kenderaan. Middle Ring Road 2(mrr2) tidak putus dengan kehadiran kenderaan. Biarpun sehingga sudah malam, masih banyak dengan kenderaan. Sangkaan penulis, mungkin semua mahu menyambut tahun baru dengan melihat pancaran bunga api dan sebagainya. Semua mempunyai cara tersendiri untukmenyambutnya. Bagi penulis, tahun baru sekadar tahun baru. Perubahan angka pada tarikh. Mungkin penulis sememangnya tidak diajar untuk melihat bunga api dan konsert-konsert yang dianjurkan. Penulis lebih cenderung untuk tidur ataupun melayari internet dan menonton televisyen. Pandangan setiap insan berbeza. Kebanyakan orang cenderung untuk menutup tahun dengan sesuatu yang unik dan membuka lembaran tahun baru dengan sesuatu yang diingati.
By the way, penulis perlu pulang ke Johor Bahru hari ini. Meneruskan misi 1 semester yang bakal menentukan bila ijazah bakal diperolehi. Penulis mendoakan semua akan berjaya dalam hidup masing-masing terutamanya rakan sekelas penulis. Tahun 2010 tahun yang diingati, tahun 2011 bakal dirempuhi. Penulis berpuas hati dengan pencapaian tahun 2010. Bagaimana 2011?
- Azam tahun ini ialah mencari rakan lama bernama Azam..=)

0 comments:
Post a Comment