
Hampir 3 tahun setengah penulis berada di dalam negeri Johor. Negeri tempat penulis belajar untuk mendapatkan segulung ijazah. Sebelum ini, penulis sudah berada di Perlis selama 2 tahun, di Pulau Pinang selama setahun dan tiap-tiap tahun penulis pulang beraya di Kelantan. Semuanya dalam Semenanjung Malaysia tetapi ada perbezaan setiap negeri. Bagi penulis, melihat sendiri dengan merantau ke negeri orang banyak manfaatnya. Alhamdulillah, bila diterima masuk ke UTM, penulis sudah selesai meninggalkan tapak di setiap negeri di Semenanjung. Setelah 18 tahun, baru ada sebab untuk ke negeri Johor.
Johor negeri paling selatan. Penulis bersyukur kerana setelah 3 tahun setengah penulis berpeluang untuk ke semua daerah di dalam negeri ini. Bermula daripada Muar sehinggalah ke Mersing. Penulis berjaya selesaikan daerah terakhir iaitu Segamat ketika dalam perjalanan dari Bekok ke Rembau melalui Segamat. Apa yang penulis perhatikan, di dalam setiap daerah pasti terdapat satu dataran. Kesemua nama jalan menggunakan papan tanda berwarna kuning.
Tempat-tempat menarik yang pernah penulis kunjungi?
- Masjid Sultan Abu Bakar(struktur bangunan menarik)
- Taman di Jalan Kebun Teh(pemandangan yang indah)
-Tanjung Piai(penghujung asia selatan)
-Tanjung Leman(Air lautnya masih jernih)
-Air Terjun Bekok(Free & sangat sejuk airnya)
-Ayer Hitam(Tempat beli-belah industri kecil)
-Desaru(Pantai yang indah)
-Air Terjun Gunung Pulai(dekat dengan UTM,kurang best)
-Danga Bay(tempat JomHeboh..^_^)
-Kolam ayer panas Muar(memang airnya panas)
-Bukit Kepong(tempat bersejarah)
-Felda Taib Andak(tempat Mawi..?)
-Mersing(menarik)
-Kluang Station(nasi lemak 70 sen tapi 3x suap dah habis)
Tahun 2011 bakal menjelma. Tinggal lagi 2 tempat penulis masih belum berkesempatan untuk pergi. Tempatnya ialah Pulau Tioman dan Taman Negara Endau-Rompin. Sudah lama penulis impikan untuk ke Pulau Tioman. Angan-angan untuk pergi sebelum menamatkan pengajian di UTM. Penulis tetap akan pastikan dapat menjejakkan kaki ke sana. Pulaunya cantik dan indah. Pengalaman snorkeling pastinya menggamit keseronokan untuk ke sana. Bajetnya juga agak tinggi tetapi jika difikirkan untuk 3 hari 2 malam, mungkin berbaloi sedikit. Apa-apa pun, penulis berharap dapat pergi bersama rakan sekelas beramai-ramai seperti ketika ke Seoul, Korea Selatan. ^_^

~Memori indah hanya terpalit bila kita sama-sama merasainya~
