Keblinger

Keblinger

Anak Anugerah Tuhan

| Tuesday, January 4, 2011


Saat seorang bayi keluar dari perut seorang ibu sambil menangis memang amat menggembirakan. Biarpun perit untuk mengendong anak selama hampir 9 bulan di dalam perut, pabila sudah lahirnya anak tersebut, hilang segala keperitan. Hanya tinggal kemanisan mempunyai cahaya mata iaitu bakal penyambung zuriat.Allah mengetahui apa yang terbaik untuk manusia

Penulis mendengar seorang rakan bercerita tentang perkara ini. Mungkin tak relevan bagi penulis membicarakan berdasarkan umur penulis tetapi sebagai pengetahuan dan peringatan untuk semua. Tambahan pula, penulis semalam dikejutkan dengan sebuah kad jemputan perkahwinan. Dalam diam-diam mereka mengikat tali pernikahan. Penulis doakan bagi yang akan mendirikan rumahtangga untuk sentiasa bahagia sehingga ke syurga. Berbalik kepada cerita anak, penulis pernah terbaca orang menulis "anak itu ibarat kain putih, ibu bapa lah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan kain putih tersebut dengan warna-warna yang mencerminkan cemerlang dunia dan akhirat". Itu sekiranya Allah mengurniakan anak kepada sesebuah pasangan itu.
Berdoa dan tawakal setelah berusaha..

Namun, bagaimana jika sudah 3 tahun berkahwin tetapi masih tiada anak?4 tahun..5 tahun..atau 6 tahun tempoh perkahwinan tetapi masih lagi belum ada rezeki mempunyai anak. Perancangan Allah itu Maha Adil dan paling terbaik. Penulis mendapat cerita dari sebuah hospital, tempat di mana ada pasangan yang belum mempunyai anak boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pakar ataupun doktor. Mereka boleh menjalani ujian dan pemeriksaan. Selepas itu, barulah ditentukan sama ada memakan pil, kaedah ivtus ataupun kaedah-kaedah lain. Peringatan, khidmat pakar dan doktor ini hanyalah membantu atau dikira sebagai usaha tetapi Allah yang tetap memberi rezeki anak itu akan dilahirkan atau tidak.

Antara cerita yang penulis perolehi:

- "kak, pasangan ni dah 7 bulan kahwin..tapi,still takde anak.."

- "kak, pasangan ni dah setahun kahwin. Ini bini kedua dia. Dia dah ada 3 orang anak dengan bini pertama.."

- "kak, akak kate makan pil ni boleh cepat mengandung, ni dah dekat 5 bulan..takde pape pon.."

Mungkin stress jugak akak yang diajukan pernyataan ayat sebegitu. Jawapan akak itu,

"baru 7 bulan..minimum utk jumpa adalah setahun..tak sabar betul.."
"Bini kedua yang takde anak..tapi,ada anak kan dengan bini pertama..bukan takde anak langsung.."
"dik, kami hanya berusaha..yang menentukan, Allah.."

Ada sahaja pasangan yang sudah berkahwin lebih daripada 3 tahun dan mencuba pelbagai usaha namun tetap tidak berjaya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk manusia. Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan. InsyaAllah, pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

- Masih menunggu detik untuk menjadi pak su..


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine