Keblinger

Keblinger

It is just Saturday

| Sunday, May 29, 2011
Keheningan pagi..menghembusi bayu..
Pagi ahad yang indah. Tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah terasa panasnya. Orang tua kata suam-suam kuku. Apa aktiviti hari ini?masih lagi kurang pasti. Keinginan ada tapi untuk lunaskan seperti tiada rakan mahu menemani. Kita tinggalkan so
al hari ini. Kita bicara soal semalam. Semalam, hari sabtu. Hari bagi semua pekerja di Malaysia berehat sambil menguruskan pelbagai urusan. Penulis juga sempat menemani kakak penulis ke pejabat imigresen. Cuma apa yang dikesalkan, kaunter juruwang ada 2. Dua-dua pergi cabut minum. So, terberhentilah nombor-nombor untuk kaunter bayaran. Cerdik juga. Kalau nak pergi minum pun, tinggallah salah satu yang buka. Takkan itu pun nak kena ajar?Lain kali, simpan sikit bodoh tuh. Penulis tahu hari sabtu. Kire overtime tapi janganlah serlahkan bodoh tuh ye..=)


Bicara tentang semalam, hari bersama adik beradik. Kami pergi menonton cerita Kungfu Panda 2 di Wangsa Walk. Waktu tayangan - 11.20 malam. Jam 11 malam, masih lagi penuh kereta diletakkan di Wangsa Walk. Meriah KL hujung minggu. Sudah lama penulis tidak lihat suasana begini. Kuala Lumpur seakan-akan tidak pernah tidur. Lupa, penulis bukanlah di tengah bandar Kuala Lumpur, tapi di pinggir bandar sahaja. So, boleh bayangka
n apa yang terjadi di tengah bandar. Ceritanya, seriously superb!Bukanlah nak kata sepanjang masa tergelak. Tetapi, ceritanya sangat menggeli hati penulis. Banyak juga yang penulis gelakkan. Agak pecah perut. Penulis memang gemar menonton cerita kartun yang kelakar. Kepada sesiapa yang tengok cerita Kungfu Panda, kemudian kata boring, no offense. Hak masing-masing untuk mengeluarkan pendapat. Habislah tayangan jam 12.45. Sempat pula kami minum di kedai mamak. Jarang sekali dapat peluang untuk bersama sebegini. Jam 2 pagi, kami pulang ke rumah.


Sudah mahu tidur?haruslah tidak. Perlawanan akhir Manchester United vs Bercelona. Penulis juga bersengkang mata untuk melihat perlawanan itu. Tetapi, skripnya tetap sama. 10 minit pertama memang Man Utd manfaatkan sepenuhnya tetapi selepas itu seperti diayamkan Barcelona. Keputusan akhir Barcelona 3 Manchester United 1. Kalau Man Utd kalah, habis dalam fb tuh penuh tulis pasal kekalahan Man Utd. Kalau team lain kalah, senyap je. Asal semua team yang lawan dgn Man Utd,semua dia sokong. Cubalah tetap pada yang satu. Takpelah, rezeki Barcelona. Kalau Man Utd menang pun, penulis tetap belum mempunyai sebarang pekerjaan. Kerja?tekanan semakin meningkat. Tiada lagi sinar. Oh Sinar...

Setiap minit ko updatekan pasal game UCL semalam, baik ko keje jadi pengulas sukan je..rasa macam menyampah je update ko tuh..

2 comments:

{ waNna } at: May 29, 2011 at 9:06 AM said...

"Asal semua team yang lawan dgn Man Utd,semua dia sokong"

u one of man u fans. so, u wont feel wot others felt. fan man u dasat tau x. kerek, bongkak, eksyen, loghat. huhu. ce man u menang? cane? cukop la menang premier league ritu. cukop bising.. kerek. okeh. byk plak bebel.hohoho :P no offense k? :)

yeay! barca menang. berjaya menutop mulot2 fan man u. *but stil salah kan same 4 5 1?. duhh~!nmpak naw tamak! huhu.*

{ Wan Muhammad Aizat } at: June 22, 2011 at 1:15 AM said...

cheh..ni penyokong chelsea yang jeles..=p

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine