Keblinger

Keblinger

Project or MLM?!!

| Tuesday, January 11, 2011
Penulis berehat lebih kurang 3-4 hari daripada menulis gara-gara coding html blog ini. Sengsara juga bila tengok layout belakang kaler biru dah hilang. Bila regenerate, tiada apa-apa berlaku. Kerana malas hendak mencari layout baru, penulis berehat daripada menulis. Setelah selesai meletakkan layout baru, baru ada semangat nak menulis semula. Cantik tak layout baru nie?hehehe..

Petang tadi, penulis dikejutkan dengan satu panggilan(unknown n
umber). Katanya, beliau dapat no telefon penulis berdasarkan direktori UTM dan mengatakan penulis terpilih untuk menyertai sebuah projek. Fasih juga berbahasa inggeris sehingga penulis sedikit kelu untuk menjawabnya semula. Beliau mengatakan untuk berjumpa dengan penulis pada jam 5.30 petang di arked kolej 9. "It's a student's project and we r selecting our core leader at the moment..". Itu message yang penulis terima. Bunyi seperti inginkan bantuan untuk program dan sebagainya. Atas niat yang baik, penulis pergi ke arked kolej 9.

Beliau tiba di arked kolej 9 jam 5.40 petang. Penulis agak-agak mengantuk ketika itu kerana kekeyangan. Setelah dijanjikan, penulis berjumpa dengan beliau. Berbangsa india. Perempuan. Speaking?wonderful!tremendous!excellent! Band 7 agaknya..(dalam hati penulis). Beliau memberitahu terdapat sumber-sumber yang membolehkan beliau mendapat no tel penulis. Beliau mencari orang-orang yang aktif di dalam fakulti untuk menyertai projek ini. Nama projeknya, "Being student,being millionaire".

Pada mulanya, penulis agak tertarik kerana yang dijanjikan sehingga angka RM10000 dalam masa 3 bulan. Ada kaitnya dengan sebuah syarikat terkemuka dan dijamin oleh kerajaan berdasarkan ucaptama ketika persidangan ekonomi negara-negara komanwel tahun 2007. Diceritakan bagaimana Tun Abdullah ketika itu menjadi perdana menteri berjumpa dengan founder syarikat ini dan menggalakkan rakyat menyertainya. Pelaburan syarikat ini pastinya sudah mencapat juta-juta dan beribu pejabat di petaling jaya. Sebelah
federal highway. Gempak jugak cerita minah ni. Projek yang dikatakan hanya 10% bumiputera menyertainya dan 90% adalah dari kaum india dan cina. Dikatakan juga mahu dibawa projek ini ke mahasiswa UTM. Penulis sudah membayangkan projek yang ada kaitnya dengan industri dan merupakan peluang terbaik bagi menghadapi dunia luar.

Beralih ke cerita seterusnya, beliau menceritakan tentang konsep bagaimana untuk mencapai RM10000. Mula-mula, konsepnya adalah mendapat team kanan 3
orang dan team kiri 3 orang. Anggapan penulis, dah macam nak pergi perang. Serang satu tempat, hantar 3 orang kiri dan kanan..kemudian,seRang!! Sangkaan meleset. Rupanya, mencari 2 orang seperti downline MLM. !@#$%^&*!!!!!Penulis terkena lagi. Sanggup juga sampai mencari direktori UTM untuk melariskan apa yang dilakukan. Mulanya perlu bayar RM1820 untuk biodiesel iaitu sekali seumur hidup kemudian duit akan masuk RM1000 tiap-tiap bulan. Siap ada waktu bonanza sehingga 21/1/2011. Katanya, waktu bonanza tuh boleh dapat tambahan sehingga RM12000. Wow! boleh pergi Paris!
Ni bukan macam sistem piramid MLM???

Beliau dalam usaha menyakinkan penulis mengatakan "projek" ini disokong oleh pihak kerajaan 101% dan ianya legal. Tambahan beliau, dalam sistem ini tiada pangkat sekiranya sudah mempunyai ramai "pengikut". Memang jelas sistem piramid. Taktiknya sama seperti MLM(multi-level marketing) yang lain. Tapi, diubah juga ayatnya. "This is not MLM as you think". Kau ingat aku bodoh sangat ke?macamlah tak pernah dengar MLM semua nie. Bila ditanya kepada penulis hendak join atau tidak, penulis menjawab untuk berfikir dulu. Balasnya,"what is in your mind right now?it is because of RM1820?".
Taktikal yang sama. Wujud juga manusia sebegini kat UTM. Sehingga mencari unknown person untuk join bawah downline.Bonanza konon..


Stress rasa!5.30 petang- 6.50 petang dengan cuaca agak mendung. Masa membazir mendengar perkara yang tak berfaedah. Tak terlaksana untuk pergi jogging.

Aku nak jogging weh!!!


@#$%^&*!!!!


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine