Keblinger

Keblinger

Final Sem+Final Year = New Burden+New Problem

| Wednesday, January 5, 2011
Semester sudah bermula!

Ayuh!bangkit berjuang!
Final semester di dalam Final Year. Bagi sesetengah orang, ini antara saat paling menggembirakan. Apa tidaknya, setelah sekian lama menanti untuk menamatkan pengajian, akhirnya semak
in tercapai. Bermula daripada tadika sehingga ke universiti, belajar..belajar..belajar..ramai yang inginkan pekerjaan dan memperolehi duit yang banyak serta tidak lupa yang ingin mengejar cita-cita tersendiri. Bagi penulis, semester akhir di UTM penuh dengan pancaroba.

Bermula dengan azam untuk pencen dari segala program dan hanya menumpukan pada akademik semata-mata ternyata meleset. Seorang rakan penulis pernah berkata kepada penulis, "Cakap je nak pencen, last-last buat lagi keje-keje macam tuh.."
Istilah pencen program memang sudah terpahat sejak penulis menamatkan perkhidmatan selaku pengerusi kolej. Tetapi, ketika itu terasa kekosongan dan penulis mengambil keputusan untuk mengikuti beberapa program lagi terutamanya di dalam kelab dan menjadi pengarah ke GOP ke Seoul. Kali ini, penulis mencari penyakit lagi. Teringat kenangan bersama kak iena,en din,abg sam dan abg kimi

Hari ini, sudah diberikan 2 assignment dalam subjek transducer & application. Berat jugak assignment tuh. Tambahan lagi, assignment dari subjek medical imaging. Management?Artificial Intelligence?Penulis juga seperti baru dikejutkan dari mimpi mengenai psm. Kos programmer untuk PSoC pulse oximeter itu ialah RM 374. Belum lagi dicampur dengan photodiode, red dan infrared light. Language programmer itu penulis perlu belajar sendiri kerana tiada siapa yang menggunakan language itu untuk projek mereka. Masa sudah semakin suntuk. Untuk menghasilkan projek itu secantik mungkin hanya tinggal mungkin dalam masa 10 minggu dari sekarang.


Dalam sibuk-sibuk utk psm serta subjek akademik, penulis menerima pula tawaran untuk membantu program first year experience. Hendak ditolak tetapi seperti diharapkan sangat. Programnya seperti mudah tetapi agak berat juga. Tarikhnya pada bulan februari nanti. Penyakit lagi satu yang dicari, penulis bersetuju untuk menjadi ketua fasilitator program euphoria anjuran klm. Ketua fasilitator yang asal menarik diri dan pada mulanya penulis hanya menjadi fasilitator tetapi ditarik menjadi ketua pula. Kerja bertambah, beban meningkat, tekanan tinggi. Programnya?minggu hadapan. Menarik!


InsyaAllah, segalanya akan berjalan lancar. Penulis sudah cuba merangka perancangan supaya tidak kelam kabut dan tidak terurus. Pengurusan masa dan jadual yang amat penting.


~tgh terfikir,orang salahkan pengurusan kewangan kita tapi sendiri menyeleweng duit takpe pulak...musykil..musykil~


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine