Keblinger

Keblinger

Seminggu lagi..

| Thursday, May 5, 2011
Oh final year!
Terhenti hajat menulis dalam blog. Penulisan thesis ternyata mengugat pemikiran. 5 hari berturut-turut penulis menulis thesis. Diganggu pula dengan kekalahan Manchester United kepada Arsenal yang lalu. Terus meningkat kesungguhan penulis untuk menulis thesis. Disangka thesis boleh ditulis dalam masa sehari. Rupanya, sehari baru boleh siap chapter 1. Tekanan!Menulis thesis di kala peperiksaan akhir menjelang sangat menyusahkan. Dulu, masa study week untuk buat assignment. Sekarang, masa final exam untuk tulis thesis. Studynya bila?

Namun, semua itu berakhir bila draf thesis siap dibinding jam 7.54malam semalam. Terkesima melihat draf thesis sendiri. Apa yang memuaskan hati, penulis menulis thesis itu. Kalau boleh copy paste je, memang dah lama penulis siapkan. Dengan pagi tadi ada peperiksaan transducer, penulis rasa seperti belum sempat untuk study apa-apa. Adalah studynya tapi daya ingatan penulis ni bukan kuat sangat. Malam semalam sempatlah penulis ke Kolej Tun Ghaffar Baba. Bersama dengan Fahmi, nik dan koleq. Seronok juga belajar bersama mereka. Bak kata koleq, "Seminggu je lagi tinggal kita nak buat macam ni.."

Benar, tinggal lagi seminggu sebelum semuanya berakhir. Bermula 30hb Jun 2007, penulis menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Malaysia. Bermula dengan tahun 1 diikuti tahun 2 dan 3. Akhirnya tahun 4. Penulis berkenalan dengan ramai kawan, sahabat, rakan, pensyarah, abang, kakak dan juga adik. Kini, saatnya sudah semakin tiba untuk penulis mengalihkan kaki keluar dari gedung ilmu ini. Pelbagai organisasi telah penulis harungi. Penulis bersama JKM KTC 2008, JKM KTC 2009. Keluarga JKM sememangnya mencetuskan kerinduan kepada mereka. Rindu bermesyuarat bersama, gelak ketawa, program bersama, dan juga kem yang diharungi bersama. Pelbagai telatah, peristiwa, memori yang jelas terpahat dalam ingatan.

Seterusnya bersama dengan Kelab Lambaian Masyarakat. Program pertama penulis adalah Mesra 6. Program yang menjadi titik tolak perjalanan hidup penulis dalam KLM. Penulis tutupkan program dalam KLM dengan menjad ketua fasilitator dalam program Euphoria. Keluarga KLM adalah keluarga yang penulis pilih sendiri. Kerinduan jelas terpancar pada penulis terhadap mereka. Program bersama dengan mereka ternyata boleh menghilangkan stress yang melanda. Itulah penangan yang sentiasa mekar dalam jiwa dan hati penulis.

Tidak dilupakan pada coursemate penulis. Mereka semua yang menjadi tulang belakang kejayaan penulis selama ini. Mungkin dilihat sumbangannya sedikit tetapi banyak sebenarnya. Di sinilah benar-benar tertulis "sharing is caring". Walaupun tidak mesra ketika tahun 1 dan 2, namun meningkat tahun 3 dan 4 sudah menjadi ikatan yang kukuh antara mereka. Banyak kenangan yang terpahat. Banyak program yang dijalankan walaupun hanya sekadar makan-makan atau jalan-jalan. Itu sebenarnya mengeratkan kami. Itulah yang menyentuh jiwa kami. Menjelang minggu hadapan, hanya gambar yang kekal sebagai memori. Mungkinkah kita akan dipertemukan sekali lagi?mungkin...

Hanya seminggu lagi..
patah tumbuh, hilang berganti..
selamat menempuh alam pekerjaan nanti..
jumpa kawan baru, yang lama tetap diingati..

1 comments:

{ waNna } at: May 5, 2011 at 5:05 PM said...

T_____________T

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine