Keblinger

Keblinger

Yang cerdik berkata-kata..

| Wednesday, June 1, 2011
The end of May and the start of June.
A warm welcome to June 2011. Let's get into the challenge!

Berakhir sudah bulan Mei. Berakhir sudah bulan yang penulis tamatkan dengan selesainya ijazah. Tetapi, masih lagi runsing dengan tiada sebarang jawapan untuk temuduga pekerjaan. Tambahan pula, kerajaan membekukan pengambilan dalam sektor awam untuk tempoh 6 bulan. Oleh itu, kerja swasta jela. Kerja swasta?bukan mudah. Untuk bersaing dengan hampir 300 orang utk satu pekerjaan. Itu realiti. Realiti yang lebih tinggi daripada fantasi. Realiti yang akan mengubah cara hidup semua orang. Tambahan pula, penulis adalah fresh graduate yang sememangnya tiada pengalaman bekerja. How I am going to survive in this world?

"tahu...so kalau anak2 yg diluar negara ni xbalik...dorang bising...bila balik jadi penganggur...xleh keje gomen;p "

"yeap..tp bila xbalik..dorang salahkan kita...cakap xkenang jasa...dah balik nak berjasa...dorang tutup periuk nasi kita...dah tu nak makan pasir...:D "

Merujuk kepada pembekuan pengambilan pekerja dalam sektor awam, membuatkan keluarnya 2 ayat di atas. Ini ayat yang ditulis oleh salah seorang bekas penuntut di universiti luar negara. Dihentamnya kerajaan sebegini. Bila tak balik, bising kater x berjasa. Bila nak berkhidmat, xde keje. Kerajaan tak menyediakan peluang pekerjaan. Maaflah kalau penulis terkasar. Tetapi, penulis sangat tidak berpuas hati kalau menulis sebegitu.


Benar, kerajaan yang mengalirkan duit melalui potongan cukai dan hasil pelaburan yang diperolehi untuk menghantar kome-kome yang cerdik pandai ini menuntut ilmu di luar negara. Benar, kome-kome ini sangat layak untuk dihantar menuntut ilmu di luar negara bagi membawa kebaikan di dalam negara. Benar, bila kome-kome yang cerdik pandai ini dah selesai belajar dan perlu balik semula ke Malaysia untuk berkhidmat dengan kerajaan. Dan juga benar, tiada kekosongan jawatan untuk kome-kome yang bijak pandai ini dalam kerajaan bila kome balik ke Malaysia. Justeru itu, kome yang bijak pandai ini menganggap baik bekerja di luar negara daripada menjadi pengganggur di negara sendiri.

Ok. Tahniah untuk kome. Itu yang pertama. Yang kedua, tahniah sebab kome pon bengap jugak walaupun cerdik pandai. Yang ketiga, kome ni boleh kerja dengan kerajaan je ke?Kerja kat tempat lain tak boleh?Banyak lagi syarikat tempatan yang ada kat Malaysia ni. Dalam Malaysia ada 14 buah negeri. Dalam setiap negeri, rasanya banyak peluang pekerjaan. Pekerjaan yang turut sama membangunkan negara. Tak semestinya tidak berkhidmat dengan kerajaan, tak boleh membangunkan negara, berjasa kepada negara. Sepatutnya, kome-kome dari luar negara ni cerdiklah sedikit. Intrapersonal yang tinggi. Menunjukkan kome sememangnya layak ke luar negara dengan reputasi tinggi dan pulang sebagai seorang insan yang mampu membawa negara selangkah ke hadapan. Kan kome dah habiskan berjuta duit kerajaan. Pelaburan kerajaan terhadap kome kenalah berbaloi dengan pulangan yang tinggi. Syarikat tempatan banyaklah. Tipulah kalau kata tetap tiada pekerjaan. Kita sendiri yang memilih untuk menjadi pengganggur, menyalahkan pula kerajaan. Orang suruh balik lepas habis belajar sebab nak ada hasil lepas dah melabur pada kome. Ingat kome belajar guna RM1 je ke??Dahlah dapat ke luar negara, masa cuti semester, kome pergi jalan ke negara lain. Guna lagi duit kerajaan. Dah habis belajar, menetap pula kat negara tuh. Menggunakan alasan,

"Gaji kat Malaysia rendah, kat sini tinggi..lepas 3 tahun, baliklah berkhidmat dengan negara...ala, balik Malaysia bukan ada kerja, baik kerja kat sini.."

Kepada yang menggunakan alasan sebegini, tahniah. Kome memang layak menghabiskan duit kerajaan. Silalah kumpul kekayaan tanpa rasa bersalah. Kome yang bijak pandai sampai boleh ke luar negara ni, tolonglah menggunakan kebijaksanaan anda dalam membuat pertimbangan. Ya, benar, penulis tidak layak ke luar negara sebab kurang cerdik dan pandai. Tapi, sekurang-kurangnya yang tak ke luar negara ini lebih cerdik dalam menggunakan akal untuk berfikir.

I'm not blaming all the oversea graduates. Certain. But, they showed that they are not enough well educated after staying about 4-5 years in oversea. Bukan semua, hanya segelintir. Yang segelintir inilah yang mengundang rasa tidak puas hati penulis. Cuba simpan sikit bodoh tuh..

Kalau yang belajar kat oversea baca entry ni, mesti kata, "ala..dier jeleslah tuh tak dapat pergi oversea..", yes!i'm jeleous!so what?!



2 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine