Keblinger

Keblinger

Episod 2 : Penangan Batu Layar

| Thursday, March 11, 2010
Ahad,23hb Nov 2008. Keesokkan paginya, penulis sedar jam 7 pagi setelah dikejutkan oleh Apek. Penulis mengerjakan solat subuh yang pastinya subuh gajah dan tidur semula kerana terlalu penat. Nak pergi mengambil wudhuk sudah terhujung hayang. Jam 9 pagi penulis tersedar semula. Penulis teringat kisah semalamnya dari mula sehingga penulis sampai semula ke UTM. Kesengalan badan terasa dan agak melekit badan penulis gara-gara hanya mandi jam 3.30 pagi semalamnya. Penulis membuka pintu dan terlihat kelibat Apek bersama Ijat. Penulis meminjam tuala Apek beserta sabun. Hendak gosok gigi tapi tiada berus gigi. Pakai jari pun bolehhh..Selesai mandi, penulis mengenakan baju sehelai yang dibawa dan yang lain semuanya sama seperti semalam. Deodorant Farizi menjadi mangsa utk mewangikan penulis memandangkan penulis berada di bilik beliau. Melihat kunci motor tersedia, penulis tidak perlu gusar utk mencari kenderaan. Hutang semalam perlu diselesaikan. Pagi itu, abg Zaini menelefon. Penulis menceritakan segala-galanya yang penulis ketahui. Yang pasti, abg Zaini menyuruh penulis memberitahu pengetua juga walaupun itu adalah trip sendirian yang dirancang kerana melibatkan insurans dan sebagainya.

Penulis kurang memberi perhatian perkara itu kerana penulis lebih memikirkan keadaan sahabat-sahabat penulis di Batu Layar. Biarpun penulis sudah berada di UTM namun kerisauan tetap melanda. Pagi itu, penulis ke k9 untuk membeli makanan kerana terlalu lapar. Sebaik tiba semula di S34, Apek berada di depan penulis. Sekali lagi terpaksa diceritakan dan desakan untuk memberitahu pengetua. Mereka bertanyakan tentang kak ija dan penulis tidak tahu apa yang patut dijawab memandangkan penulis tidak bersua langsung dengan beliau. Apek mencadangkan utk ke HSA utk melawat dan melihat keadaan kak ija bersama Ijat dan Nizam turut serta memandangkan beliau memiliki kenderaan. Jam 12 tengahari kami bertolak ke HSA. Sebelum ke hospital, kami singgah di Giant untuk membeli buah tangan buat kak ija. Penulis menghantar mesej kepada salah seorang sahabat di Batu Layar bertanyakan bila mereka akan pulang. Kesian pula kerana tayar salah sebuah kereta pancit dan mereka perlu menukar tayar di bengkel. Pasti lewat mereka sampai.

Setibanya di HSA, kami tidak dibenarkan bertemu dengan kak ija kerana beliau sedang menerima rawatan. Sementara menunggu, penulis bertemu dgn kak ena dan kak hasni. Pabila bersua dengan kak ena, seolah-olah bertemu kakak kandung sendiri dan perasaan gembira tidak terhingga. Bertemu dengan keluarga yang sentiasa bersama selama setahun dan musibah yang menimpa, amat menyentuh hati penulis. Selang 30 minit kemudian, kak ija kembali ke katil beliau. Ketika itu, penulis bersama Apek dan Ijat masuk ke wad. Alhamdulillah, beliau sudah senyum dan dilihat ceria biarpun mengalir air matanya.

"eh,macam mana aizat boleh sampai sini? yang lain pun dah sampai?",tanya kak ija.

"takdelah kak ija,saya sorang je yang balik..yang lain semua still on the way",balas penulis.

Air matanya masih mengalir. Sebak penulis ketika itu memikirkan nasib beliau. Apakan daya, sudah suratan takdir menentukan sebegitu. Setiap kejadian pastinya memberi 1001 hikmah yang tersurat mahupun tersirat. Jam 1.45 ptg kami meninggalkan hospital sultanah aminah dan kak ija ditemani oleh kak ena dan kak hasni. Kami menjamu selera di restoran berhampiran dengan hospital dan ketika itu penulis diberitahu oleh farizi untuk memaklumkan kepada pengetua. Mereka ketika itu singgah di tempat yang penulis sudah lupa untuk makan tengahari. Mereka akan terus melawat kak ija sebaik tempoh lawatan dibuka. Selesai makan, kami pulang semula ke utm dan Apek mengaturkan pertemuan dengan pengetua memandangkan beliau juga mempunyai urusan bersama pengetua.

Jam 3 petang penulis bersama Apek dan Ijat bertemu dengan pengetua. Penulis sendiri memaklumkan kepada pengetua. Reaksi pengetua pada mulanya agak terkejut tetapi tenang. Pelbagai nasihat penulis terima ketika itu dan penulis sekadar mengangguk. Penulis sangkakan berbagai lagi masalah akan timbul tetapi nyata segalanya berjalan lancar. Penulis pulang semula ke s34 untuk menunggu sahabat-sahabat penulis pulang. Sejak dari pagi penulis sangkakan mereka akan tiba tetapi sehingga jam 5 ptg masih lagi tidak sampai. Penulis berada di bilik Ijat memandangkan blok tersebut sememangnya sunyi. Kerana masih lagi penat, penulis melelapkan mata di atas katil beliau. Ijat mengajak untuk membeli goreng pisang namun kerana melihat penulis tidur tidak terjaga, beliau membiarkan sahaja. Jam 6.30 ptg, penulis bangun dan hendak ke Azah untuk membeli topup dan roti. Setelah menyikat sedikit, penulis menghidupkan enjin motor Farizi. Keluar sahaja simpang, kelibat kereta honda yang dipandu farizi kelihatan. Gembiranya penulis ketika itu tidak terhingga. Bertemu semula setelah berpisah selama 1 hari. Tiada kata yang mampu mengungkapkan kegembiraan penulis ketika itu. Syukur kerana mereka telah selamat sampai. Mereka menempuh pelbagai cabaran tetapi bersama-sama sedangkan penulis tempuhinya keseorangan di tempat yang lain. Penulis segera mendapat kunci bilik dan barang-barang penulis kerana agak melekit badan penulis seharian berpeluh.

Malam itu, penulis makan malam bersama Mael,Safwan dan Haziq. Pelbagai cerita yang diungkapkan dan perjalanan penulis sepanjang trip itu. Ada yang terkejut dan ada yang hairan dgn apa yang berlaku. Tetapi, itulah yang berlaku. Peristiwa ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada yang mengikutinya. Sukar utk menggambarkan keadaan melalui penulisan. Apa yang pasti, peristiwa ini mengukuhkan lagi ukhwah kami dan kesepaduan kami biarpun tempoh perkhidmatan organisasi kami sudah berakhir. Melihat semula montaj yang dibuat oleh Safwan membuatkan penulis mengalirkan air mata. Sedih dan sayu serta rindu pada sahabat-sahabat. Mungkin akan ada masanya menyatukan kita semula kelak. Persahabatan dan ukhwah yang terjalin akan tetap terpahat dalam memori setiap insan yang terlibat di dalam peristiwa ini. Penulis pulang ke Kuala Lumpur pada keesokkan harinya.

-khamis,11/3/10,12.45 a.m-


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine