Keblinger

Keblinger

Kesunyian di bilik sendiri...

| Saturday, March 27, 2010
Hari ini penulis berada di bilik. Sejak dari subuh tadi sehingga ke saat penulis menulis blog ini, sunyi sahaja blok s34. Seolah-olah hanya penulis sahaja yang berada di blok ini(memang pun). Lama penulis rasakan kesunyian ini, sejak penulis meletakkan jawatan sebagai pengerusi lagi. Dulu, penulis yang selalu tinggalkan bilik. Kali ni, ahli blok pula tinggalkan penulis. Seminggu kuliah terakhir memang penuh dengan pelbagai perkara. Seperti biasa, kerja bertimbun..assignment berlambak..presentation lagi dan tak campur pasal pendaftaran subjek dan pemilihan kolej untuk semester depan.

Isnin(22/3/2010) - Lunch dengan Abg Azwar(dia belanja 90 sen je..)

- Discussion reaction paper..(MRI or Fruits??)

- Jumpa dgn PA Dekan(I feel good regarding this thing..^_^)

Selasa(23/3/2010) - Hari yang mengundang kemarahan..(Presentation PBL Lab, Laporan &

Sign Borang Pendaftaran LI)

- Patut present pagi..kena tukar present ptg..(penat aku pakai smart2 pagi
tuh!)
- Laporan program dan kewangan dah siap. Tapi, salinan surat kelulusan
takde. Nak hantar,hujan..baju tgh smart..mintak tolong org,tolong pon
xnak..ampeh tol..
- Niat nak amik sign ketua jabatan, dapat ceramah free..sign tak dapat..kalau
xnak susahkan,meh bagi cop tuh..aku copkan..aku sign..xyah bayar gaji pon xpe..ngade!
- Alhamdulillah, petang tuh segalanya selesai.=)


Rabu(24/3/2010) - Submission Reaction Paper English and Summary.
- Study Test Fisiology(aku banyak tidur jugak..)
- Study Test Biomedical Instrumentation(Chapter 9-13 dlm 2 jam??!!hahha)

Khamis(25/3/2010) - Test Biomedical Instrumentation(9 pagi)

- Test Fisiology(4 ptg)

- Study Test Clinical(9 mlm??aku pegi meeting klm lepas tuh pegi pesta
konvo..hahahha)

Jumaat(26/3/2010) - Register LI

- Test Clinical Engineering


Uniknya, pada mula nampak mcm banyak kerja. Dah sampai hari ni,rasa takde kerja. Apa yang menggelikan hati penulis, ketika menjawab soalan test. Ketika test fisiology, formasi tempat duduk untuk meniru lebih penting. At last,semua tak boleh jawab..hahhaha. Apa yang kelakar, orang yang sememangnya terkenal dgn hebat dalam pelajaran meniru orang yang terang-terang tak sudy!unik..unik..Ketika Test Clinical, ramai yang meniru jugak. Ada yang jenguk jawapan sebelah, sapa2 jawapan sebelah, tenung jawapan depan dan tak lupa juga yang membaca nota. Study dah kemain lagi, dalam exam pun tgk nota lagi??penulis geli hati melihat situasi ini..^_^

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine