Keblinger

Keblinger

Poie Pokan kek Kolo Pilah...

| Thursday, May 26, 2011
Sejak menjadi pengganggur berjaya ni, penulis hanya bekerja sebagai pemandu ummi. Ummi masih lagi tidak boleh berjalan dgn sempurna. Masih lagi pergi terapi. Katanya, sehingga sebelum berangkat menunaikan umrah. Baik ummi. Anakmu ini sentiasa akan berbakti selagi memegang jawatan selaku penganggur. Semalam, ummi ingin pulang ke Kuala Pilah. Tempat yang agak lama penulis tidak jejakkan kaki. Ayah pula kerja. Jadi, pemandunya tetap juga penulis. Tujuan utama?Ummi mahu menyelesaikan cukai tanah. Tanah di Negeri Sembilan harus dibayar di Negeri Sembilan. Mujur dekat sahaja. Jam 10 pagi kami bertolak. Niat ingin melalui LEKAS(Lebuhraya Kajang-Seremban). Mak sedara penulis kata memang lekas sungguh jika melalui jalan itu. Tetapi, simpang untuk masuknya sudah terlepas. Terpaksalah melalui PLUS sehingga ke Senawang. Daripada tol Senawang sehingga ke simpang untuk ke Bukit Putus, memang penuh dengan lampu isyarat. Dah macam dekat Melaka. Puas penulis tekan brek. Setibanya di simpang terakhir, baru kelihatan jalan LEKAS. "balik nanti kita lalu LEKAS lah..cepat sikit sampai..",kata ummi.

Keadaan di Kampung Penulis

Destinasi pertama, pejabat daerah & tanah Kuala Pilah. Setibanya di Pekan Kuala Pilah, seperti sedikit sahaja orangnya. Pekan Kuala Pilah tidaklah seramai yang disangka. Banyak kedai-kedai yang tidaklah hidup sangat. Kedai-kedai itu pula kebanyakannya didominasi oleh satu kaum sahaja. Jam 11.30
pagi, penulis tiba di Pejabat Tanah. Di situ, nak kata ramai, tidaklah seperti di imigresen Pekan Rabu. Tapi, ramai jugaklah. Ketika itu, penulis melihat ada 6 kaunter. Terlihatlah apa yang terpampang, "Mengutamakan pelanggan". 6 kaunter, bukaknya 3 dan berfungsinya 2. Yang lagi 1 kaunter, pegawainya bergelak ketawa sambil berborak dan kira duit. Kemudian, dari seorang ke seorang mengambil masa 5 minit. Semua orang ada urusan masing-masing encik. Apa salahnya dibuka lagi 3 kaunter. Kalau dah ada 6 kaunter, bukaklah keenam-enamnya. Kalau nak buka 3 kaunter, awal-awal dulu buat je 3 kaunter. Orang tak sakit hati. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?kalau kata bodoh, marah. Tak kata bodoh, dipijak-pijaknya. Kalau pelanggannya seorang, taklah penulis melenting. Ni pelanggannya ramai, cubalah guna akal sikit utk berfikir.

Inilah dua kaunter yang berfungsi

Apa-apapun, penulis sempat membeli rojak mee dan cendol yang masih lagi menjadi tumpuan ramai di Pekan Kuala Pilah. Di kedai itu juga, kaum yang lagi satu tetap ramai. Bak kata ummi,
"makin sunyi pekan kuala pilah ni..". Menyusuri Senaling untuk ke Kg Gachong. Seperti biasa, lembunya tetap banyak untuk bermesyuarat di tepi jalan. Harta-hartanya pula ditinggalkan di tengah jalan. Tidak ketinggalan kambing dan adakalanya ayam yang melintas jalan. Masih tidak berubah. Cuma, banyaknya rumah-rumah tinggal. Yang tidak berpenghuni. Kata mak sedara penulis, ramai yang sudah meninggal dunia. Anak-anak mereka semuanya berhijrah ke merata tempat terutamanya di Kuala Lump
ur. Semuanya cuba untuk mencari kehidupan yang lebih baik. 3o minit penulis berada di tepi jalan, hanya 5 kereta dan 3 motor sahaja yang lalu. Sangat sunyi di Senaling. Rumah-rumah banyak yang kosong. Tidak ketinggalan rumah atuk penulis. Tidak berpenghuni, usang biarpun tanahnya luas. Terfikir juga kenapa tidak diubahsuai semula rumah itu. Dijawab ummi, "sape nak jaga rumah tuh?kalau dah semuanya duk Kuala Lumpur.". Rumah di Kelantan ditinggalkan, rumah di Kuala Pilah juga ditinggalkan. Apa yang bakal terjadi, hanyalah rumah usang. Apa boleh buat, semuanya sudah mempunyai haluan masing-masing di tempat sendiri.

Rumah kampung penulis. Sudah usang..

Jam 3 petang, penulis bertolak semula ke Kuala Lumpur. Melalui LEKAS, memang sangat lekas. Dari Senawang ke Kajang hanya 30 minit dengan kelajuan 100km/j. Laluan itu sememangnya melalui kawasan hutan dan kurang kenderaan. Mak sedara penulis pernah beritahu orang tak lalu jalan tuh waktu maghrib ke atas. Katanya, tempat itu keras. Baru penulis mengerti. Apapun, mootif utama adalah untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Jam 5 petang, kami tiba di rumah. Sempat juga singgah beli kuih dan sebagainya. Perjalanan ke Kuala Pilah yang agak bermakna buat penulis. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang penulis perolehi walaupun sebagai penganggur. ^_^


Roboh jela lagi 3 kaunter kalau berterusan nak bukak 3 kaunter je wahai pejabat daerah & tanah Kuala Pilah..=p

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine