Keblinger

Keblinger

Bahagia..^_^

| Wednesday, March 17, 2010
Tajuk : Bahagia

Pastinya terlintas pelbagai soalan di kalangan orang yang membaca. Agak menarik bila postkan "saya bahagia sekaran..^_^" di status facebook penulis sebab pelbagai andaian terjangkau di kalangan yang melihat. Perkara pertama yang terlintas di fikiran, sudah pasti penulis telah jumpa bakal pasangan hidup dan bahagia bersamanya. Adakah bahagia itu semata-mata kerana bersama dgn org yg berlainan jantina dgn kita?Adakah bahagia itu bila telah berjumpa dgn org yg boleh menjadi pasangan kita membelah badai dunia sehingga ke akhir hayat?

Bahagia satu subjek yang meluas. Sebenarnya, penulis bahagia kerana telah berjaya selesaikan lawatan ke muzium anatomi di ukm. Satu program yg penulis rasakan perjalanannya amat jauh utk dijalankan biarpun hakikatnya merupakan satu program yang mudah. Program ini telah dicanang oleh pensyarah penulis sejak minggu ke-3 jika penulis tidak silap, minggu ke-13 baru selesai segalanya sebelum tarikh lawatan yang sebenar. Tempoh 10 minggu utk segala birokrasi. Satu tempoh yang agak lama utk program sebegini. Hakikat yang perlu ditelan penulis, penulis tidak lagi seperti dulu dan banyak lagi perkara yang perlu dibelajar. Mungkin ada yang beranggapan penulis membuat kerja keseorangan tetapi lawatan ini yang membuka mata penulis segala kerja-kerja yang dilakukan oleh sahabat-sahabat penulis ketika penulis menjadi pengerusi dahulu. Kini, penulis ingin rasakan sendiri kerja-kerjanya. Pertama kali penulis memohon bas, berurusan dgn driver bas, surat-menyurat ke ukm,berhubung dgn staf FKE serta staf pejabat dekan. Malah, penulis sendiri berpeluang bertemu dgn dekan dan berbincang mengenai lawatan ini. Tidak ketinggalan timbalan dekan yg turut penulis temui.

Secara tidak langsung, lawatan ini telah membuka lembaran baru buat IEEE yang mana selama ini hanya sekadar persatuan atas nama sahaja. Kelulusan lawatan ini telah membuatkan IEEE mengemaskinikan databasenya dan tergerak untuk membuat program-program yang bermanfaat. Lawatan ke Muzium Anatomi sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam kerana berhadapan dgn mayat yang diawet tetapi masih lagi mayat. Agak menakutkan tetapi untuk proses pembelajaran, segalanya tidak menjadi masalah. Menjelang jam 5 ptg, melihat bas UTM beransur bergerak meninggalkan kawasan fakulti perubatan ukm, penulis berasa sangat lega dan tenang setelah segala-galanya selesai. Penulis pulang dgn menaiki tren dan berpeluang pulang ke rumah. Tambahan pula, ketika itu semua adik-beradik penulis berada di rumah. Tekanan yang meningkat membuatkan penulis ingin pulang ke rumah. Biarpun hanya 13 jam, namun tetap mampu mengubatkan hati penulis. Biarlah orang kata manja, anak mak atau sebagainya namun diri penulis, hanya penulis sahaja yang tahu. Dapat juga penulis rasa daging salai masak lemak.

Beralih kepada soal bahagia, kebahagiaan penulis apabila melihat segalanya selesai dan semua classmate penulis dapat 10% markah untuk subjek fisiologi. Kebahagiaan penulis apabila dapat bersua dengan ahli keluarga sendiri tatkala diri diselubungi tekanan yang mendalam. Kebahagiaan penulis apabila melihat kawan-kawan sendiri berada bersama penulis dan sentiasa mengambil berat tentang keadaan penulis ketika lawatan. Mungkin ada yang beranggapan kebahagiaan penulis ada yang tidak diperkatakan tetapi biarlah perkara itu. Tiada apa yang pasti selain telah dipastikan. Soalan yang pernah diberikan kepada seorang sahabat kepada penulis.."kenapa kau buat semua nie?aku tgk makin stress & menyusahkan kau je..kalo dah susahkan kau, takyah buat..biarkan aje.." Soalan yang penulis sendiri tak jumpa jawapannya. Mungkin penulis akan jumpa jawapannya bila 10tahun lagi. Tetapi, persoalan itu adakalanya menghantui pemikiran penulis.

Soalan sering ditanya kepada penulis - "aizat sehat sekarang?"

Jawapan yang sering dijawab penulis - "sekarang makin sehat..tenang dan bahagia je hidup..^_^"


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine