Keblinger

Keblinger

Reunion Back

| Saturday, June 25, 2011
Jumaat malam. Seperti yang dijanjikan. Pengumpulan semula rakan-rakan penulis semasa di sekolah menengah taman melawati. Tetapi, bukanlah semua. Hanya sebilangan kecil yang mana kawan-kawan rapat penulis ketika di sekolah. 4 orang pengganggur, 2 orang student medic dan 2 orang yang sudah bekerjaya. 3 buah kereta dengan 2 myvi dan sebuah honda civic. Meluncur dari Ulu Klang ke Ampang.

Pemandangan di Look Out Point Ampang

Destinasinya, Ampang Look Out Point. Destinasi yang penulis tidak pernah pergi malahan tidak pernah tahu wujud tempat sebegini. Taklah jauh sangat tetapi bila lalu jalan Ampang jam 8 malam hari jumaat malam sememangnya sangat teruk kesesaka
n trafiknya. Mulanya, penulis tidak pernah membayangkan bagaimana restoran Ampang Look Out Point. Tentunya mahal dan penulis sudah bersiap sedia untuk memesan ais kosong. Bukan apa, 2 orang belajar kat US, sorang kat India, sorang kat Ireland, sorang kat UTP. Loaded2 semuanya. Penulis juga yang termangu-mangu. Kalau diajak keluar, restoran mahal sahaja yang dipilih. Kenapalah tak pergi Restoran Sri Tanjung je?

Ampang Look Out Point. Indahnya pemandangan Kuala Lumpur dari tempat ini. Sangat cantik pemandangannya. Baru penulis tahu ada tempat yang menarik di sini. Selama 23 tahun di Kuala Lumpur, tak pernah tahu. Tetapi, tak boleh salahkan juga. Penulis bukannya penduduk tetap KL selepas meninggalkan KL selama hampir 7 tahun. Dengan angin
yang kuat, sememangnya agak sejuk. Bila dipesan air, apple juice harga RM5.50. Terbaik juga harganya. Mahal sebab nak bawa air naik atas bukit tinggi. Sangat menjunam jalannya untuk ke tempat yang tinggi. Apa-apapun, sememangnya sangat cantik pemandangan Kuala Lumpur. Bagi pengguna dslr, pastinya sangat teruja. Mungkin penulis boleh bawa orang lain selepas ini.

Ni lah Restoran Satay Station

Di situ, kami menyambut hari jadi Tasha. Hari jadi ke-23. Tasha tidaklah penulis kenali sangat sebelum ini. Penulis mula mengenali beliau sejak penulis berada di UTM. Turut sambut hari jadi yang sama adalah Wanie. Belajar medic di Ireland. Memang penulis mengenali beliau sejak daripada sekolah rendah. Manis orangnya. Hari jadi beliau adalah 13hb Jun yang lalu. Kepulangannya dari Ireland untuk bercuti disertai oleh Wahab dan Zalikha dari US membuatkan kami semua berkumpul. Tambahan pula, Faten yang sedang belajar medic di Manipal turut sama. Aliff baru pulang dari kerja dan Azhar hanya bekerja dari rumah. PWC dan HP. Alhamdulillah, semuanya sudah mempunyai haluan masing-masing dan berjaya.

Mee Rebus Satay Station

Destinasi seterusnya, Satay Station. Kata Tasha, mee rebusnya antara menu yang sedap selain daripada satay. Penulis dapatlah juga merasa mee rebusnya. Harga RM6 dan sedap jugalah. Tapi, Mee Rebus Haji Wahid di JB lagi sedap rasanya. Sataynya sememangnya gemuk. Harga secucuk adalah 90 sen. Satay termahal yang pernah penulis rasa. Di Taman Melawati, Satay Yunus 70 sen penulis sudah sangkakan mahal. Rupanya, ada lagi mahal dan lagi gemuk sataynya. Sememangnya sedap tetapi penulis mungkin datang sekali lagi kalau ada orang yang belanja. Untuk pengganggur berbelanja, susahlah sikit. Cerita,cerita dan cerita tidak sangka sudah jam 11.30 malam. Sempat juga merancang untuk ke tempat-tempat menarik seperti bercuti. Kalau ada kesempatan, dapatlah kami bercuti bersama. Agak puas malam ini!

Btw, penulis agak kurang selesa bila diceritakan tentang gadget-gadget terbaru seperti iPhone, iPad dan sebagainya. Penulis tahu kome memanglah ada duit untuk beli semuanya, tapi janganlah sembang macam tuh dengan orang yang kurang mampu ni. Rasa macam terpinggir je..

Happy Besday Tasha..

3 comments:

{ aimie amalina } at: June 26, 2011 at 12:52 AM said...

sabar ye jad..nnti dh keje bole beli iphone 10 eyh ^_^

{ Spek PinK } at: June 28, 2011 at 6:48 PM said...

okeh. aku nk pegi ampang look out point!! haha.....

skrg menganggur lg mmg laaa... da keje nnt.. haish..ntah apa gadjet laa yg dicapainya kannn~~~ :p

{ Wan Muhammad Aizat } at: July 9, 2011 at 1:44 AM said...

Aimie - hahahha..jauh sangat iPhine 10 tuh..=p
Ainul - aku dh bawak kan g look out point..=)

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine