Keblinger

Keblinger

Kucing..

| Thursday, December 30, 2010
Putih

Terasa lama sudah tidak menulis di ruangan maya ini. Tiba-tiba hati tergerak untuk menulis sesuatu. Mungkin kerana kejadian semalam yang betul-betul di hadapan mata penulis. Jika dikira, kali terakhir penulis menulis di blog ini pada Oktober yang lalu. Tidak mengapa, ini sekadar ruangan untuk meluahkan perasaan dan merealitikan apa yang terbuku di hati.

Semalam, jam 9 malam penulis ke Teminal Putra di Gombak. Ketika dalam perjalanan hendak menuruni bukit, penulis dikejutkan dengan kejadian sebuah ke
reta melanggar seekor kucing yang sedang melintas jalan. Tayar belakang kanannya seolah-olah menggilis kucing itu. Sayu penulis melihatnya namun tiada apa-apa yang mampu dilakukan kerana penulis memandu dari arah yang bertentangan. Kereta itu meninggalkan terus kucing itu dan penulis lihat kucing itu seperti cacing kepanasan. Terguling-guling dan meracau-racau. Pedih melihat seekor kucing di ambang maut sebegitu. Kucing itu sekadar mahu melintas jalan namun telah ditetapkan ia temui ajal di jalan raya pada malam semalam.Kesan darah Teddy di atas jalan

Sepanjang perjalanan, penulis terbayangkan bagaimana kucing penulis, Teddy yang mungkin digilis kenderaan. Benar, kami sekeluarga tidak melihat bagaimana Teddy mati dan apa yang melanggarnya. Apa yang dapat disimpulkan adalah melalui kesan darah yang terdapat di jalan dan apa yang diberitahu oleh pengawal keselamatan. Mungkinkah Teddy digilis sebegitu rupa dan meracau-racau sebelum menemui ajal?Di jalan ini Teddy ditemui mati

Sedih membayangkan kucing yang sudah bersama sejak 9 tahun yang lalu akhirnya mati dilanggar dan mungkin dalam keadaan ngeri. Ada baiknya kami tidak melihat kerana mungkin lebih menyayat hati melihat bangkainya. Kata pengawal keselamatan, otaknya sehingga pecah. Ternyata peristiwa 5 bulan yang lalu amat menggamit perasaan kami sekeluarga. Sehingga kini, cakap-cakap mengenai Teddy masih lagi kedengaran mengenai manjanya, nakalnya, comelnya, dan telatah yang kadang-kadang mengundang kem
arahan serta kelucuan.Tempat Teddy ditanam

Kini, kami mempunyai pengganti. Namanya Putih. Memang putih bulunya. Sebelum mengambil Putih, kami memikirkan juga mengenai Nikki iaitu abang kepada Teddy yang mungkin tidak dapat menerima kehadiran kucing baru di rumah. Namun, Nikki dapat menerima kehadiran cuma pada awalnya Nikki pernah menerkam Putih. Adakalanya, Pu
tih marah juga apabila Nikki berada di rumah seolah-olah rumah itu dia yang punya. Tetapi Putih ini adalah KKU (Kucing kurang upaya). Kakinya hanya 3. Kaki kanan di hadapannya kudung. Tuan asalnya hendak menghantar Putih ke SPCA kerana tidak mahu menjaganya lagi. Disebabkan itu, kakak penulis mengambil keputusan untuk mengambil Putih.Tiada kaki kanan di hadapan

Putih kudung sejak dilahirkan. Putih tidak boleh berjalan seperti kucing lain tetapi dia hanya boleh melompat. Putih juga tidak boleh menjilat badannya seperti kucing-kucing lain kerana kekurangan kaki untuk menampung badannya ketika menjilat. Putih juga tidak boleh melompat di atas tembok mahupun pagar kerana kekurangan kaki untuk mengangkat badannya naik. Tetapi, Putih sihat dan boleh bermain seperti kucing-kucing lain. Dia suka main pada bayang-bayang. Banyak masa dihabiskan di dalam sangkar dan dia hanya dapat bermain dalam rumah waktu pagi dan malam sahaja.Comel walaupun kurang upaya

Penulis terfikir bagaimana Putih boleh selamat membesar ketika dia kecil. Tiada kaki di hadapan. Dia harus membesar dengan sendirinya kerana tiada siapa yang membantunya. Bagaimana dia belajar buang air?kuis pasir?memanjat?dia kecil lagi ketika itu. Namun, itulah kuasa Allah S.W.T. Allah menyayangi hamba-hambaNya sehinggakan kucing kurang upaya sebegitu boleh meneruskan hidup walaupun sendirian. Dia tidak bergantung harap kepada kucing-kucing lain untuk membantunya.


Kucing mampu meneruskan hidup dengan 3 kaki..apatah lagi manusia yang cukup sifatnya...





0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine