Keblinger

Keblinger

Menjelang Cuti Sekolah

| Friday, May 27, 2011
Hari ini hari jumaat.
Penghulu segala hari. Hari terakhir bagi pelajar-pelajar sekola
h rendah mahupun sekolah menengah. Bagi yang berada di Kedah, Kelantan dan Terengganu, sudah pun mula bercuti. Sepupu penulis sudah pun post di Facebook, girangnya hati untuk bercuti 2 minggu. Bila mulanya cuti sekolah, kuranglah sikit jam dekat Kuala Lumpur untuk tempoh 2 minggu. Semua tempat kompleks membeli belah pasti penuh dengan budak-budak sekolah. Tempat percutian semua naik harga. Tidak ketinggalan tiket penerbangan. Bermulanya cuti sekolah, bermakna bermulanya segala kenduri-kendara. Yang ni nak kahwin, yang tuh nak tunang. Semua pulak berebut pada tarikh yang sama.


Ok, cerita pasal kahwin. Kenduri pertama adalah 29hb Mei 2011. Minggu ini adalah minggu permulaan bagi kenduri perkahwinan. Bermula dengan kakak Akmal, rakan sekelas penulis di UTM. Tempat, Putrajaya. Setempat dengan himpunan belia 1 Malaysia. Macam nak pergi, katanya ada tempat untuk mencari kerja juga. Seterusnya, pada 4hb Jun, Ikin & Asilah menyusul untuk membina rumahtangga. Tidak ketinggalan,s
epupu penulis juga melangsungkan perkahwinan beliau di Kuala Pilah pada tarikh yang sama. Pada 11hb, En Lokman, pensyarah penulis ketika di UTM juga melangsungkan perkahwinan, tapi di Melaka. Resepsi untuk kedua-duanya, Ikin dan Asilah. Seorang di Sg Besar, seorang di Wakaf Bahru. Sama juga dengan ummi dan ayah. Banyak juga jemputan kahwin. 1 hari boleh pergi 3 kenduri. Kenyang sepanjang hari.


Tapi, 5hb penulis bakal berangkat ke Bangkok. Rancangan asal, untuk pergi ke Kelantan pada 1hb. Menaiki van dari Golok sehingga ke Bangkok. Ini semua rancangan makcik penulis. Bangkok?ada apa dengan Bangkok?Penulis tidak tahu. Sebab itu, penulis turut serta untuk ke sana. Rasanya sudah sangat lama penulis tidak ke sana. Alang-alang passport belum tamat tempoh, apa salahnya ke sana untuk bercuti. Kata makcik, kalau sempat, kita akan ke Phuket. Pulang ke Malaysia?kurang pasti lagi bila.




Biarpun akan menjelma cuti sekolah. namun sinar pekerjaan masih lagi tidak kelihatan. Sayup sahaja melihatnya. Gelap gelita tanpa sebarang khabar. Permohonannya sudah banyak, balasnya satu pun tidak. Apa yang silap?Apa yang kurang?Penulis pun masih menggelengkan kepala.

Nak kahwin pun, tak payahlah mengedik tulis status kat facebook. Aku menyampah baca. Nak kahwin, kahwin je. Yang nak mengada-ngada tuh kenapa?!

3 comments:

{ aimie amalina } at: May 27, 2011 at 12:42 PM said...

bangkok???waaa...nak ikot!!!hahhaa..bes gile...waa..epy oliedey cek aizat ^__^

{ Spek PinK } at: May 30, 2011 at 11:13 PM said...

aku suke ayat yg kt bwhhh skali tuh. ngeh ngeh ngeh,. ;)

{ Wan Muhammad Aizat } at: June 22, 2011 at 1:16 AM said...

aimie - mehla ikot..hahahha..
ainul - ske ko eyh..kawen xmo..hahahha..=p

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine