Keblinger

Keblinger

Hari Ibu

| Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu!
Buat Pn Azizah binti Zainal, Selamat hari ibu. Anakmu walaupun jauh di mata, dihatinya tetap jua ummi.

Setiap minggu ke-2 bulan Mei adalah hari ibu. Tetapi, sebenarnya hari-hari pun hari ibu. Hari ini, pastinya ibu penulis diraikan dengan jamuan besar-besaran. Biasanya, memang penulis yang akan ketinggalan. Sejak daripada belajar di Perlis lagi. Adik beradik penulis akan membawa ke tempat makan yang baru setiap tahun untuk meraikan. Apa yang membahagiakan selain daripada menjamah makan bersama-sama sekeluarga kan. Tinggal lagi seminggu, penulis akan turut serta dalam setiap majlis yang dianjurkan. hehehe..

Ummi, Azizah binti Zainal. Teringat penat lelah beliau yang tak pernah kenal erti susah. Benar, dahulu beliau salah seorang yang tekun bekerja. Ketika penulis berada di tingkatan 1, pembantu rumah tidak lagi diambil. Kami semua diajar berdikari. Ummi akan bangun seawal jam 4 pagi untuk memasak. Kemudian, kejut anak pergi sekolah. Beliau pergi ke kerja. Jam 6 atau 7 malam baru beliau pulang. Memasak lagi, kemas rumah lagi, basuh baju lagi, gosok baju lagi. Semuanya dilakukan keseorangan. Tabah betul hati seorang ibu. Semuanya demi melihat anaknya berjaya dalam pengajian. Akhirnya, beliau pencen awal ketika umur 52 tahun. S
emuanya kerana sudah keletihan. Kini, beliau menghabiskan masa dengan ke kelas agama pada waktu pagi. Tengahari memasak, petang kadang kala membuat bisness kecil-kecilan. Maklumlah, anak semua dah besar. Yang sulung dah kahwin, yang no 2 dgn no 3 bekerja. Yang last sekali belajar kat Johor. Takpelah ummi, nanti penulis akan pulang menemani ummi. Kesian ummi keseorangan kalau ayah pergi kerja.


Baru-baru ini, ibu penulis menjalani pembedahan di lutut. Kerana terdapatnya tisu koyak. Pembedahan yang membuatkan ibu penulis agak sukar untuk bergerak. Terpaksa bertongkat. Penulis pulang untuk menjaga ibu penulis pada awal pembedahan sementara adik-beradik penulis yang lain sedang uruskan cuti secara giliran. Alhamdulillah, sehingga hari ini, beliau sudah tidak lagi menggunakan tongkat tetapi doktor menasihatkan untuk kurangkan bergerak. Nanti bila penulis dah balik, kita pergi jalan-jalan ye. Bila teringat kisah dahulu, sedikit air mata mengalir. Ketika penulis dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Ummi berada di Langkawi ketika itu. Terus ummi ambil flight balik kl semata-mata untuk penulis. Dari lapangan terbang, tidak terus ke rumah sebaliknya terus ke hospital sehingga keesokkan harinya menjaga penulis. Tidak terbalas jasamu wahai ummi.

Ummi tetap seorang..
Walau berjuta ibu-ibu di dunia ini..

Yang selalu bertahta di hati..


Selamat Hari Ibu...

3 comments:

{ Cik Sara } at: May 8, 2011 at 3:32 PM said...

"Ketika penulis dimasukkan ke hospital kerana demam dengki..."

demam dengki aizat? ganaih nya kamu..demam dengki..dengki kat sapa tu? hahaha =P

{ Mutiara Bernilai } at: May 8, 2011 at 11:17 PM said...

sara nakal.

saje eh nak kenakan typo aizat.

ahah. tapi akak pon dok tergelak ni..

lalala!~

{ Wan Muhammad Aizat } at: May 9, 2011 at 2:05 AM said...

hehehhe...pndi dier detect typo tuh..hahhaha..=p

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine