Keblinger

Keblinger

It's not about winning..it's about appreciation..

| Sunday, February 20, 2011

It's all about appreciation..

Anugerah Bintang Kolej Tuanku Canselor'10 (ABC'10). Anugerah untuk warga Kolej Tuanku Canselor bagi meraikan mahasiswa tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian di UTM. Pengajian yang dijangka akan tamat pada bulan Mei. Tarikhnya ialah 12hb Februari. Masanya jam 8.15 malam. Tarikh yang sama penulis menganjurkan program First Year Experience ke Singapura. Program yg itu penulis akan updatekan kemudian. Pengalaman yang maksimum gilanya. Tarikh yang sama bertindihnya 2 program. Kepenatannya?seharusnya sangatlah penat.

Anugerah bintang penuh dengan gemerlapan pakaian tetamunya. Bukan main lagi bergaya semua yang hadir. Penuh dengan kreativiti masing-masing. Terpulanglah untuk menilai. Bagi penulis, penulis hanya mahu makan dan bergembira di meja no. 12. Jam 5.30 petang, penulis sudah mula untuk bergerak keluar daripada Singapura. Bertolak dari stesen Chinatown sehingga ke Kranji mengambil masa sejam. Akhirnya, kami tiba di Larkin jam 7.30 malam. Tibanya di UTM jam 8.15 malam. Mandi, solat, gosok baju dan bersiap. Tiba di Dewan Sultan Iskandar jam 9 malam. 1st impression, ramai ni je?^_^

Meja no.12 sudah kelihatan. 8 orang semuanya. Mata sudah merah dengan beberapa nguapan menandakan kepenatan. Bila tiba masa makan, sememangnya penulis menikmati hidangan yang disediakan. 1 hari tak makan di Singapura, masa dinner melantak saja. Tiba saat untuk pengumuman anugerah. Anugerah pertama anugerah pahlawan dimenangi oleh Syeb. Dalam pengumumam itu, diletakkan juga nama penulis. Penulis bertepuk tangan
ketika nama Syeb disebut pemenang, tetapi masih ada juga yang cakap,"Padan muka!bukan ko yang menang", ditujukan kepada penulis. Bagi penulis, orang yang mengatakan sebegitu sememangnya tak pernah menang malah ramai yang kurang menggemarinya. Dah maksimum semester, cepat2lah keluar ye. Sekurang-kurangnya penulis diberi anugerah bintang kolej Tuanku Canselor. Bukan kemenangan yang dikejar, tetapi sekadar sedikit penghargaan.

Bercerita tentang anugerah, ada beberapa anugerah yang dimenangi oleh orang yang bg penulis tidaklah sepatutnya jika dibandingkan dengan beberapa orang yang lain. Tapi, keputusan telah dibuat dan panel pemilihan sudah melakukan kerja mereka masing-masing. Cuma, ada beberapa keputusan yang penulis agak terkilan kerana mereka sudah memerah keringat masing2 tetapi seolah-olah tiada penghargaan. Apakan daya, penulis hanyalah warga kolej yang sudah tidak mempunyai kuasa apa-apa. Hanya mampu tersenyum dan melihat. Mungkin mereka sudah melupakannya namun penulis masih ingat jasa-jasa mereka.

Mungkin ada yang beranggapan penulis hanya menulis sekadar menulis. Terpulang kepada tafsiran masing-masing. Cuma, jika anda tafsir bukan merujuk kepada perkara sebenar, simpan diri sendiri. Jangan cuba untuk publishkan kepada public. Malam itu juga, ada seseorang yang membuatkan penulis agak terkilan dan terasa hati juga. Membuatkan penulis semakin kurang gemar dan sakit hati. Pendapat masing-masing.

-Friends are family that we choose for ourselves..I've choose..-


6 comments:

{ me_yana } at: February 20, 2011 at 2:55 PM said...

tentu semua yg masuk tu masing2 dgn usaha n keringat masing2..tp dah adat,tak boleh nak bg anugerah kat semua orang kan..mungkin bukan rezeki mereka..keputusan dah dibuat..yang paling terbaik dipilih daripada yang terbaik,kan..dah tercalon tu, kira terbaik dan dihargai la tu..just my opinion~ =)

{ me_yana } at: February 20, 2011 at 2:56 PM said...

eh lupa, congratzzz dapat anugerah bintang kolej Tuanku Canselor! buleh belanja lepas ni..ngeh33x..

{ Wan Muhammad Aizat } at: February 20, 2011 at 3:17 PM said...

hehehhe..thanks..betul,keputusan dah dibuat..utk yg x lngsg tuh,jasa mereka tetap diingati..blanje?hahhaha..xnk!

{ shafiqabdshukor } at: February 20, 2011 at 9:19 PM said...

aku ketawa guling2...
bile dpt pencalonan anugerah mahasiswa cemerlang...
tu sumer dusta belaka kan???

{ shafiqabdshukor } at: February 20, 2011 at 9:19 PM said...
This comment has been removed by the author.
{ shafiqabdshukor } at: February 20, 2011 at 9:19 PM said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine