Keblinger

Keblinger

Usahawan Muda

| Wednesday, June 1, 2011

Semenjak menjadi pengganggur yang berjaya, penulis banyak berfikir mengenai apa yang akan terjadi dengan hidup penulis. Untuk menjadi seorang lelaki dengan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur, bukanlah sesuatu yang mudah. Menjadi lelaki yang bongsu dengan harapan untuk membantu keluarga, berkahwin dan juga ada keluarga sendiri rasanya agak sukar. Dengan pemahaman masyarakat sekarang yang meletakkan harga yang tinggi untuk sesuatu yang bernilai.

Semalam, penulis berkesempatan berjumpa dengan seorang usahawan muda. Usahawan yang bagi penulis agak berjaya kerana dikurniakan mulut yang petah berkata-kata dan semangat yang kuat untuk berjaya. Beliau ialah Aunty Midah. Hari tuh, pen
ulis berjumpa dengan beliau dengan kereta Mercedes E200. Semalam dengan Toyota Camry. Beliau dahulunya bekerja di Maybank sebagai pegawai bank. Anak beliau ada 5 orang. Seorang sudah meninggal dunia kerana masalah buah pinggang. Seorang anak angkat dan seorang lagi turut mengalami masalah buah pinggang. Beliau mendermakan buah pinggang untuk anaknya dah mereka berdua sama-sama menjalani kehidupan dengan 1 sahaja buah pinggang. Benar, mereka diberikan kekayaan. Tetapi, Allah memberikan sesuatu dengan menarik sesuatu. Apa yang membuatkan beliau berjaya?Selepas berhenti daripada Maybank, beliau memasang 3 impian.
Pertama, untuk menjadi ejen pelaburan yang berjaya. Kedua, mempunyai sebuah syarikat yang menguruskan perjalanan haji dan umrah. Ketiga, membuka butik muslimah. Yang pertama, itu sememangnya sudah berjaya. Beliau mempunyai hampir 200 orang pelabur dan penulis merupakan salah seorang dari pelabur beliau. Sangat tekun bekerja dengan penilaian untuk setiap pelaburan sangat teliti. Penulis juga tertarik untuk menjadi ejen pelaburan. Tetapi, memerlukan usaha yang keras. Beliau mengajak penulis menyertainya tetapi harus difikirkan dahulu. Untuk mendapatkan kepetahan berkata-kata seperti beliau agak sukar. Sememangnya penulis agak tergamam mendengar beliau bercerita tentang pelaburan. Kalau penulis dah join sebagai ejen pelaburan, kome-kome melaburlah bawah penulis ye? =)


Yang kedua, sedang diusahakan. Baru-baru ini, beliau diberi peluang untuk menguruskan pemergian umrah oleh 120 orang. Dan beliau berjaya. Satu permulaan yang sangat menarik. Rancangan beliau untuk membuka syarikat agensi pelancongan. Penulis turut tertarik memandangkan penulis juga ada mempunyai niat yang sama. Dari segi pengurusan, penulis bolehlah buat tetapi memerlukan pengalaman terlebih dahulu. Speciality beliau?dari segi marketing. Sebab itu, beliau boleh menguruskannya seorang diri. Penulis turut merisik-risik andai boleh join adventure tapi sekadar cakap-cakap.

Yang ketiga, sudah dimulakan perlahan-lahan. Tidaklah butik, tetapi masih dalam kereta. Penjualan dari rumah ke rumah. Kecil-kecilan. Namun, penulis melihat beliau akan turut berjaya dalam bidang ini. Ya, apa yang tiada di tangan beliau. Handphone ada 3. Bukan calang-calang. Blackberry, htc desire HD dan juga iphone. Baru-baru ini, apa yang dibeli adalah Ipad2.
Apa yang penting?Usaha dan tawakal. Bukan mudah untuk mendapat duit. Memerlukan impian dan cita-cita yang tinggi untuk berjaya seperti beliau. Usianya masih muda. Masih tekun bekerja. Mungkinkah penulis berpeluang mengikuti jejak langkah beliau dengan memilih jalan sendiri?

Yang nak kahwin, macam-macam mengadanya. Yang tak kahwin pun sama mengadanya. Dok jaja kat status fb takde calonlah, keseoranganlah, kenduri kahwin banyak tapi untuk dia lambat lagilah. Ada gak penulis pangkah kat status tuh kang. Kalau dah tak laku, duk diam-diam. Samalah yang nak kahwin, cubelah duk diam-diam tanpa perlu mengada-ngada.

Tahniah buat TY..diam-diam, dia lebih dahulu daripada ex-rumate dia..insyaAllah, penulis akan pergi ke kenduri Encik..^_^

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine