Keblinger

Keblinger

Episod 1:Penangan Batu Layar

| Wednesday, March 10, 2010
Sudah lama sebenarnya penulis hendak menulis kisah ini tetapi seolah-olah selalu terhenti begitu sahaja. Kali ini penulis tekad untuk menghabiskan juga episod 1 ini biarpun peristiwa ini sudah lebih dari setahun berlaku. Namun,segalanya masih segar dalam ingatan penulis. Bukan untuk mengkritik atau mengutuk atau apa-apa tetapi sekadar satu ingatan dan juga pengajaran untuk semua. Mungkin ada yang tidak bersetuju dgn apa yang diceritakan oleh penulis, tetapi ini yang penulis sendiri rasakan. Manusia berhak mengutarakan apa yang dirasai dan ini yang penulis rasakan.

Peristiwa Batu Layar ini berlaku pada 22hb November 2008. Ketika itu, penulis bersama dgn organisasi penulis ingin bercuti memandangkan tempo
h perkhidmatan kami bakal tamat penghujung tahun tersebut. Kami seramai 17 orang dgn menggunakan 4 buah kereta. Ketika itu, seramai 9 orang lelaki dan 8 org perempuan. Penulis telah menghabiskan final exam pada 18hb november dan 4 hari penulis menunggu di bilik semata-mata untuk percutian ini. Pada 21hb malamnya, penulis telah bermain futsal sehingga jam 1230 tgh malam. Maklumla, lama tidak bermain dgn mereka. Sebelum ini, masing-masing sibuk dgn meeting dan sebagainya. Pada malam itu, penulis tidur pada jam 1 pagi. Penulis akan memandu utk ke Batu Layar dan beberapa orang yg lain tidak tidur untuk mengejut kami yang bakal memandu ini. Jam 3 pagi, penulis bangun untuk terus bersiap. Jangkaan bertolak adalah jam 4 pagi dan semua telah bersedia jam 4 pagi. 3 buah kereta akan bergerak pada pagi itu iaitu 2 kereta honda dan 1 kelisa. Kelisa itu yg penulis akan pandu dgn ditemani hafiz. Penumpang belakang adalah dila dan sara. 1 lagi kereta iaitu kereta kancil akan bergerak jam 11 pagi kerana salah seorang penumpangnya ada urusan tertentu. Kami bertolak jam 4.30 pagi. Perjalanan pada awal pagi merupakan perkara baru untuk penulis dan itu kali pertama penulis ke Kota Tinggi dan sewaktu dgnnya.

Pelbagai kerenah berlaku dalam perjalanan. Agak k
agum buat penulis apabila 3 org yang menaiki kereta dgn penulis setia mencelikkan mata. Bila membawa nyawa orang ini, kenalah memandu dgn penuh berhemah. Pemandu kenderaan yang kedua adakalanya menunjukkan aksi2 yang agak merbahaya dan kemuncaknya apabila mereka ditahan polis yang mengadakan sekatan. Rupanya pemandunya tidak mengenakan tali pinggang dan tiada seorang yang menyedari. Jam 6.15 pagi kami berhenti untuk solat subuh. Mata penulis ketika itu agak mengantuk memandangkan main futsal pada malamnya. Kami meneruskan perjalanan selepas selesai solat subuh. Alhamdulillah, kami semua selamat tiba pada jam 7.10 pagi di Batu Layar. Chaletnya pada pandangan penulis biasa dan selesa. Pemandangan pantainya sangat menarik dan damai serta permai. Rakan-rakan penulis yang lelaki semua seakan-akan tidak sabar untuk mandi laut. Mereka terus merasai air laut walaupun masin tapi tetap menyeronokkan mereka.
Chalet di Batu Layar

Pada ketika itu, Azim mengajak penulis untuk ke pasar bagi membeli ayam dan lain-lain. Penulis diajak kerana penulis yang memandu kereta kelisa dan kelisa ternyata menjimatkan minyak. Kak Sunah dan Sal turut serta ke pasar. Pasar itu terletak di Pengerang. Setibanya di pasar, penulis agak terkejut kerana di situ kesemua cina. Penulis bukannya racist tetapi untuk mendapatkan yang halal agak terbatas di situ. Mujur ada seorang penjual melayu di situ. Setelah selesai membeli ayam dan sebagainya, kami pulang semula ke chalet. Ketika itu, ada sahabat-sahabat penulis sudah kebasahan kerana mandi laut. Penulis hanya berehat di atas tikar kerana penat tidak hilang lagi. Hendak lelap tetapi susah hendak tidur. Akibat susah hendak tidur, penulis join untuk sarapan roti yang disediakan oleh siswi-siswi ini. Sedap memang sedap. Semua dah boleh jadi isteri(hahahha..). Selesai sarapan, kami semua masuk ke bilik masing-masing. Selesai pilih bilik, penulis ke luar untuk berehat di tikar. Angin yang kuat agak seronok buat penulis. Pada masa yang sama, azim dan farizi mengait buah kelapa. Tidak mahu ketinggalan, penulis turut sama menjamah air kelapa fresh dari pokok. Jam 11 pagi, persediaan untuk makanan tengahari bermula. Seperti biasa, penulis sememangnya tak pakar bab memasak ini. Baru penulis tau,air rebusan ayam yang digunakan untuk buat tom yam ayam. Kalau bab memasak, satu hape penulis tak tahu. Amat jahil..hahahha.

Kerana terlalu lama menunggu masa untuk memasak, penulis tidur di dalam bilik seketika. Tetapi, agak panas di dalam chalet yang membuatkan penulis terjaga kira-kira jam 1 petang. Penulis hanya memandang siswi-siswi mamasak dan ada beberapa orang lelaki yang hebat memasak ini turut serta. Teringat pada sebuah lagi kereta kancil? Di dalamnya ada 3 orang lagi yang sepatutnya berada di Batu Layar. Di dalam kancil itu ada pelbagai barang yang sepatutnya kami yang bawa tetapi terlupa tentang itu. Bagus juga ada yang datang lambat sikit. Boleh check apa yang tertinggal. Masuk waktu zohor, jemaah pertama menunaikan solat secara berjemaah. Penulis merupakan jemaah yang kedua kerana kurang tempat dan sejadah. Selesai solat, farizi selaku bos kami semua menerima panggilan. Nada terkejut kedengaran dan titisnya air mata beliau pada ketika itu.

"Dorang accident..dah dekat nak sampai..aku nak pegi sana,ko tunggu kat sinie..",kata Farizi dengan matanya merah.

Selesai siap, farizi pergi dengan kereta kelisa bersama lagi 2 orang. Tinggalla kami yang lain tercengang. Dengan muka yang tenang, penulis bersama lagi 4 orang mengerja solat jamak dan qasar secara berjemaah. Selesai solat, penulis membuka pintu dan hasrul menyerahkan kunci kereta kepada penulis.

"Dorang nak tgk apa yang jadi,ko bawakla dorang",kata hasrul.

"Farizi pesan suruh tunggu kat sini..jgn pegi sana..nanti serabut..",kata penulis.

Penulis tahu ketika itu ramai yang tidak berpuas hati dan berkeras hendak ke sana. Tetapi, pemikiran rasional diperlukan ketika itu. Farizi telefon penulis untuk penulis pergi membeli nasi putih supaya kami semua dapat makan tengahari terlebih dahulu. Penulis bersama haziq dan safwan pergi dgn kereta honda biru. Sepanjang perjalanan, pelbagai andaian tercetus tentang bagaimananya terjadi kemalangan itu. Dalam perjalanan, kami melihat sebuah kancil yang agak teruk keadaannya dan tak lain tak bukan itulah kancil yang 3 org lagi naiki. Ya Allah, selamatkanlah mereka. Tidak terucap dari bibir penulis melihat keadaan kereta itu. Kancil itu berlanggar dengan lori. Tambahan pula, ketika itu hujan yang agak renyai. Selesai membeli nasik, kami singgah sebentar di pusat kesihatan utk melihat mereka yang pergi dgn kereta kelisa itu. Hanya Azim kami jumpa kerana farizi dan azim jamil pergi menguruskan kereta kancil itu. Dalam pada itu, kami pulang semula ke chalet dan menceritakan apa yang kami lihat. Ketika itu, pelbagai arahan yang keluar. Ada yang mengatakan kita tunggu sehingga esok baru pulang dan ada yang mengatakan pulang sekarang juga. Kata putus akhir tetap harus pada farizi. Akhirnya, farizi memutuskan untuk pulang pada keesokkannya. Penulis ditugaskan untuk memandu kereta honda bersama safwan untuk membawa pulang ros. Ros hanya cedera ringan tetapi fobianya tetap tinggi. Safwan memandu kereta honda itu pulang ke chalet bersama ros dan penulis ditinggalkan di tempat kemalangan bersama farizi dan azim jamil. Semua barang di dalam kancil itu dipindahkan ke kereta honda untuk dibawa pulang ke chalet. Selesai pemindahan barang, penulis memandu kelisa dan mengikut ke tempat kancil itu dibawa. Kancil itu dibawa ke sebuah bengkel utk urusan insurans.

Kereta kancil itu sebenarnya kereta sewa milik abg kepada kakak ipar farizi.(penulis tidak pasti tentang ini). Kancil itu ternyata total lost kerana enjinnya hancur dan hanya boleh dijadikan serpihan-serpihan besi. Pemilik kancil itu sendiri mahu melihat keretanya dan beliau terus datang ke Batu Layar. Bengkel itu bakal ditutup jam 6 ptg. Laporan polis harus dilakukan memandangkan ada polis telah melihat kejadian itu. Laporan polis harus dilakukan di balai polis kota tinggi. Petang itu juga, kami dimaklumkan bahawa kak ija dibawa ke hospital kota tinggi kerana ada kaca yang telah memasuki matanya. Jid dan azim fahada turut sama ke sana. Penulis bersama farizi dan azim jamil pulang ke chalet. Perut tidak terasa lapar kerana terlalu penat. Farizi dan azim jamil menjamah makanan tengahari tetapi penulis sekadar makan ayam goreng. Ketika itu, farizi hendak ke kota tinggi utk melihat keadaan di sana dan pada masa yg sama untuk membuat laporan polis serta membawa pulang azim fahada. Penulis diamanahkan untuk memandu kereta azim fahada memandangkan keretanya agak lama. Memikirkan akan pulang semula ke chalet, penulis membawa sehelai baju, charger hp dan juga sikat. Kami berempat bertolak ke kota tinggi. Penulis, farizi, kak sunah dan sal. Hujan sangat lebat ternyata menyukarkan pemanduan. Tambahan pula, tayar kereta azim fahada agak licin. Penulis hanya memandu 80km/j sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan, pelbagai cerita terkeluar. Penulis tetap gagahkan diri utk sampai ke kota tinggi.

Jam 7 mlm kami tiba di kota tinggi. Setelah selesai mengisi minyak dan bertanya laluan ke hospital kota tinggi, kami tiba dengan selamat jam 7.20mlm. Azim Fahada sudah menunggu kami di pintu pagar hospital. Rasa bersyukur kerana bersua semula. Pada masa yang sama, kami turut berjumpa dengan Jid. Muka beliau agak lemah dan sedih. Penulis berasa sangat kasihan melihat keadaan beliau. Tambahan pula, beliau agak sejuk kerana basah akibat hujan lebat. Ketika itu, kami diberitahu kak ija sudah dibawa ke hospital sultanah aminah kerana hospital kota tinggi tidak mempunyai kepakaran. Kereta hanya satu dan kami berenam berada di hospital kota tinggi. Akhirnya, farizi membuat keputusan untuk ke balai polis kota tinggi bagi membuat laporan polis. Pemilik kereta kancil juga dikhabarkan akan ke sana. Azim Fahada, Farizi, Kak Sunah, Sal dan Jid ke balai polis dan penulis ditinggalkan di hospital kota tinggi.

Pelbagai pengalaman penulis rasai ketika berada di hospital. Keadaan sangat sunyi memandangkan hari itu adalah hari sabtu. Ketika itu, penulis melihat kereta jenazah melintasi penulis dengan mayat dikeluarkan. Selepas itu, banduan penjara pula dibawa ke hospital. Selepas itu, seorang lelaki dengan penuh darah dibawa. Sangkaan penulis mungkin baru sahaja kemalangan. Insaf terbit dalam diri penulis. Kerana terlalu lapar, penulis ke seberang jalan untuk membeli burger. Jam 9 mlm, Azim Fahada dan Farizi mengambil penulis kerana penulis telah menunggu agak lama. Laporan polis masih belum selesai dibuat. Kami bertiga makan di restoran berdekatan kerana mereka berdua agak lapar. Selesai makan, kami ke balai polis dan ketika itu ramai juga penulis jumpa.

Di balai polis kota tinggi. Kerenah banyak berlaku. Jid enggan pulang ke utm walaupun didesak. Pemilik kancil sudi untuk menumpangkan pulang tetapi ada yang enggan. Ketika itu, 3 lelaki dan 3 orang perempuan. Kereta hanya satu. Pilihan ada dua. Tiada kemudaratan. Ketika itu, penulis agak berapi memandangkan ada yang bersetuju untuk sumbat enam2 dalam 1 kereta. Pelik dan musykil serta tak paham penulis ketika itu. Pemilik kancil tersebut sudah mahu pulang ke Skudai dan tiada kata putus dibuat. Akhirnya penulis membuat keputusan untuk pulang ke utm dan yang lain akan pulang ke chalet batu layar. Berbekalkan sehelai baju, charger hp dan sikat serta kunci bilik farizi, penulis mengikut pemilik kancil untuk pulang ke utm. Dalam hati penulis bercampur baur perasaan. Marah, bengang, sedih, terkilan, penat, sakit hati dan sebagainya. Beg penulis termasuk kunci bilik berada di dalam kereta kelisa. Tiada apa pada penulis ketika itu.

Penulis menaiki kereta waja untuk pulang ke utm. Penulis hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke utm kerana perasaan marah menguasai diri. Penulis tiba di utm jam 12 tengah malam dan penulis menerima panggilan daripada abg zaini. Beliau bertanyakan tentang kemalangan itu.

"saya baru sampai utm dan saya sgt letih..saya tak larat nak jawab..esok pagi saya janji saya ceritkan segalanya", kata penulis.

Setibanya di utm, penulis hanya membaringkan diri di atas katil farizi. Onn sempat bertanya dan penulis hanya menceritakan ringkas tentang apa yang berlaku. Malam itu, penulis berfikir semula apa yang berlaku seharian. Terasa sangat lama hari itu untuk berlalu. Penulis keluar dari utm untuk ke batu layar jam 4 pagi dan pulang semula jam 12 tengah malam tanpa merasai langsung air laut, bbq dan tidur di chalet. Banyak masa penulis ketika itu digunakan untuk memandu, menunggu dan melihat. Kepenatan ternyata amat sangat. Terasa hati dan marah serta terkilan juga ada. Penulis tak faham dgn sikap manusia yang lebih mementingkan perkara lain. Sangat geram dan bengang. Penulis tak dapat melupakan apa yang berlaku di balai polis kota tinggi. Mungkin orang akan kata berjasa atau apa tapi jikat dinilai semula penulis kurang faham dengan pendirian manusia. Penulis terus tidur tanpa memikirkan apa-apa malam itu...

Keesokkannya...episod 2 nanti..

-rabu,1.30 a.m,10/3/10-

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine