Keblinger

Keblinger

Coretan Sebelum Ke Seoul

| Thursday, December 30, 2010

Seoul..?

Penulis pernah menulis mengenai entry akan ke Seoul, Korea Selatan. Segalanya sudah pasti dan akan pergi. Apa yang dirancang bakal dilaksanakan. Penerbangan ke Seoul dari LCCT Sepang pada jam 1.55 petang, 8hb Disember 2010 yakni hari rabu. Programnya adalah selepas peperiksaan akhir semester. Sedikit sebanyak mengganggu tumpuan untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan akhir. Peperiksaan terakhir adalah Sistem Komputer & Maklumat iaitu pada 2hb Disember.

Sepanjang bulan November pelbagai perkara yang penulis terima. Bermula dari panggilan telefon, sms, email mahupun surat. Tidak semuanya manis dan kebanyakannya adalah pahit. Namun, penulis harus terimanya dengan hati terbuka. Bak kata Dr Rubita, "kita dah berusaha, yang tentukan berjaya atau tidak hanya Allah S.W.T." Penulis masih ingat pada satu hari yang mana penulis menerima 3 panggilan. Pertama, daripada Air Asia yang mengatakan mereka tidak dapat memberikan penajaan kerana penempahan tiket suda
h dilakukan. Jika hendak mendapatkan penajaan, tempahan haruslah melalui Air Asia sendiri, jumlah yang kurang daripada 25 orang dan bukan ketika peak season. Panggilan kedua, daripada syarikat makanan Apollo, mengatakan kami sudah kehabisan peruntukan untuk penajaan. Panggilan ketiga, daripada kawan penulis yang mengatakan ayahnya tidak boleh memberikan penajaan kerana peruntukan untuk bulan Disember telah diputuskan. Namun, masih ada sinar-sinar keceriaan di sebalik semua itu.

Itu berkenaan dengan penajaan. Berkenaan lawatan ke sana, salah seorang pelajar Malaysia di sana memaklumkan bahawa lawatan tidak boleh diadakan iaitu 2 minggu sebelum kami berangkat ke Seoul. Alasannya, kerana peperiksaan akhir sedang berlangsung pada tarikh kami ingin melawat. Sesuatu yang tidak masuk akal kerana pastinya semua pelajar telah diberikan takwim universiti yang mana mengatakan bila tarikh peperiksaan akhir. Penulis sudah berhubung dengan beliau sejak bulan September dan 2 minggu sebelum kami ke Seoul baru diberi jawapan "It's final exam on your visit to our university". Menarik bukan?

Alhamdulillah, hasil pertolongan Dr Rubita, akhirnya kami berjaya untuk mendapatkan kebenaran melawat Dongguk University di mana ada 7 orang staff UTM di sana. Sesuatu yang di luar perhatian penulis ialah tiada no tel mahupun kepastian di mana untuk bertemu dengan staff UTM di sana. Penulis hanya menghantar email kepada salah seorang staff di sana 4 jam sebelum menaiki penerbangan. Apa hasilnya? Tiada email dibalas. Kisah ke sebuah lagi universiti. Persatuan Pelajar di sana telah mengadakan AGM dan pemilihan ajak baru di buat. Penulis berhubung semula dengan AJK perhubungan yang baru dan seorang pelajar telah sukarela untuk membantu menguruskan lawatan ringkas kami ke sana. 2 hari sebelum berlepas ke Seoul, pelajar tersebut memaklumkan beliau diberi short notice daripada prof beliau mengatakan peperiksaan akan diadakan pada 10hb disember iaitu tarikh yang s
epatutnya kami melawat ke universiti tersebut. Stress?rasa nak marah?semuanya ada. Alhamdulillah, saudara Luqman iaitu AJK perhubungan pantas membantu dan saudara Hafiz menjadi pengganti beliau. Penulis berhubung sehari sebelum berlepas ke Seoul dan berharap segalanya berjalan lancar. Penulis dapat menghubungi saudara Luqman dan Hafiz malam sebelum ke universiti tersebut.1 Malaysia!!

Penulis berhubung dengan orang yang jauh semuanya melalui email. Sesuatu pengalaman yang jarang dapat diperolehi. Berhubung dengan orang yang tidak dikenali sama sekali malahan sehingga penulis sudah pulang ke Malaysia, penulis tidak ketemu dengan mereka. Suhjin Kim, Miss Eunee, saudara Rubhen, saudara Mano Kumar, Saudara Haikal, saudara Elhafiy, Saudari Safurah dan lain-lain. Penulis bersyukur, perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang. Apa yang manis dikenang, apa yang pahit tidak dibuang.






3 comments:

{ Cik Sara } at: December 30, 2010 at 8:19 PM said...

Tak pe..semua tu pengalaman. Leh masuk dalam resume nanti. Director of BokHe '10, academic visit to Korea. Tinggi kredit tu.. hehehe...

{ Wan Muhammad Aizat } at: January 2, 2011 at 1:47 PM said...

hahaha...memang pengalaman..senget aku rasa..hohoho..

{ Cik Sara } at: January 4, 2011 at 9:47 PM said...

Senget2 pun berhasil juga.. hehehe..

Eh,
Mana nak dapat ek gambar-gambar berkumpulan macam ni?? mau yang e2..

psst..
kami cadangkan apa kata ko buat comment ni pop up je, comel sket..loading pun tak lama.. and tak yahlah letak autorization word ni.. senget kepala tengok huruf yang tak berapa nak tegak ni..hehehe

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine