Keblinger

Keblinger

Kos Sara Hidup

| Friday, June 3, 2011
Ok. Selesai sudah WUM diservice. Setiap 3 bulan kena hantar untuk tukar minyak hitam. Harapnya semakin perform WUM selepas ini. Jangan sakit-sakit ye..

Pagi tadi, penulis menikmati sarapan pagi di Ali Maju. Ali memang dah maju sekarang. Tapi, kedainya masih seperti dahulu. Apa yang diorder? Roti telur + teh o ais. Harganya?

RM 3.50!what?!


Roti telur - RM2.00


Teh o ais - RM1.50

Perghh!!baru sedar, dah pindah kat Kuala Lumpur sekarang. Bukan Johor Bahru. Kos sara hidup makin tinggi. Dengan status penganggur, harapan jela nak survive dalam ibu kota ini. Semua nak naikkan harga. Semua nak capai keuntungan yang sama dengan sebelum
-sebelum ni. Kamonlah wahai peniaga. Kenaikan harga barang patutnya boleh diserap. Kalau harga sama, pembeli makin ramai pe la salahnya. Untung jugak. Kamon..kamon..kamon..



Sama je dengan Big Apple. Masa kali pertama dibuka kedainya, sekeping donut harganya RM2.10. Sekarang sudah mencecah RM2.50 sekeping. Dulu, box of six harganya RM11.60, kemudian naik RM12.50 dan sekarang sudah RM13.50. Pembeli masih ramai, kenapa nak naikkan harga wahai Big Apple??Tuh kita belum perasan lagi harga KFC, McD, A&W, Kenny Rogers dan sebagainya. Kita cuma tidak prihatin dengan kenaikan harga ini. Semuanya kata kuasa terletak di tangan pengguna tapi sebenarnya kuasa adalah di tangan penjual.

Oh kerja....

Tahniah Azri!berjaya jugak ko keluar dari Pulau Pinang tuh lepas 23 tahun..dapat kerja kat Technip pulak tuh..resume aku taknak amik?=p

2 comments:

{ waNna } at: June 3, 2011 at 12:21 PM said...

donut tuuuu.....sekeping ea? sekeping ke? cm pelik je sekeping? o_O?

{ Wan Muhammad Aizat } at: June 22, 2011 at 1:14 AM said...

skeping kan?ke sebungkus?or sedonut maybe?=p

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine