Keblinger

Keblinger

**Teman Istimewa**

| Saturday, August 28, 2010
Kali ini penulis ingin mengimbau kembali kenangan-kenangan terdahulu. Sedang penulis duduk bersendirian sambil mendongak ke langit melihat bulan mengambang penuh ditemai beberapa kawanan bintang yang berkelipan. Penulis menerokai semula sejarah hidup penulis dengan bayangan-bayangan indah satu ketika dahulu. Apa yang pasti, penulis berjumpa dengan ramai kawan dan kawan sememangnya penting dalam hidup kita. Sehinggakan jika hendak mengenal seseorang itu, lihatlah kawan-kawan di sekelilingnya.

"Teman Istimewa"
Pasti ramai yang menyangka teman istimewa adalah orang yang kita bercinta. Tetapi bagi penulis, teman istimewa ini lah teman yang penulis rapat dan istimewa di hati penulis. Mereka bukan orang yang penulis bercinta tetapi mereka adalah insan-insan yang pernah mendengar keluhan penulis,rungutan,pemberi nasihat dan sebagainya. 4 tempat penulis berada dan 4 orang teman istimewa penulis temui. Kesemuannya adalah sama jantina iaitu dari kaum Hawa.

Pertama - Ketika penulis sekolah rendah. Penulis bertemu dengan beliau ketika kami sama-sama menjadi pengawas sekolah. Insannya sangat kecil. Ketika itu, penulis sama kelas dengan beliau ketika sekolah agama. Penulis ketua kelas, beliau adalah penolong ketua kelas. Di situ, kami kerap berbual. Usia muda, belum mencapai tahap kematangan. Kami juga menaiki bas yang sama untuk ke sekolah agama. Kami berkenalan ketika darjah 5 dan kami mula rapat ketika darjah 6. Benar, penulis pernah ke rumah beliau dan berjumpa dengan ibu bapa beliau. Penulis akui ketika ini sememangnya kami lebih senang berbual dan berkongsi pelbagai perkara. Soal cinta monyet, rakan, kerja sekolah, sekolah, guru dan sebagainya. Beliau agak terkenal kerana ketinggiannya yang kurang mencukupi. Adakalanya, penulis menjadikan itu sebagai bahan jenaka. Selesai UPSR, beliau berpindah ke Shah Alam kerana ayah beliau membeli rumah di sana. Tipu jika penulis tidak sedih. Masakan tidak, teman sepermainan yang sudah rapat terpisah jua ketika berumur 13 tahun. Sejak itu, penulis gagal menghubungi dan perhubungan kami terputus begitu sahaja.

Kedua - Ketika sekolah menengah. Penulis sudah mengenali beliau sejak sekolah agama. Kami satu kelas tetapi kami tidak mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Perkenalan kami bermula ketika tingkatan 2. Kami satu kelas dan penulis duduk di hadapan beliau. Bibit-bibit kemesraan terjalin ketika itu dan beliau antara orang yang penulis percayai ketika itu. Banyak perkara sudah beliau bantu untuk penulis. Kami sering keluar bersama dengan rakan-rakan yang lain. Beliau adalah rakan pertama yang penulis akan beritahu jika ada apa-apa berita yang menggembirakan atau menyedihkan. Kami sudah faham sesama sendiri dan mengenal hati budi masing-masing. Tetapi, kami hanyalah teman istimewa dan bukannya pasangan bercinta. Jalinan persahabatan kami terhenti apabila penulis menerima tawaran untuk ke MRSM. Beliau meneruskan pengajian di sekolah menengah yang sama dan penulis berpindah ke asrama penuh. Ketika itu, sedikit demi sedikit perhubungan kami mulai renggang mungkin disebabkan jarak.

Ketiga - Ketika di asrama penuh. Suasana baru dengan memerlukan penulis menyesuaikan diri. Penulis adalah intake yang pertama. Beliau adalah intake yang ke-3. Penulis mengenali beliau melalui rakan sekelas penulis. Beliau tiada persamaan dengan penulis. Totally stranger. Penulis agak tertarik kepada beliau ketika kali pertama bertemu. Ketika itu, beliau mengenali penulis kerana penulis agak panas baran. Benar, penulis tidak nafikan. Beliau kelas ke-2 dan penulis kelas ke-4. Kemesraan kami terjalin setelah beliau memberikan kad selamat hari jadi,"no heart feeling". Warna kad itu adalah pink dan itu adalah warna kegemaran beliau. Adakah kami bercinta?Jawapannya adalah tidak. Kami sememangnya rapat tetapi tidak bercinta. Sehinggakan ada buku yang beliau minta penulis belikan di Kuala Lumpur dan serahkan kepada beliau di lapangan terbang Pengkalan Chepa. Itu kerana rumah beliau di sana. Taman persekolahan, kami masih lagi berhubung dan kerap keluar bersama terutamanya ketika beliau melanjutkan pelajaran di Sg Buloh. Setelah mengenali hampir 4 tahun, barulah penulis menjejakkan kaki ke rumah beliau setelah dijemput tiap-tiap tahun ketika raya.

Keempat - Ketika di universiti. Penulis memasuki UTM pada tahun 2007. Mungkin ketika itu, ramai kawan-kawan daripada matrik yang sama, kawan ketika asrama dan juga sekolah menengah. Tidak ketinggalan ada yang ketika sama-sama sekolah rendah. Tempat baru pastinya menggamit suasana baru. Benar, penulis menemui seseorang. Beliau juga antara orang yang penulis lebih senang berbual tentang banyak perkara. Beliau antara orang yang membuka mindanya. Banyak nasihat beliau kepada penulis dan adakalanya menegur apa yang penulis lakukan. Beliau antara orang pertama yang penulis tegur ketika di fakulti. Bermulanya kami rapat ketika beliau memperkenalkan nama dan panggilan tetapi penulis memanggil dengan nama yang lain. Sehingga kini, nama itu masih berada di dalam telefon bimbit penulis. Sudah 4 tahun tidak bertukar. Antara orang yang penulis percayai dan tempat untuk meminta nasihat menyelesaikan masalah.


Perhubungan sahabat tidak akan terputus. Selagi beliau bernama kawan, selagi itu akan tetap menjadi kawan. Penulis berjumpa semula dengan teman istimewa penulis di sekolah rendah melalui facebook. Kami berjumpa di Shah Alam pada tahun 2009 dan sememangnya ketinggiannya masih lagi sama. Hampir 8 tahun tanpa sebarang berita. Akhirnya, bertemu jua kami. Perbezaan dari segi kematangan sememangnya amat ketara. Bagi teman istimewa penulis ketika sekolah menengah, kini beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di India. Kami kebiasaannya berjumpa ketika open house rumah beliau dan adakalanya ketika beliau bercuti di Malaysia. Teman istimewa penulis di asrama penuh masih lagi berhubung dengan penulis. Beliau kini bekerja di Cheras dan kami masih lagi senang berbual walaupun jarang-jarang berhubung.

Khas buat mereka yang diceritakan di atas:

We talked,
We walked,
for a Moment in Time.

You passed through my life that day and left your mark.
You may never pass my way again,
Or you may stay for a lifetime.

No matter what,
I want to say thank you for the impression you made
that will stay with me for eternity.

I enjoyed the walk,
I enjoyed the talk.
I am blessed for that moment in time.

The first time I saw you I knew you would affect my life,
though your role I did not know.
I asked myself, "Why is she alone?
Why does he sit so quiet, all alone?
Is she sad?
Is she glad to be alone?
Is she alone?
Is she lonely? "
There is so much I want to know.

I asked myself, "Why her?
When so many people pass through my life each day,
why her? "

What attracts me to you?
What makes me want to know more?
I want to know.

Even if my questions are never answered,
There is one thing I want you to know.
I have been blessed by the effect you had on me in that
Moment in Time.

Terima kasih buat kalian yang menyerikan lagi hidup penulis. Penulis mendoakan kebahagiaan kalian di dunia dan juga akhirat dan terus maju menggapai impian serta cita-cita masing-masing. -We are still friends-



1 comments:

{ A.H. } at: September 20, 2010 at 7:15 PM said...

auw... tharu~ mengimbau nostalgia lama.. hahaha.. siyes gelak guling2.. budak panas baran~! hehe...
yeay! i'm one of them.
n so are u, one of mine.
:)
:D

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine