Keblinger

Keblinger

Selambe je..

| Wednesday, June 22, 2011
Orang biasa kata, "di sebalik hujan yang lebat dalam keadaan awan mendung, pasti akan terbentuk pelangi yang cantik".

Semalam, penuh kedukaan. Pertama, penulis gagal numerical test untuk mohon kerja dengan standard chartered. 20 soalan matematik dalam tempoh 20
minit. Soalan yang memerlukan pemerhatian yang persis. Dengan soalan yang agak rumit, penulis gagal untuk menjawabnya. Hasilnya, hanya 10 sahaja betul. Paling minima adalah 15. Takpelah, belum rezeki lagi.

Thanks Standard Chartered..

Kedua, selang beberapa minit selepas gagak numerical tes
t, Maybank pula yang hantar email. Katanya, "anda tidak berjaya dalam permohonan ini". Aduhai, penulis berterima kasih kerana menghantar email balas. Tetapi, kenapa dibalasnya dengan tidak berjaya. Yang lain masih lagi mendiamkan diri. Tiada sebarang panggilan telefon, balasan email mahupun melalui telefon rumah. Malaysia ni belum cukup maju untuk guna email ke?ke semua kena hantar by pos?Apa guna teknologi kalau sekadar untuk facebook??kamonlaaa~

Ketiga, penulis menghantar email kepada salah sebuah syarikat. Teruja apabila terus dibalas. Tetapi, apa yang di balas, "Thank you for your email. I'll entertain your request after i'm coming back from oversea on 4th July(Monday)". Hah!terbaik!4hb baru balik?aiyooo..lama lagilah jawabnya penulis kena tunggu.

Mimos..bagi saya kerja ye..=)

Apa-apapun, mendungnya langit pasti akan berlalu bagi memberi laluan kepada pelangi yang indah. Indahnya apabila kakak sendiri memberi contoh resume terbaik untuk memberi sedikit harapan membolehkan mendapatkan temuduga. Tidak kurang juga, resume penulis turut diperiksa oleh ayah penulis. Standardlah, kena bebel dulukan?
Janji resume tuh puas hati bagi dia. Bolehlah hulur-hulur kat company yang bersesuaian. Contohnya, Mimos ke. Hehehe..

Just a dream..

Sempat juga penulis berbual-bual dengan keluarga penulis ketika family gathering di Janda Baik. Ada yang berkongsi pengalaman, cara mohon kerja, tidak ketinggalan yang cuba untuk membantu. Terima kasih untuk semua. Bila kita susah, pasti akan datang pertolongan untuk meringankan susahnya kita. Bila kita senang, bantulah meringankan orang lain yang susah. Pulang dari Janda Baik dengan wajah penuh senyuman.

Seriously, I really hope to get that. I hope my wish come true..Pray for me...

2 comments:

{ shafiqabdshukor } at: June 22, 2011 at 1:30 AM said...

bagus2.. ak pon ad gak antar resume kat mimos tu..

{ Wan Muhammad Aizat } at: June 23, 2011 at 1:16 AM said...

eheh..2 ahli klm bakal bekerja kat mimos..menarik!hahha..

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine