Keblinger

Keblinger

Hening Subuh..

| Wednesday, August 11, 2010
1 Ramadhan menjelang kembali. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan penuh kebaikan menyuluh sinar di dalam hidup kita. Seperti biasa, ramai yang akan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan sebagainya. Tetapi, adakah itu sebagai kata-kata sahaja yang menunjukkan kita mengambil berat tentang Ramadhan sedangkan perlakuannya tiada bezanya?Sama-sama kita renungkan..

1 Ramadhan bermula dengan solat terawikh dan seperti kebiasaannya surau ataupun masjid pasti penuh dengan jemaah. Solat Terawikh adalah setahun sekali dan pada awalnya pasti ramai yang tidak mahu melepaskan peluang mengerjakan secara berjemaah. Tetapi,pada akhirnya pasti semakin kurang jemaah jika hendak dibandingkan dengan pada awalnya. Mengapa?Sama-sama kita renungkan..

1 Ramadhan disambut dengan sahur beramai-ramai. Alhamdulillah, rakan sekursus penulis mengajak kami beramai-ramai bersahur di restoran Ayub bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan.
1 permulaan yang baik bagi memulakan puasa di bulan Ramadhan. Ketika pulang dari bersahur, penulis berfikir sejenak mengenai diri sendiri. Sebelum memasuki bulan Ramadhan, banyak perkara yang kurang baik yg penulis sendiri lakukan. Sifat marah penulis semakin membuak-buak sejak akhir-akhir ini. Segala perkara yang tidak kena, pasti reaksi yang agak marah penulis berikan. Dahulu, penulis sememangnya agak pemarah tetapi sudah boleh dikawal. Namun, sejak pertengahan tahun ini, sifat marah itu menjadi-jadi semula. "Ya Allah, aku memohon kepadaMu..berikanlah kekuatan dan kesejahteraan kepada hamba-hambaMu ini. Kuatkanlah semangat mereka bagi menghadapi bulan Ramadhan supaya mereka memperoleh ganjaran sepertimana yang telah Engkau janjikan. Engkau berkatilah perancangan kami untuk ke Korea Selatan. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini akan memberi sesuatu yang bermakna untuk kami."

Mungkin kerana perjalanan ke Korea Selatan yang mengubah hidup penulis. Mungkin ya dan mungkin tidak. Tatkala subuh menyinsing membuatkan sebenak persoalan terukir di fikiran penulis.


Ikhlaskah aku selama ini...?

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine