Keblinger

Keblinger

Mencari Peluang Bekerjaya

| Thursday, May 26, 2011
Sudah hampir seminggu penulis berada di rumah. Masih lagi mengadap laptop sambil mengharapkan panggilan temuduga di telefon bimbit. Masih lagi sunyi sedangkan banyak sudah dipohon. Puas dihantar email. Apa lagi yang silap?resume atau cover letter?kata orang, ikutlah rezeki masing-masing. Kalau dah tertulis rezeki sebegitu, itulah yang kita dapat. Tapi, kita tetap dituntut untuk berusaha. Namun, ada juga yang masih sudi membantu. Cuba untuk mengambil resume penulis dah pohonkan di syarikat-syarikat yang berpotensi.

Ayah suruh kerja di Mimos, ummi pula suruh di Texas Instrument, makcik pula suruh di Pulau Pinang ataupun Kedah, abang pula suruh di Sony Bangi. Kalau suruh je, tapi tak tolong apa-apa, baik penulis kerja di Singapura. Bajet macam dapat kat Singapura tuh. Memanglah untung bekerja di sana tetapi untuk menembusi tembok itu yang sukar. Penulis masih lagi mengharapkan sinarnya yang cerah. Kalau kita berputus asa, apapun kita tak dapat. Tak kisahlah kerja di mana pun, yang penting halal.

Duit poket dah makin kering. Something need to be done!

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine