Keblinger

Keblinger

Kejadian yang tak disangka

| Saturday, October 8, 2011
Woahh!pengalaman..

Seronok memandu laju atas highway. Lebih kurang 130km/j memecut. Sehingga mengikut di belakang sebuah bas dan kereta. Bas ke kiri sikit, kereta depan ke kanan sikit. Kereta penulis?membaham bangkai. Langgar sahaja. Nak buat macam mana. Tak perasan. Selepas itu, penulis masih lagi memandu seperti biasa. Cuma adalah rasa macam mudah melayang. Ketika itu, mungkin sebab kesan angin lintang ataupun lalu sebelah lori.

Tanpa sebarang syak wasangka, penulis terus lagi mem
andu seperti biasa. Sehingga tiba di satu tempat, mahu ke bilik air sebentar. Penulis pun berhenti di R&R, terus ke bilik air. Selesai segalanya, terlihatlah sesuatu. Erk?!erm?!Selama ni tengok je. Sekarang, jadi depan mata!

Tayar depan sebelah kanan penulis pancit!Mulalah termenung. Sehebat mana pun kita, ada lagi benda yang memang kita tak tahu. Ketika itu, penulis buka bonet. Penulis masih ingat, spare tayar memang ada dengan barang-barangnya sekali. Tapi, soalannya, macam mana nak buat?Bukan pernah jadi sepanjang penulis hidup 23 tahun. Time tuh mulalah serabutnya.


Dengan keadaan bonet terbuka, duduk termenung mengadap kereta. Penulis mula telefon kawan. Katanya, tunggu dia sampai. Mungkin nak bawak kereta ni pegi tukar tayar kot. Lagipun, penulis bukanlah biasa dengan tempat itu. Sedang duduk termenung, sebuah bas datang untuk berhenti juga. Ramai yang lalu lalang melihat penulis termenung.

Tiba-tiba..

"Awat?tayar bocoq ka?tayar spare takdak?ka takdak barang?"

"A'ah bocor. Tayar spare ada. Barang pun ada. Tapi, saya tak reti. Mana penah ade experience tukar tayar"

"Ya ka?takpa. Weh, oghang ni takleh tukaq tayar. Meh tolong sat."

"Mintak maapla menyusahkan"

"Takpa. Tukaq sat ja ni. Hang amik jack ni, letak kat tepi yang ada lubang tuh. Pas2, hang jackla. Nat tayar tuh, hang bukak dulu. Siap nanti, hang letak tayar spare. Siap semua, hang bawak pi petronas, isi angin tayar."

Masa tuh, hanya tuhan sahaja tahu betapa bersyukurnya penulis. Datang sehingga 7 orang tolong tukarkan tayar penulis. Mereka semua dari Perlis. Sanggup membantu penulis walaupun tidak dikenali. Dah macam kerja kat F1. Laju betul mereka buat. Memang ada tool box dalam kereta penulis. Tapi, kalau dah taktau nak buat macam mana, tak terbuat juga. Selesai tukar tayar, kawan penulis tiba dan bawa penulis ke kedai tayar untuk tampal. Gigi bangkai haiwan itu lekat pada tayar penulis. Itu yang buat bocor. Mujurlah tampal je. Penulis dah termenung lagi sebelum tuh kalau tukar tayar. Mana nak cekau cash?

Mula berfikir. Kalau sejak langgar bangkai sampai ke R&R lebih kurang 40km. Macam mana boleh drive laju tapi tayar pancit?Alhamdulillah, tiada apa yang terjadi. Selepas kejadian ini, penulis mula untuk berjaga-jaga. Walaupun dalam dunia ini penuh dengan kejahatan, masih ramai lagi manusia yang baik hati untuk membantu walaupun tidak dikenali. Thanks guys!Thanks to you too!


3 comments:

{ aamalinaazman } at: October 8, 2011 at 7:07 PM said...

alhamdulillah
kat bangkai tu ade paku kot
hehehe
hayoooo
mujur x pape

{ Cik Sara } at: October 9, 2011 at 6:00 PM said...

Owh...mungkin sebab ni abah slalu pesan, nampak bangkai elak!.. Tapi dah tak nampak kan?? nak buat macam mana??

Ok..Dah tahu.. Aizat tak reti tukar tayar kereta rupanya.. Seghupa je lah kita-kita ni..heee

{ Wan Muhammad Aizat } at: October 9, 2011 at 10:44 PM said...

Aimie - ntahla..bangkai tuh mmg dengki kot ngan wum..hahhaha..

Sara - btol..dah x nampak,pasrah jela langgar..nak wat cmne..btw,aku baru tau cmne nak tukar tayar..hahahha..dun expect people to know everything..even dah pangkat professor..kekdg professor tukar mentol pon tak reti..=)

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine