Keblinger

Keblinger

Lain orang..Lain pandangan

| Friday, January 21, 2011
Semalam penulis melepak di tepi Tambak Johor. Melihat negara Singapura daripada negeri Johor. Lebih kurang pukul 12.30 tengah malam. Penulis bersama 9 yang lain sekadar sembang-sembang dan bergelak ketawa. Maklumlah cuti Thaipusam keesokan harinya. Dalam sembang-sembang itu, berceritalah tentang cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Cerita yang dikhabarkan sangat kelakar dan boleh pecah perut. Cerita arahan Mamat Khalid. Tidak ketinggalan juga cerita tentang Ngangkung dan juga Khurafat. Kesemuanya cerita genre seram yang sememangnya popular di Malaysia kini. Ngangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah genre komedi seram manakala Khurafat sememangnya cerita seram yang asli.

Bila bercerita tentang cerita di panggung wayang ini pasti ada yang mengatakan cerita ini best dan cerita ini bosan. Banyak yang telah penulis lihat orang beri ko
men tentang cerita-cerita ini. Ada yang mengutuk, ada yang kata best dan ada yang kata langsung tak seram. Hantu Kak Limah Balik Rumah, antara cerita yang dikatakan kelakar dan penuh dengan komedi. Setengah orang melihat cerita itu sebagai sebuah cerita tanpa mesej. Ada yang melihat sebagai sebuah jalan cerita yang boleh buat pecah perut. Dalam 10 orang yang menonton,mungkin 8 orang berkata best serta kelakar dan 2 orang lagi sekadar mengatakan, "bolehlah.."

Ngangkung, ramai mengatakan kelakar dan berkomedi tetapi pasti ada sahaja yang mengatakan tidak best dan tiada motif. Apatah lagi cerita Khurafat. Penulis melihat di Facebook, ada seorang yang beriya-iya ingin menonton cerita Khurafat setelah degembar-gemburkan oleh Melodi bahawa cerita itu antara lain daripada yang lain. Selesai tonton, komen beliau, "Hantu kak limah balik rumah lagi seram wehh..", dengan penuh kecewa. Bagi penulis, cerita di panggung wayang adalah subjektif. Ianya tidak boleh ditafsirkan melalui cerita daripada orang. Pandangan Ali dan Abu juga tak mungkin sama. Ali mungkin nampak Leha itu cantik tetapi Abu melihat Leha itu manis. Dari segi kecantikan itu sendiri sudah terkeluar beberapa tafsiran yang lain. Jadi, komen selagi boleh namun kritikan membina itu perlu ada. Lain orang, lain pandangannya de
r..

Ketiga-tiga cerita ini belum lagi penulis tonton. Jadi, tak boleh komen lebih. Apa-apapun industri perfileman negara sudah cuba untuk mengorak langkah lebih jauh. Semoga Berjaya!

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine