Keblinger

Keblinger

RM 5

| Thursday, March 18, 2010
Hari ini penulis berjogging jam 6.05 petang. Sudah menjadi kebiasaan penulis untuk berjogging pada waktu petang sehinggakan jika nampak penulis duduk bersahaja pada waktu petang, soalan pertama yang keluar "tak jogging hari ni?". Track jogging penulis hari ni, sedang-sedang sahaja. Jaraknya penulis sendiri kurang pasti. Laluannya, dari FKE -> tasik -> krp -> pusat kesihatan -> track jogging krp -> tasik-> ktc. Sepanjang jogging, pastinya cerah mata memandang. Pelbagai keindahan dunia dapat dilihat. Sedang penulis jogging selepas tasik, penulis terserempak dgn seorang pensyarah fakulti alam bina. Pensyarah alam bina ini umurnya sudah menjangkau 50 tahun tetapi masih kuat berjogging. Sesuatu yang mengagumkan penulis. Penulis sudah terserempak dgn beliau sejak tahun 1. Sejak daripada itu, kami hanya menyapa dengan mengangkat tangan. Suatu hari, penulis berpeluang berjogging bersama beliau dan ketika itu kami bersembang. Agak terkejut bila beliau jogging selama 50 minit setiap hari. Kuat jugak dia nie. Hari ini, penulis terserempak dgn beliau dan RM5 dihulurkan kpd penulis. Katanya,"i have gift for u..take it..buy 100plus..mmg niat i wanna give u..". Alhamdulillah, rezeki penulis. Berjogging pun ada yang sanggup memberi. Walaupun berjogging, penulis dapat berkenalan dengan orang tertentu sehingga memberi hadiah. Thanks Prof. Even u didn't know me well, but u are such a nice person. Hope we can meet again.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine