Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah entry kali ini. Adakah penulis mengadu domba?atau penulis mengeluh?letih?stress?putus asa?atau mungkin bersedia untuk menarik diri?
Atau penulis sudah menjumpai sinar?harapan kian cerah?atau semakin hampir?semakin yakin?mungkin fantasi korea menjadi realiti?
Teringat kembali penulis ketika awal tahun ini. Ketika itu, Dr Eko Suprianto memanggil pelajar jurusan elektronik perubatan dan bioperubatan untuk program GOP(Global Outreach Programme). Dr Eko memberi serba sedikit penerangan berkenaan negara-negara yang boleh dilawati dan jumlah wang yg diperlukan. Pada masa itu, ramai yang ingin ke Hong Kong dan meletakkan Bandung,Indonesia sebagai tempat yg ke-2. Penulis?Hong Kong yang pertama dan Korea Selatan yang ke-2. Menjadi tanda tanya siapa bakal pengarahnya.
Bak kata kawan penulis," kau memang mantan - mundar mandir tanpa jawatan".

Penulis mengambil tanggungjawab selaku pengarahnya dan ketika itu destinasinya ialah Hong Kong. Selepas mengambil pandangan dan bersembang dengan beberapa orang, penulis mengambil keputusan untuk menukarnya ke Korea Selatan. Pesan penulis, siapa yang nak ke negara lain, sila uruskan sendiri. Templatenya sudah ada. Pada saat itu, bermulalah perjalanan ke Korea Selatan dengan pelbagai kerenah yang penulis hadapi. Baik dari rakan sejurusan mahupun pihak pentadbiran universiti dan juga pihak-pihak luar. Peristiwa ini sudah bermula sejak daripada akhir bulan Januari. Dengan hanya kelulusan sudah memakan hampir 5 bulan lamanya. Apakan daya, penulis hanya seperti seekor semut yang hendak dibandingkan dengan tingginya bangunan KLCC. Bermula dengan kertas kerja sehingga ke kelulusan untuk memohon penajaan. Keadaan memang kurang mengizinkan dengan penulis menjalani latihan industri selama 10 minggu dan kesemuanya berbeza tempat latihan industri.

Kini, berbekalkan dengan semangat penulis yang tidak pernah putus asa, sinarnya makin cerah di sebalik awan yang gelap. Bermula dengan jumlah 39 orang rakan sejurusan penulis, kini tinggal 32 orang dengan 7 orang tidak akan sertainya. Pertambahan pelajar Master sebanyak 3 orang mungkin ada hikmahnya yang pasti kita akan ketahui kelak. Siapa tahu dahulu hanya angan-angan dan kini sudah menghampiri kepada realiti. Penulis tidak menyangka boleh merangka program sebegini. Tambahan pula, penulis juga terpaksa menghadapi PSM, PBL Lab, Assignment, Program KLM dan juga program-program di KTC.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah yang bakal terjadi kepada program Korea ini. Penulis akan mencoretkan apa kesudahan cerita ini. Kini, penulis di dalam dilema bagaimana harus ke sana. Pelbagai cadangan diberikan dan juga buah fikiran. Di sini penulis perlukan segala pengalaman untuk membuat keputusan. Keputusan penulis haruslah mengira atas kebaikan semua pihak dan bukan mengikut kehendak penulis sendiri. Mungkin ada yang mengatakan penulis hanya goyang kaki sehingga mempunyai masa untuk ke program KLM dan program-program di KTC. Harus diingatkan, kita hanya diberikan 24 jam dalam sehari. Penulis juga tertarik kepada ayat seseorang "apa yang tersurat tidak semestinya menunjukkan apa yang tersirat". Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami ke sana.
P/S: Thanks a Lot to 4 SEP 2010/2011~Wish you the best for your future!
Oh Korea! - Tiada jawapan mengapa entry ini ditulis....
0 comments:
Post a Comment