Keblinger

Keblinger

Temasik - 1st Time

| Friday, January 14, 2011
Temasik..nama sekarang - Singapura. Bahasa inggerisnya - Singapore.
Sejak tahun 2007, penulis hanya melihat tanah besar seberang Selat Tebrau dari Danga Bay. Itulah Singapura. Negara yang terpisah daripada Malaysia pada tahun 1965 dengan di bawah pemerintahan Lee Kuan Yew. Negara yang dikenali ramai orang di dunia dan antara sedang mencapai status negara maju. Malaysia?juga di landasan yan
g sama untuk menjadi negara maju.

Tarikh 16hb Januari 2010. Penulis bersama abg azwar ke sana. Rancangannya sudah termaktub 2 minggu sebelumnya. Itupun, beliau yang mengajak penulis u
ntuk ke sana. Seperti mengantuk disorong bantal, terima saja pelawaan. Tambahan pula, sudah ada passport. Passport pula seperti sudah lama menanti untuk dicop. Kali terakhir passport penulis dicop ketika ke Phnom Penh. Jam 7.10 pagi abg azwar menjemput penulis dan kami terus ke Terminal bas Larkin. Bas SBS Transit no. 170. Tambang - RM1.50. Bermulalah edisi ke luar negara walaupun ke seberang Selat Tebrau. Selesai imigresen, kami berhenti di stesen MRT Kranji. Abg azwar mencadangkan penulis membeli kad seperti touch n go. 15 dollar singapore. Dalam kad, ada 10 dollar. Katanya, cukup untuk perjalanan 1 hari. Pesan abg azwar, "Ko ikot aje aku..jangan mandai nak pegi tempat-tempat lain. Jangan wat per0k sangat". Hahaha...

Destinasi pertama, Pulau Sentosa. Dari Kranji, kami terus ke Harbour Front dan melaluit Vivo City. Dari Vivo City, kami mengambil Sentosa Express tros ke P
ulau Sentosa. Kranji - Harbour Front, 1.82 dollar. Vivo City - Sentosa Island, 3 dollar. Cantik pantainya. Seperti di Hawaii. Dah kata di Singapura, pastinya ada sahaja foreigner yang sun bathing. Tambahan pula, cuaca sudah semakin panas. Kami terus ke Underwater World. Melihat hidupan marine yang dipamerkan. Lebih besar sedikit daripada Aquaria. Tetapi, kami terlepas persembahan dolphin. Selepas itu, kami menaiki Luge. Menarik juga dengan menaiki sky walker. Dua kali pusing juga. Dah boleh racing dengan abg azwar. Seterusnya, kami berjalan-jalan di Pulau Sentosa. Mengambil gambar di setia sudut. Akui penulis, pulau dengan keadaan pasir serta pantainya sememangnya amat cantik. Cuma pemandangannya kurang menarik bila nampak banyak kapal-kapal berlabuh seperti di perlabuhan pula. Tidak ketinggalan, penulis juga melihat ramai gadis-gadis melayu Singapura yang hanya memakai bikini ketika mandi laut mahupun berkelah. Budaya mereka atau sudah semakin hilang identiti?tiada jawapan..

Pukul 3 petang, kami pulang semula ke tanah besar. Mak
an tengahari di Vivo City dan solat di masjid berhampiran. Kami meneruskan destinasi ke Raffles. Di situ terdapatnya Merlion Park dan Esplanade. Akhirnya, sampai juga penulis di tempat trademark Singapura. Apabila ke Singapura, tempat ini pasti dikunjungi seperti di Malaysia iaitu KLCC. Identiti negara sendiri. Selepas puas bergambar, penulis pergi ke Orchard Road. Sabtu petang, sememangnya sibuk di Orchard Road. Penuh dengan lautan manusia. Orchard Road boleh digambarkan seperti Bukit Bintang atau Dongdaemun Market di Korea Selatan. Kedai-kedainya agak mahal sedikit tetapi mempunyai banyak pilihan. Kalau berpisah penulis dan abg azwar, memang susah hendak berjumpa semula. Destinasi terakhir, kami ke Chinatown. Mencari ole-ole untuk keluarga dan rakan sekelas. Tambahan pula, mereka tidak tahu penulis ke Singapura walaupun hari sebelumnya kami ke Air Terjun Bekok. Chinatown samalah seperti Petaling Street. Banyak yang dijual murah souvenir Singapura. Penulis paling terpikat apabila melihat 6 keychain untuk hanya 2 dollar. Memang penulis borong keychain itu. Selesai segala-galanya, kami menaiki MRT dan terus ke stesen Kranji semula. Kami tiba di Terminal bas Larkin kira-kira jam 10.30 malam. Pulang ke UTM dan sampai di bilik, selesai mandi dan kemas barang seperti tiada apa yang berlaku. Rakan penulis masuk, "Jat, jom pegi makan". "Jom!", balas penulis tanpa sebarang syak wasangka.

Nice experience to be in other country. Nice place to visit but not for living. Pengalaman yang menyedarkan betapa bersyukurnya berada di Malaysia. ^_^


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine