Seperti biasa, apabila bertemu sesama ahli kelab, masing-masing mengeluarkan taring untuk memangkah sesama sendiri. Acapkali bertemu, itu sahaja modalnya. Tapi, tawaan sebegitu yang mengeratkan lagi hubungan kami sekelab. Itu antara skill-skill ahli kelab lambaian. Penulis juga tidak ketinggalan untuk memangkah mereka terutamanya Abg Sport yang jarang-jarang berjumpa. Permainan bermula. Jatuhan pin penulis pada frame pertama game pertama ialah 3. Aiseh..dah nampak susah nak menang macam ini. Hasilnya selepas 2 game, penulis hanya mampu menjatuhkan 215 pin. Tahun lepas, penulis jatuhkan 257 pin. Tahun ini merundum. Kedudukan ke-8 untuk kategori lelaki. Namun, tempat ke-3 kategori berkumpulan dengan jatuhan pin sebanyak 693 bersama Naufal dan Nana. Tempat ke-2 tahun lepas telah dirampas oleh Naufal. Fahim di tempat ke-3. Seperti biasa, Abg Azwar tempat pertama dengan 370 pin. Mungkin penulis harus training lagi selepas ini. Apa yang penting?hubungan kami semakin erat.
Selesai solat, dengan 5 buah kereta, kami bertolak ke Larkin. Larkin untuk ape? Untuk lunch+dinner. Menu makanannya ialah kacang pool. Kacang pool?apa ada dalam kacang pool?Kacang pool ini berhampiran dengan balai bomba larkin. Setelah 3 tahun setengah di JB, baru tahu tempatnya. Penulis kurang pasti kedai ini dibuka waktu malam atau tidak. Kacang pool ialah kuah seperti kuah kacang yang dicampur dengan bawang dan diletakkan telur. Roti dicicahkan bersama untuk menjadikan rasanya agak menarik. RM4.00. Kacang pool dimakan bersama ABC. Jam 5 petang, kami semua pulang ke UTM. Just another day with them. Gelak tawa yang pasti akan penulis ingati.
As we go on..
We remember..
All the time we had together...
Terima kasih semua!
