Keblinger

Keblinger

Kuala Lumpur ----> Johor Bahru

| Sunday, January 2, 2011


Alhamdulillah...

Penulis berjaya selamat tiba di UTM Skudai semalam(1/1/11). Perjalanan sejauh 320 km bermula pada jam 10.20 pagi. Kelajuan kenderaan 100km/j - 120km/j dengan hanya berhenti di R&R Machap selama 5 minit untuk ke bilik air. Penulis tiba di pintu pagar UTM jam 1.58 petang.
Laju..?rasanya macam tak..^_^

Sepanjang perjalanan, ada sedikit kesesakan dari Nilai-Seremban dan ketika simpang bandaraya Melaka. Melaka Jem? Musykil penulis ketika ini. Ramai ingin pulang ke kampung di Melaka? Bukankah hari jumaat sudah cuti umum? Sangkaan penulis lebuhraya tidaklah sesak semalam namun penuh juga dengan kenderaan. Selepas simpang Melaka, kenderaan sudah berkurang dan lancar sehingga tol Skudai.

Universiti Teknologi Malaysia..
Tiba sahaja di pintu pagar, pelbagai perkara seakan-akan menusuk masuk ke fikiran penulis. Bermula dengan mengemas bilik, menyusun segala fail-fail serta kertas yang bertabur sejak program Seoul sebelum ini sehingga ke projek sarjana muda(psm). Subjek-subjek yang bakal penulis tempuhi di semester terakhir ini lagi.
Final Year Project - Pulse Oximeter

Result?tidak seperti yang penulis harapkan. Tetapi, penulis tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya usaha penulis di saat-saat akhir ketika peperiksaan akhir agak berbaloi dengan keputusan sebegitu. Nekad penulis, untuk tidak mengulangi apa yang berlaku semester lepas. Tambahan pula, penulis sudah tidak memegang sebarang program. Tetapi, siapa tahu..gatal lagi penulis hendak memegang program lain pula. Niat untuk berehat tapi keinginan untuk menguruskan program masih ada biarpun kudrat sudah semakin hilang. Tak salah membantu bukan?

Mode : Hidung merah sambil bersin akibat membersihkan bilik dari kehadiran habuk.


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine